Showing posts with label kuih Tradisional. Show all posts
Showing posts with label kuih Tradisional. Show all posts

Friday, 1 November 2013

Kuih badak berendam

Kuih bdak berendam merupakan kuih kegemaran saya. Selalu beli di restoren 911. Tapi selalu tak puas makan sebab kalau beli mesti hanya dapat dalam 5-6 biji sahaja. Yang lain semua orang dah booking. huhuhuhuhu.. bila dah suka mulalah gigih mencari resepi. Buat sendiri puas makan dan sudah semstinya sedap. nyummmm.. 

Jom lihat resepinya :)

Resepi : Ummi @ Home Sweet Home 

Bahan A:-

2 cawan tepung pulut
1 cawan air/secukupnya
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu teh pes pandan/pewarna hijau
daun pisang secukupnya - dilayur atas api, dilap dan dipotong 1 keping bentuk loyang (lebihkan dari paras tuang santan nanti)

Bahan B:- (Santan/Bahagian Putih)

3 cawan santan pekat
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
1/4 cawan gula pasir - untuk tabur

Untuk Inti:-

2 cawan kelapa parut muda 
gula kabung/gula merah/gula kerek secukupnya (ikut manis)
1 helai daun pandan (disimpul)
sedikit air (optional)
(*masak inti hingga rata dan kelapa sedikit kering dari airnya...guna api perlahan dan sejukkan)





Cara-Cara:-

Bancuh bahan A dan uli gaul hingga lembut jadi doh.
Alas daun pisang dalam loyang sapu rata dengan sedikit minyak. 

Panaskan kukusan. Buat bulat kecil di atas piring dan masukkan inti. (Tutup balik doh dan kalau rajin buat bentuk 3 bahagian mcm gambar bwh sekali. Xpun buat je bulat2)

Letakkan di dalam loyang (jarak2 sikit). Buat hingga habis. (terpulang nak letak dalam loyang besar atau kecil2)

Taburkan gula lebihkurang 1 atau 1 1/2 sudu besar rata-rata dalam loyang yang telah diatur doh tadi.

Sementara itu, bancuh bahan B kecuali gula pasir. Kacau hingga sebati. Tapiskan.

Tuangkan kuah santan ke dalam loyang perlahan-lahan sehingga 3/4 bahagian doh (jika doh macam akak buat tu, bentuk tinggi) ataupun separuh loyang (jika doh bulat2 je).

Kukus selama 12 - 15 minit. Angkat dan sejukkan.


Selamat mencuba :)

Monday, 7 October 2013

resepi kuih kaswi

Kuih kaswi /kasui merupakan kegemaran anak teruna saya. Cara untuk membuatnya sangat mudah. Jom lihat resepinya 

Bahan-bahan 

4 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 cawan gula merah
2 sd susu pekat
kelapa utk digaul bersama







Cara Membuatnya:

A. bancuhkan 2 cawan air bersama tepung gandum dan tepung ubi. kacau sebati.
B. panaskan 2 cawan gula merah bersama 2 cawan air. kacau sampai gula merah hancur.
- campurkan bahan A dan bahan B dalam satu bekas, kacau rata.
- masukkan susu pekat, dan kacau lagi.
- tapiskan dalam loyang, dan kukus selama 15-20 minit.

bila dah masak, sejukkan, potong ikut suka dan gaul bersama kelapa yg dah dicampurkan dengan secubit garam.

Selamat mencuba

Wednesday, 29 May 2013

Karipap sardin

Assalamualaikum, dari dapur kecah kembali bersiaran. Ada yang rindu saya tak? hihihihihihihi..

Sejujurnya bila dah lama sangat tak pegang senduk, kuali, terasa sedikit janggal dan terkial-kial. Insyaallah, akan membiasakan diri dengan rutin memasak seperti dahulu sedikit demi sedikit.

So saya mulakan entri selepas bersalin dengan karipap sardine.  

Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam
air

Cara-cara

1. campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit demi sedikit
2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim

  
Inti Sambal Sardin

1 tin sardin (size sederhana) 
*3 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
*½ inci halia
1/2 labu bawang besar
1/2 biji cili merah
2 sudu besar cili kisar
Garam
Sedikit Air asam jawa
Bahan yang bertanda * ditumbuk hingga lumat
cara membuatnya
1. Tumis bahan yang bertanda * sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga pecah minyak. 
2. Asingkan ikan sardin dan sos nya. Masukkan ikan sardin supaya ikan boleh tergoreng terlebih dahulu. Selepas ikan agak garing, masukkan sos sardin dan sedikit air asam jawa. 
3.Akhir sekali masukkan garam, bawang besar yang telah dihiris. Masak sehingga bawang layu.
4. Lenyekkan ikan sardin sehingga hancur dan sedia untuk dibuat inti.
5. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Setelah doh siap dicanai, masukkan inti sardin dan kelim sehingga kemas.
6.  Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

Tuesday, 23 October 2012

Pulut Lepa Terengganu

Setiap kali balik ke Terengganu memang kuih inilah yang dicari. Kalau di sini susah nak jumpa pulut lepa inti ikan ni. yang ada cuma pulut panggang, pulut udang yang intinya kelapa dan rasa kunyit. Oh saya sungguh tidak menggemarinya. 

Sudahnya, bila teringin sangat nak makan mulalah telefon chef-chef di Terengganu bertanyakan resepi. Sebenarnya tak susah manapun nak buat pulut lepa ni. Perkara utama kena sediakan inti terlebih dahulu.

UNTUK INTI

5 ekor ikan selayang (direbus dan diambil isinya)*
5 ulas bawang merah* 
1 inci halia * 
1 sudu kecil lada hitam*
1 kotak santan Sedikit air 1 keping asam keping 1 sudu kecil gula garam secukupnya


inti/sambal ikan

CARA MEMBUATNYA 

1. Tumbuk semua bahan yang bertanda * 
2. Di dalam kuali, masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama santan, air dan asam keping. Sentiasa kacau sehingga mendidih. Apabila mendidih masukkan garam dan juga gula secukup rasa 
3.Masak dan kacau bahan-bahan tersebut hingga menjadi kering dan berderai. 
4. Angkat dan ketepikan sedia untuk digunakan.


lidi yang telah siap dipotong tajam

UNTUK PULUT BAHAN-BAHANNYA 

2 cawan pulut direndam semalaman atau sekurang-kurangnya 3 jam. 
1 bungkus santan (kalau rasa kering sangat boleh tambahkan santan)
 garam secukup rasa 
Daun pisang untuk membungkus (potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya hingga bersih)
Lidi sate yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang)

letakkan pulut dan inti 
gulung sehingga mampat/padat

bungkus hingga jadi macam ni

CARA MEMBUATNYA

1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus kukus selama 30 - 40 minit atau hampir masak. 
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yang dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi hingga pulut masak. 
3. Sediakan daun pisang, letakkan 2-3 sudu pulut dan ratakan.
4. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan kejap/kemas/mampat. 
5. Potong lebihan daun pisang kiri dan kanan balutan pulut tadi. 
6. Cucuk dengan lidi untuk mengemaskan balutan. 
 7.. Siap dan bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang. Saya menggunakan pemanggang ajaib. 


Nyum-nyum

 Tadaaa, siap untuk dinikmati. Sedap dimakan ketika panas-panas.

Friday, 4 May 2012

Keropok Lekor Terengganu

Hoy hoy hoy
bangun ke laut eeh…
takat ikang di Kuala Kemamang
Petang-petang wat kerpok gete

Ramai orang, atah gere
Main dam dua tiga papang
Dok sedor sampai ke malang
Kedai payang jual budu belacang
Batek tembaga dan macang-macang


Hihihihihi, kalau dengar lagu ni selalu nak tergelak. Teringat kisah masa budak-budak dulu. Masa kecil-kecil dulu (sekolah rendah) selalu tolong nenek dan umi saya buat keropok lekor, orang Terengganu panggil kepok gete. Masa ini saya selalu mengelat untuk siang ikan. Yang selalu menjadi mangsa ialah kakak saya.


Bila dah ngelat siang ikan, jadi saya pun tolonglah untuk tumbuk isi ikan itu. Dulu guna lesung kayu yang besar. Dan alu lesung tu pun kayu besar jugak, kiranya naik muscle lah kalau menumbuk. Tapi seronok, tukar-tukar oranglah. Kalau saya sorang yang tumbuk, of course dah jadi malek Noor sekarang ni. ehehehehehehe


Ah, banyak pulak merapunya. Kalau cerita zaman budak-budak sentiasa tak habiskan? Okeylah, sebenarnya saya nak berkongsi resepi membuat keropok lekor Terengganu. Malulah pulok kalu orang ganu dok reti nok wat kepok ni :P


