Karipap! karipap! karipap. Dah kemaruk sangat nak makan hinggakan tiap-tiap hari nak makan karipap. Dah jadi minah karipap pula. Tapi nak makan karipap yang sedap macam kat ikea tu ada telur.
Sebelum ini beli kat bazar ramadan karipap, tp terlalu berminyak hingga pening bila makan. Jadi hari sabtu yang lepas saya terus menggoogle resepi karipap. Maka muncullah pelbagai jenis cara dan resepi membuat karipap.
Namun hati saya terpaut dengan resepi yang di ambil dari sini. Cara buatnya pun nampak mudah. Saya copy dan pastekan resepinya di sini ya :)
Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam
air
INTI
5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu
2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
gula - jika perlu
air
Cara-cara
1.Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit
2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
Untuk buat inti -
1. kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
2.Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.
3.Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada. 4.Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa.
*telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi. 5.Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)
Memang sedap karipap ini, sesuai dengan namanya karipap inti sedap. Cumanya saya ni tak pandai mengelim, sudahnya memang senget benget la. Seperti kata suami saya
"Tak apa la mama, cubaan pertama, yang penting memang sedap!"
Mengikut resepi buat dapat 20 biji, tetapi saya buat dapat 15 sahaja, mungkin karipap saya size XL kot.
Apepun terima kasih pada tuan empunya resepi. Kalau nak lihat cara kelim step by step boleh lihat di sini :)
sedapnyer kak..menarik nmpaknyer...
ReplyDeleteisk3..sedapnya..dah le mmg antu karipap ni...ehh, x d la buruk pon.. kelim tu rapat2, menarik gak ye..intinya, padat sungguh..kalu jual camni, mau nanges yg beli..hehehe
ReplyDeletesemlm en. abah ada beli karipap, sedap katanya. akak tak sempat nak rasa, dah habis kena serbu. harini nak beli lagilah
ReplyDeletetima kasih kembali dari saya... selamat berpuasa!
ReplyDelete@hana
sedpnyo kariapp! inti penuh!
ReplyDeleteThis post will assist the internet users
ReplyDeletefor building up new website or even a blog from start to end.
Have a look at my web blog budgetline cash advance