Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Wednesday, 2 July 2014

Sambal udang simple

Udang! lauk kegemaran anak teruna saya. Bayangkan dia boleh habiskan 15 ekor udang ni sekali makan. Dan kalau masak udang semestinya saya masak sambal udang. kalau ada petai pun best juga, tapi sebab bulan puasa encik suami suruh elakkan letak petai.
 
Oklah jom lihat resepinya
 
Bahan:

3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar *dikisar
3 ulas bawang putih *dikisar
1 inci halia *dikisar
12 ekor udang segar berkulit
1 sudu besar sos tomato
Sedikit air
garam
gula
 
 
 



Cara membuatnya:

1.  Panaskan minyak masak,tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia) sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sedikit air kacau rata kemudian masukkan 1 sudu besar sos tomato.
4. Masukkan udang dan biarkan masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan sebati dengan udang.
5. Bolehlah dihidangkan.
 
Mudah bukan, selamat mencuba!

Friday, 7 December 2012

udang kunyit kacang panjang

Oh sungguh lama dapur rumah tidak berasap dengan hidangan lauk-pauk. kalau adapun seminguu sekali sahaja. Bukan kami tak makan nasi, tapi kalau hari bekerja memang langsung tak masak sebab masing-masing dah kenyang, kalau masakpun hanyalah untuk Zarin. 

Memandangkan Zarin peminat no.1 udang, jadi resepi yang akan saya tuliskan ini pun berkaitan dengan udanglah. Alah, bukan resepi yang boombastik pun, tapi resepi dua dalam satu, ada sayur, ada lauk, cepat dan mudah yang penting sesuai untuk anak dan juga ibu bapa, satu famili boleh makan.

 Jom lihat resepinya :)

 

Bahan-bahan
1 ikat kacang panjang 
Udang secukupnya 
2 ulas bawang putih - hiris 
1 bawang besar - hiris 
1 cili merah - hiris 
1 batang carrot - dipotong mancis
Serbuk kunyit
Garam 
Gula 
Sedikit sos ikan 
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. 
2. Masukkan udang yang dilumur garam kunyit. Goreng seketika. 
3. Masukkan bawang besar, dan cili merah. Kacau rata. Kemudian masukkan pula kacang panjang dan carrot serta sos ikan. 
4. Kacau seketika dan masukkan sedikit gula dan sesuaikan rasa garamnya. 
5. Angkat dan bolehlah dihidangkan.

 

Udang dan carrot untuk Zarin dan kacang panjang untuk mama dan papa. Mudah bukan?


Selamat mencuba :)

Monday, 19 March 2012

Udang masam manis

Setiap kali menikmati makan tengahari dan makan malam, atau pendek kata makan nasi, pasti udang yang menjadi pilihan Zarin. Dia sangat suka segala jenis seafood. Dan jangan tak percaya siput sedut pun fevret dia juga tu. Alahai selera anakanda saya ni pelik sikit.

Bila dah suka makan udang, saya pun mulalah mempelbagaikan resepi untuk memasak udang. Sudahnya terhasillah udang masam manis ini.

sangat mudah menyediakannya. bahan-bahan yang diperlukan adalah :


Bahan-bahan

3 ekor udang besar digoreng terlebih dahulu.

Untuk Kuah
1 biji bawang bombay/ bawang besar
2 inci halia dipotong memanjang
3 ulas bawang putih
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap manis/pekat
1 sudu makan cuka
sedikit daun bawang
sedikit daun sup
garam dan gula

cara membuatnya
1. Panaskan sedikit minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang bombay/bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan cuka, sos tiram, sos tomato, kicap cair, kicap manis/pekat, garam dan gula secukupnya.
3. Kacau sebati dan masukkan sedikit air dan biarkan kuah menjadi pekat.
4. Selepas itu,tutup api dan masukkan udang yang telah digoreng dan gaul sehingga sebati.
5. Masukkan ke dalam pinggan dan hiaskan dengan daun bawang dan daun sup, siap!

Sunday, 29 May 2011

Tomyam Udang

Sawadikap!

Tiba-tiba pulak cakap siam bila masak tomyam. hehehehehehhe. Tomyam merupakan lauk kegemaran saya. Kombinasi tomyam semestinya sambal belacan dan telur dadar, wah terangkat!

Masak tomyam taklah susah mana, yang penting rasanya cukup masam masin dan pedas! Dan ini pula cara saya memasak tomyam


Bahan-bahan

20 ekor udang
2 batang serai
daun limau purut
sebiji tomato dibelah 4
cili padi
Perencah tomyam adabi
cendawan tiram
1 batang carrot
Jus limau nipis
6 biji cili padi
1 inci lengkuas
Daun ketumbar
Bawang besar dibelah empat
3-4 cawan air
garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Didihkan air bersama serai dan lengkuas.
2. Setelah mendidih, masukkan daun limau purut dikuti tomato dan juga bawang besar.
3. Selepas itu masukkan pula perencah tomyam adabi. Kacau sehingga sebati.
4. Apabila mendidih, masukkan udang, cendawan, cili padi dan juga caroot. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan perahan jus limau nipis.
5. Taburkan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan.



Kalau makan tomyam konfem kena hirup kuah, baru best. Jemput makan :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...