Showing posts with label agar-agar dan puding. Show all posts
Showing posts with label agar-agar dan puding. Show all posts

Monday, 18 November 2013

Puding Kasih Bertaut

PUDING KASIH BERTAUT 




Bahan-bahan A 

1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)

300 ml air

200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita



Cara Bahan A

1. Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.


2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.

3. Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.

4. Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.




Bahan-bahan B 
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)


Cara Bahan B

Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.



Cara Menyediakan Puding

Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.


Selamat mencuba :)

Friday, 11 October 2013

Agar-agar Milo Lapis Oreo

Sudah berkali-kali saya membuat agar-agar milo lapis oreo ni. Tapi tak bekesempatan untuk dientrykan. Jadi jumaat yang mulia ini, saya coretkan entry berkaitan agar-agar milo lapis oreo ini. 

Jom lihat resepinya :)



proses melapis pun bermula

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO

sumber :  AlongRoz

Bahan-bahan

·                     1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
·                     750ml air
·                     160g gula
·                     1 tin susu cair (400ml)
·                     3/4cawan milo

·                     satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich

* saya menggunakan agar-agar jenis tali. So tak dapat nak letakkan resepinya. Main ikut suka. Tapi secara zahirnya memang saya rujuk resepi ini. 

Bila dah dikeluarkan dari acuan

Cara-cara

·                     Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
·                     Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
·                     Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.

·                     Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.


dah siap potong dan tunggu masa untuk dimakan

Tips Melapis :

·                     Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
·                     Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.

·                     Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.

Selamat mencuba :)

Monday, 26 March 2012

Puding Triffle

Inilah bentuk puding triffle yang saya buat untuk makan beradab makcik saya semasa perkahwinannya.

Pertama sekali nak minta maaf, sebab saya dah lupa ambil kat mana resepi ini. Saya copy, tapi lupa salinkan linknya, minta halal ya tuan empunya :)

Jom kita lihat resepinya


Bahan-Bahan
kek swiss roll - saya guna perisa pandan sebab tak jumpa yang lain boleh gak guna kek span dll.
1 tin buah-buahan campuran
1 tin susu cair
1 peket jelly cristal tak kisah perisa ape
4 sudu besar tepung kastard
sedikit esen vanila
7 sudu gula pasir
1 tin air-sukat guna tin susu

whipping cream atau yogurt or aiskrim vanila ke ape tak kisahla kan


Cara-caranya

untuk lapisan pertama-yang bawah sekali

-potong swiss roll anggaran 1.5cm pastu susun dalam bekas seeloknya dalam bekas kaca biar nampak susunannya tapi saya guna bekas loyang biasa je.Pastu renjiskan sirap/air dari buah-buahan campuran biar kek tu lembab.(asingkan buah dan sirapnya)
-tabur sedikit buah-buahan campuran tadi.
lapisan kedua

-campurkan setin susu cair dengan satu tin air serta 7 sudu gula kedalam periuk dan masak diatas api sementara tu bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air.Bila agak mendidih masukkan bancuhan tepung kastard tadi kacau dan terus kacau sampai nampak likat dan tidak berketul jangan lupe sebelum tu masukkan esen vanila.Kendian angkat dan tuangkan keatas lapisan yang pertama tadi.taburkan lagi buah-buahan campuran tadi.
lapisan ketiga

-masak jelly kristal ikut sukatan yang tertera pada kotak atau pek jelly tadi.bila dah masak dan nampak sejuk sikit tapi masih cair la tuangkan ke atas lapisan buah tadi.Bila dah beku bolehla nak letak whipping cream ke atau yogurt .

Selamat mencuba!

*pendapat peribadi, saya lebih suka triffle yang menggunakan swissroll perasa kopi/mocha.

Tuesday, 2 August 2011

Puding laici

Bulan puasa sangat sedap jika dapat menikmati puding. Tak kisahlah puding apapun, asalkan puding pasti sedap! 2 hari berpuasa saya masih belum sempat untuk menyediakan sebarang jenis kuih dan puding,sob-sob. Namun dalam hati dah mengeletis nak buat. hihihihihih

Sebenarnya puding laici ini telah lama saya buat, tapi belum sempat dientrikan. Resepi ini saya ambil dari Kak Nor Secubit Garam. Saya pastekan resepinya di sini ya :)



PUDING LAICI by K.Liza


Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dlam tin... [mesin sikit]]
1 tin laici [untuk hiasan]


Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.


NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....

Untuk resepi puding laici versi saya, saya telah gantikan susu cair dengan susu segar kerana saya tersalah beli susu pekat manis semasa ke kedai. sob-sob lagi. Sudahnya terpaksalah gantikan dengan susu segar memandangkan agar-agar sedang mengegelegak di atas dapur. Saya juga tambahkan ceri ke dalam puding ini dengan andaian, apabila puding saya keras nanti, dapatlah corak yang cantik.

Malangnya, andaian saya silap. Akhirnya jadilah puding laici macam orang kena tumbuk (kata salah seorang kenalan FB saya) hahahahahahahah

Tapi serius, puding ini sanagat sedap. hari ini saya dah belikan bahan-bahannya, ingat nak buat petang nanti. Tapi tekak cenderung untuk makan jeli kelapa pula. Nampaknya kena buat jeli kelapa dululah

Selamat berpuasa :)

Monday, 30 May 2011

Jeli Kelapa Pink Color

Jumaat yang lepas salah satu bahagian di ofis saya membuat jualan amal dan macam-macamlah yang dijual. Ada pakaian, akseori, tudung, buku, majalah, kasut, beg, makanan dan tak terlepas jeli kelapa kegemaran saya. Bila terjumpa kawan-kawan di lif, masing-masing membawa satu plastik jeli, konfem sedaplah tu. Saya pun apalagi terus turun ke tingkat 18, tujuannya nak membeli jeli kelapa. Malangnya jeli kelapa tersebut telah habis dijual. sob-sob.


Saya pun dengan hati yang lara naik balik ke tingkat 21. Lantas terus tangan laju menekan papan kekunci mencari resepi Jeli Kelapa! Saya sememangnya hantu jeli kelapa. Dah lama tak makan, bila teringin tak ada teruslah mencari resepi. Tak dapat beli baik buat sendiri.

Resepi jeli kelapa ini saya ambil di SINI

Dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya, terima kasih :)

Bahan-bahan ( anggaran 15-20 cup (bergantung saiz cup) )

10 gm serbuk agar-agar - yg clear
2 cawan gula pasir - klau nk manis, lebihkan
8 cawan air kelapa - 2 biji kelapa muda
8 cawan air biasa
2 helai daun pandan
Isi kelapa

Cara-cara
1.Campurkan semua bahan, kecuali isi kelapa. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan isi kelapa dalam cup kecil-kecil, ikut suka la nak banyak mana.
3.Kemudian, tuangkan adunan jeli tadi ke dalam cup yang berisi kelapa, sejukkan.
4.Kalau air kelapa banyak, boleh kurangkan air biasa.
5.Akak guna serbuk agar-agar cap burung layang-layang


Saya hanya membuat 1/2 adunan, jadi bahan-bahannya adalah seperti berikut

Bahan-bahan ( anggaran 12 cup (bergantung saiz cup) )
5 gm serbuk agar-agar - saya tersalah beli kolor merah, kehkehkeh
3/4 cawan gula pasir
5 cawan air kelapa pandan - 2 biji kelapa pandan
3 cawan air biasa
1 helai daun pandan
Isi kelapa

Cara buatnya adalah sama dengan resepi di atas tu. Cuma bahannya saja saya kurangkan. Alhamdulilah menjadi,suka sangat lebih sedap dari yang beli kat kedai.


Nampaknya bulan puasa tahun ini pasti setiap hari berbuka dengan jeli kelapa. Bertambah sedap bila guna kelapa pandan, memang wangi sangat-sangat. Suami saya berkata, "color pink ni pun cantik, lain dari yang lain, rasa pun sedap". Tak sia-sia saya tersalah beli serbuk agar-agar itu. hikhikhik

Tuesday, 24 May 2011

Mango Panna Cotta

Pertama kali saya mendengar Panna Cotta, saya terfikir, apa sebenarnya panna cota ini. Yelah Tak pernah dengar kan. Itupun tahu ada masakan nama Panna Sota setelah melihat resepi Mango Panna Cotta di blog Kak Nor.