Jom tengok resepinya. Mudah je tau. Dan paling best sedap sebab rasa ikannya, bukan rasa tepung yang selalu kita beli tu :)


Bahan-bahannya
12 ekor ikan kembong (kalau nak guna ikan selayang pun ok)
½ cawan tepung sagu
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya
1. Bersihkan ikan buang kulit dan ambil isinya sahaja.
2. Masukkan isi ikan tadi dan blend sehingga lumat atau hancur.
3. Kemudian, masukkan isi ikan yang telah diblend itu ke dalam besen dan campurkan garam serta tepung sagu.
4. Uli sehingga semua bahan tersebut sebati.
5. Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi gentelkannya secara memanjang.
6. Dalam periuk, rebus air sehingga mendidih. Kemudian masukkan keropok yang telah digentel tadi. 7. Bila keropok timbul menandakan bahawa ia telah masak dan bolehlah ditutup api.
8. Angkat keropok tadi dan toskan.


* Sila abaikan size keropok lekor saya yang kecil besar panjang pendek itu. huahuahua

*Kalau orang Terengganu memang dah biasa makan keropok rebus ni. Kalau orang luar mereka kurang gemar sebab ada yang kata macam mentah lagi. tapi anak dan suami saya makan je. Dah kahwin dengan orang ganu kan? Hihihihi. Jadi kalau nak makan gini terus pun boleh, nak goreng dulu pun boleh. terpulang pada selera masing-masing.

Haaa, mudahkan? Selamat mencuba :)

Friday, 24 February 2012

kuih tiram


Bahan-bahan ( +-100 )
2 cawan tepung gandum
1 cawan air ( agak2 laa...sampai jadi doh )
1/4 sdt garam
1 biji telur
1 sudu makan mentega (saya tambah)
Gula castor/aising

Untuk Pes :-
2 sdb minyak masak
2 sdb tepung jagung

Cara-cara
1.Pes : Campurkan minyak dah tepung jagung tadi. Kacau sampai sebati. Ketepikan.
2.Campurkan gandum,telur,garam, mentega dan air. Masukkan air sedikit2 dan uli la sehingaa doh tidak melekat di tangan.
3.Rehatkan doh lebih kurang 5-10 minit (untuk kasi lembut dan senang dicanai )
4.Bahagikan kepada beberapa bahagian dan canai la ia nipis2 ( bahagi 7-8 bahagian gitu sbb nak dapat tiram yang kecik2 )
5.Canaikan doh tadi sampai nipis dan memanjang.
6.Selepas itu sapukan la pes tadi ke atas doh yang dicanai itu.
7.Kemudian gulung la macam nak uat kek swiss roll tu dengan kemas dan ketat2 skit.
8.Potong la dalam1.5cm dan canai la sedikit ( jangan lenyek banyak kali 2 3kali dah cukup nanti tiram nyer x lawa dah )
9.Boleh la digoreng dengan minyak sederhana panas sehingga kekuningan ( tarik2 la skit supaya tiram ni panjang skit ) 10.Apabila dah masak. Toskan minyak tadi dan salut la dengan gula aising.

resepi asal boleh lihat di sini

Monday, 8 August 2011

Karipap inti sedap

Karipap! karipap! karipap. Dah kemaruk sangat nak makan hinggakan tiap-tiap hari nak makan karipap. Dah jadi minah karipap pula. Tapi nak makan karipap yang sedap macam kat ikea tu ada telur.

Sebelum ini beli kat bazar ramadan karipap, tp terlalu berminyak hingga pening bila makan. Jadi hari sabtu yang lepas saya terus menggoogle resepi karipap. Maka muncullah pelbagai jenis cara dan resepi membuat karipap.

Namun hati saya terpaut dengan resepi yang di ambil dari sini. Cara buatnya pun nampak mudah. Saya copy dan pastekan resepinya di sini ya :)


Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam
air

INTI

5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu
2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
gula - jika perlu
air
Cara-cara
1.Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit
2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti -
1. kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
2.Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.
3.Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.

4.Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa.
*telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
5.Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

Memang sedap karipap ini, sesuai dengan namanya karipap inti sedap. Cumanya saya ni tak pandai mengelim, sudahnya memang senget benget la. Seperti kata suami saya

"Tak apa la mama, cubaan pertama, yang penting memang sedap!"

Mengikut resepi buat dapat 20 biji, tetapi saya buat dapat 15 sahaja, mungkin karipap saya size XL kot.