Bila dah tengok banyak kali mulalah angau nak buat, bukan apa teringin nak tahu bagaimana rasa Mango Panna Cotta ini.


Kak Nor, dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya :). Resepi asal boleh dilihat di SINI

MANGO PANNA COTTA by Gert


Ingredient:


7 grm gelatin (1 packet) + 3 tbsp of water
2 ½ cups full cream milk
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla
1 ripe mango – cut into small cubes or puree


1. Mix the gelatin and water together and set it aside to bloom.
2. Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan.
3. Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved.
4. Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree.


Memandangkan saya buat malam semalam, dan memerlukan disimpan di dalam peti, sudahnya balik kerja petang tadi baru saya dapat merasakan keenakan Mango Panna Cotta ini. Sampi dirumah terus saya blendkan mangga menjadi puree. Kemudian simpan semula di dalam peti sejuk 15 minit baru dapat menikmatinya.



Jika ditanya, saya tidak dapat menggambarkan dan menberikan penjelasan bagaimana rasa Mango Panna Cotta ini. Nak kata puding tak juga, nak kata dadih pun tak juga. Kalau nak tahu bagaimana rasanya, jangan lupa untuk mencuba sendiri resepi ini. Yang pasti sedap dan nyaman je tekak bila melalui kerongkong di tambah dengan cuaca yang panas sekarang ini, aaaaaahhhhhh!!!!



Apepun terima kasih Kak Nor kerana berkongsi resepi yang sedap ini. Lepas ni nak try guna buah-buahan yang lain pula.

Untuk makluman, saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Panna Cotta yang diambil daripada wikipedia ;

"Panna cotta (from Italian cooked cream) is an Italian dessert made by simmering together cream, milk and sugar, mixing this with gelatin, and letting it cool until set. It is generally from the Northern Italian region of Piemonte, although it is eaten all over Italy, where it is served with wild berries, caramel, chocolate sauce or fruit coulis. It is not known exactly how or when this dessert came to be, but some theories suggest that cream, for which mountainous Northern Italy is famous, was historically eaten plain or sweetened with fruit or hazelnuts. Earlier recipes for the dish used boiled fish bones in place of gelatin; sugar, later a main ingredient, would not have been widely available as it was an expensive imported commodity. After years this treat evolved into what is now a gelatin dessert, flavored with vanilla and topped with fruit or spices, and served chilled.Somewhat similar versions of this dish are found in Greece, France and Finland."

Wednesday, 18 May 2011

Agar-agar santan

Agar-agar santan merupakan kegemaran saya dari dulu hingga sekarang. Tambah syok bila dimakan pada waktu berbuka di bulan puasa. Oh, nyaman je masuk tekak.

Baru-baru ini saya sempat membuat agar-agar santan ini. Sebenarnya tak rancang pun nak buat. Tapi memandangkan saya teringin nak makan pulut durian, jadi santan yang berlebihan itu saya gunakan untuk membuat agar-agar santan daripada dibuang begitu sahaja. Kelapa pun mahal sekarang, jadi kena mengkreatif diri bagi meminimunkan pembaziran. Tambahan pula membazir itu amalan syaitan, tak mau! tak mau! tak mau!




Untuk zarin sudah semestinya ada dan saya letakkan di dalam acuan mickey mouse. Tersangatlah sayang nak makan sebab terlampau cute telinga capangnya itu.



Untuk saya pula diletakkan dalam acuan bunga! Kali ini malas nak letak dalam caserol, jadi saya letakkan dalam acuan kecik-kecik supaya mudah untuk dinikmati. Kalau ada potluck baru boleh letak dalam caserol. hikhikhikhik



Dan yang bulat ini pula untuk suami. Eh, eh, bukan saya menyindir kata dia bulat tau, (suami saya tetap maintain), tetapi acuan bunga dan tak muat, so kena masukkan dalam acuan bulat ini.