Apepun terima kasih pada tuan empunya resepi. Kalau nak lihat cara kelim step by step boleh lihat di sini :)

Thursday, 7 July 2011

Puteri mandi

Sudah lama tidak menaip entri di rumah saya ini. Tempoh dua minggu ini, anak saya sakit mata dan dimasukkan ke wad, sudahnya, dapur jarang berasap. Kalau berasap pun tak sempat nak postkan entri, hanya ambil gambar dan simpan sahaja. Nanti apabila keadaan kembali normal akan saya entrikan satu persatu.

Alhamdulilah, anak saya dah ok, malangnya mama pula yang sakit mata. sob-sob, sudah 4 hari MC. Menurut doktor,

"You must come and see me again, you need more MC"

Maknanya lambat lagila sakit mata saya nak baik. Tak seronok juga bila bercuti, tetapi kerja-kerja tengah berlambak atas meja. Tapi apakaan daya, kalau ke ofis, tak pasal-pasal nanti berjangkit dengan orang lain pula.

Ok, malas nak berceloteh lagi, semalam saya sempat membuat kuih puteri mandi. Tiba-tiba teringin nak makan. Mata saja yang sakit, tapi mulut tak sakit, jadi macam-macamlah nak makankan? ehehehehe..

Jom lihat resepi puteri mandi versi keluarga saya



Bahan-bahan


1 1/2 cawan tepung pulut
sedikit garam
1/4-1/2 cawan air
pewarna

cara membuatnya

1. Uli tepung pulut dengan air dan juga garam sehingga menjadi doh. Kemudian bahagikan kepada tiga adunan dan masukkan pewarna hijau, pink dan purle dalam setiap adunan. Uli lagi.
2.Bulatkan adunan sebesar biji guli. Kemudian Picit sedikit ditengahnyer sehingga berlekuk.
3.Panaskan air hingga didih. Masukkan tepung satu persatu hingga timbul dipermukaan.
4. Selepas itu angkat dan masukkan dlm air ais seketika kemudian toskan.

Untuk kelapa


50 gram gula merah
50ml air
60 gram kelapa parut
1 helai daun pandan
1/4 sudu kecil garam

Masak gula merah dan air hingga larut. masukkan garam, kelapa parut dan daun pandan. Kacau sehingga menjadi agak kering. tutup api dan biarkan sejuk.

Apabila kelapa telah sejuk, masukkan adunan puteri mandi yang telah ditoskan tadi. Kacau rata sehingga kelapa dan kuih puteri mandi sebati. Bolehlah dihidangkan mengikut kreativiti masing-masing.

Tuesday, 28 June 2011

kuih kasui aka tepur kapur

Sudah lama saya teringin untuk membuat kuih kasui. Bila makan kuih kasui mula teringat kuih tepur kapur yang dibuat arwah nenek saya. Bahan-bahannya saya tak pasti, tapi rasa seakan-akan sama apabila dihiris nipis-nipis dan kecil-kecil. Oklah sebagai pengubat rindu kan, sob-sob.


Resepi kuih kasui ini diambil dari blog Kak Fiza. Kak Fiza, terima kasih berkongsi resepi kuih kasui yang sedap. Saya pastekan di sini ya :)


Bahan-bahan

4 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 cawan gula merah
2 sd susu pekat
kelapa utk digaul bersama


Cara Membuatnya:

A. bancuhkan 2 cawan air bersama tepung gandum dan tepung ubi. kacau sebati.
B. panaskan 2 cawan gula merah bersama 2 cawan air. kacau sampai gula merah hancur.
- campurkan bahan A dan bahan B dalam satu bekas, kacau rata.
- masukkan susu pekat, dan kacau lagi.
- tapiskan dalam loyang, dan kukus selama 15-20 minit.
bila dah masak, sejukkan, potong ikut suka dan gaul bersama kelapa yg dah dicampurkan dengan secubit garam.

Semasa membuat kuih ini, berlaku sesuatu yang sangat mendukacitakan hati saya. Memandangkan di rumah memang tak banyak loyang, yang ada semuanya jenis loose, maka apabila saya tuangkan adunan kuih kasui ini, adunan tersebut bocor dan tumpah. Hanya 3/4 yang dapat diselamatkan. Memang sepinggan itu saja yang dapat. sob-sob, sedih sangat-sangat.

Next time nak cuba lagi sebab Zarin sangat suka kuih ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...