Resepi agar-agar santan ini boleh dilihat DI SINI. Cumanya kali ini gula merah yang dibeli tidak memberikan kesan warna yang mengujakan hati saya. Sudahnya saya masukkan pandan paste supaya menjadi hijau. sayangnya bila dan bercampur kedua-dua warna tersebut maka terhasillah agar-agar santan itu. Hentam sajalah, yang penting SEDAP!

Selamat mencuba :)

Tuesday, 26 October 2010

puding marble -----> resepi dari lady

Puding marble ini sebenarnya dah lama saya buat, iaitu semasa bahagian saya membuat jamuan hari raya. kalau tak silap 9 Oktober 2010. Sebenarnya resepi ini diambil dari blog Lady. Kalau nak lihat resepi asal dan petua-petua yang berguna bolehlah berkunjung ke blog beliau. Di sini saya hanya pastekan bahan-bahan yang saya guna.

Untuk membuat puding ini, bahan-bahan yang diperlukan adalah

1 bungkus agar-agar
1400ml air
1 tin susu cair
2 cawan gula
8 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung kastard
2 sudu chocolate emulco
2 sudu besar planta
sedikit esen vanila
2 biji telur ayam
sedikit garam

Cara membuatnya

Basuh agar-agar dan masaknya bersama-sama 1400ml air dalam periuk di atas api sehingga hancur. Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga larut. di dalam satu bekas, pukul telur, masukkan susu, tepung jagung, tepung kastard dan masukkan garam. Kacau sehingga sebati, masukkan/tuangkan ke dalam agar-agar yang dimasak di atas api tadi dan kacau di atas api sederhana sehingga likat. Bila adunan sudah likat, tutup api dan masukkan 2 sudu plantan dan esen vanila. Kemudian bahgai adunan kepada dua bahagian, satu adukan diletakkan chocolate emulco dan satu adunan lagi dibiarkan warna asli (kuning). kemudian lapiskan adunan yang berwarna koko dan kuning berselang seli dengan menggunakan senduk. Sejukkan dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati.

Dan inilah hasil puding marble yang saya buat. Tidaklah secantik yang lady buat :)




Mula-mula nak buat puding marble ni saya agak bingung memikirkan macam mana nak buat corak-corak belang tu. Nanti tak ke setompok-setompok pudingnya. adessss...Tetapi apabila saya membuatnya, rupa-rupanya apabila saya masukkan adunan berselang seli, adunan akan menolak ketepi dan bergerak memenuhi ruang loyang. Maka jadilah bentuk belang-belang tu :P Budak baru belajar katakan.


Dan ini pula 3 biji puding marble untuk mama, papa dan zarin :)



Puding ini sangat sedap. Rugi kalau tak cuba. Sebenarnya ramai yang minta resepi puding marble ini daripada saya. Apepun saya ingin ucapkan terima kasih kepada empunya resepi Lady of Leisure kerana berkongsi resepi yang maveles ini. Insyaallah lain kali akan saya cuba resepi yang lain pula ye lady. ehehehehehe

Monday, 25 October 2010

Agar-agar santan Mak Minah

Agar-agar santan memang menjadi kegemaran saya dari dulu sehingga sekarang. Masih teringat lagi semasa mengandungkan Zarin, saya mengidam untuk menikmati agar-agar santan yang dibuat oleh ibu abang ipar saya (Mak Minah). Tetapi, pesan saya kepada Abang ipar saya (Abang Rizal) supaya Mak Minah menggunakan telur ayam bandar, bukan telur ayam kampung seperti yang biasa dilakukan sebelum ini. (Dah la suruh orang buat, banyak songeh pula yea)

Untuk tidak menghampakan mak yong pada ketika itu (sayalah tu), Mak minah membuat satu loyang besar agar-agar ini. Oh nikmatnya. Simpan dalam peti, makan sikit-sikit...Terima kasih Mak Minah...hehehehe...Agar-agar santan Mak Minah ini memang sedap. Paling sedap yang pernah saya nikmati...

Takkan nak suruh orang buat selalukan??? Akhirnya saya meminta kakak saya merisik resepi agar-agar santan Mak Minah...Alhamdulilah, dapat...bukan susah pun nak buatnya, tapi agak rumit sedikit

Jom kita lihat resepinya

Bahan yang diperlukan

BAHAN A
1 bungkus agar-agar
1400 ml air
1/2 biji santan atau 1/2 paket santan kotak (mana-mana pun boleh)
Gula merah
1 cawan gula
sedikit esen vanila
setengah cawan air daun pandan
secubit garam
1/2 cawan air daun pandan

BAHAN B (Untuk kepala)
2 biji telur
1/2 biji santan atau 1/2 paket santan kotak (mana-mana pun boleh)
* kesemua bahan diblend

Cara membuatnya

Agar-agar dibasuh dan dimasak dengan 1400ml air dalam periuk di atas api sehingga hancur. Kemudian masukkan gula merah sehingga nampak kehitaman. Apabila telah sebati, tambahkan gula dan kacau sehingga gula tersebut larut. Masukkan air daun pandan, sedikit esen vanila, santan dan secubit garam. Apabila telah mendidih, tapiskan agar-agar tadi dan bahagikan agar-agar kepada dua bahagian iaitu satu untuk lapisan bawah dan satu bahagian lagi untuk kepala. Kedua-dua bahagian tadi hendaklah dimasak di atas api yang perlahan secara serentak.

Untuk kepala, ambil satu bahagian agar-agar dan campurkan dengan Bahan B. Kacau atas api perlahan sehingga mendidih dan santan timbul. Apabila telah masak, tuang lapisan bawah agar-agar ke dalam loyang. Kemudian tuang pula bahagian kepala di atasnya. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati




Zarin shah sangat menggemari agar-agar ini. Oleh sebab itu, saya sangat rajin membuatnya. Jika ada pot luck di ofis, inilah menu yang selalu saya bawa... ehehehehehe


Sunday, 22 August 2010

puding kastard colourful

Bulan puasa tidak sah kalau berbuka tanpa pencuci mulut. Saya pula sangat gemar agar-agar atau puding. Kalau kuih memang saya kurang sikit.

Hari minggu yang lalau saya telah membuat puding kastard colourful (resepi di ambil dari blog Lady of Leisure. Resepi boleh lihat di SINI yea. Tq so much lady


Inilah rupa 3 warna agar-agar yang sedang disejukkan


Ini pula rupa agar-agar yang telah dipotong dan di satukan sebelum dimasukkan ke dalam puding



Dan inilah rupa puding itu. nyummmy!!!!

Rasanya sangat sedap. Lagipun resepi yang diberikan sangat mudah untuk dimasak. Yang bestnya Zarin sukaaaaaa!!!!!! Makan tengah-tengahari bikin mama terliur. Dah la cuaca panas terik...arggghhh zarin-zarin...dugaan di bulan ramadan pabila bersama si kecik :P


Friday, 16 July 2010

puding roti peanut butter

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi iaitu poding roti peanut butter. Resepi ini saya ambil daripada salah seorang kenalan FB dan juga RH iaitu Kak Sue Aleen. Tq kak sue :)


Bahan-bahan yang diperlukan

10 keping roti Gardenia
1 tin krimer sejat F&N (400 gm)
1/2 cawan gula
2 biji telur
3 sudu besar mentega kacang (ikut suka)


Cara membuatnya

1- Carikkan 8 keping roti. Boh dalam blender. Masukkan bahan lain. Kisar je terus sampai lumat.

2- 2 keping yang baki tu carik dan campur dalam adunan tadi tanpa dikisar semula.

3- Lengserkan loyang dengan marjerin dan tepung.

4- Masukkan adunan tadi dalam loyang. Untuk hiasan, ikut sukalah nak letak apa pun. Terpulang kepada keinginan masing-masing.

5- Bakar selama 30 minit sampai warna bingka ni berubah macam kat atas tu. Boleh dipotong panas tanpa tunggu sejuk.

hasilnya
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


Tadddddaaaaa!!!!!!!

* sangat sedap dimakan ketika panas-panas :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...