Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Wednesday, 5 March 2014

Yee mee kungfu

Waaaachaaaa!!! eh eh.. tetiba keluar pulak bunyi wachaa ni. Almaklumlah, berkungfu di dapur menyiapkan yee mee kungfu ni. Wajibla ada sound effect, baru best disulami dengan bunyi sofea menangis, Zarin duk minta itu ini ditambah pula dengan bunyi senduk dan kuali berlaga! hahahahha.

Jom tengok resepi mee kungfu ni. 

BAHAN A
2 ketul yee mee (rendam air panas kejap)

BAHAN B (hiasan)
udang (dibuang kulit, belah belakang dan digoreng kunyit)
sawi dan carrot (dicelur)

BAHAN C (KUAH)
5 sudu besar sos tiram
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 kiub ayam
1 biji telur (ambil putihnya sahaja)
3 sudu tepung jagung (dilarutkan di dalam air)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan bawang putih. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan air (mengikut sukatan kuah yang diperlukan. biasanya 3-4 gelas).
2. Apabila sudah mendidih, masukkan sos tiram dan kiub ayam, kacau sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan garam dan tepung jagung, kacau lagi. Apabila telah pekat, masukkan putih telur juga masukkan sayur sawi dan carrot yang telah dicelur tadi. Dan kacau sehingga putih telur masak.  
5. Untuk menghidangkannya, masukkan yee mee ke dalam mangkuk, dan sususn udang diatasnya. Kemudian tuangkan kuah yang mendidih tadi diatasnya. Sedia untuk dinikmati.

Sangat sedap dimakan panas-panas dan tidak lupa cili potong! nyummmy!



Bila dah ada dua orang anak ni, masa memasak perlu cepat. Hingga anak dara saya si Sofea tu kalau mood tak elok, siap gantung kat kaki time mama tengah masak. Tak pun sama-sama duk kat dapur. Silap-silap jadi orang minyak (sebab dah tuangkan minyak masak setengah botol) ^_^ 

eh bercerita panjang pulak. Maklumlah dah lama berceloteh kat blog ni. serius kekangan waktu nak tulis resepi. Sebenarnya masih lagi masak, tapi malas nak shoot gambar. So layan sajalah gambar dari henfon ni. Walaupun tak secantik guna kamera gajah! 

Hingga ketemu lagi :)

Thursday, 5 December 2013

Mee goreng basah lagi

Mood memasak agak tunggang langgang sekarang ni. Bukan tak masak langsung, masak, tapi bila dah siap masak terus makan dan lupa ambil gambar. Kadang-kadang dah ambil gambar tapi malas nak tulis resepi. So terperam jelah dulu.  Jadi arini nak sharekan antara resepi yang sangat popular dalam blog saya ni iaitu Mee goreng basah. 


Bahan-bahan 
• 1 bungkus mee kuning (kali ni buat setengah bungkus je)
• 4 biji bawang merah ditumbuk
• 2 ulas bawang putih ditumbuk
• ½ inci halia ditumbuk 
2 ekor sotong di potong bulat 
12 ekor udang 
200 gram isi kerang yang telah direbus
2 pokok sawi pak choy
taugeh
2 sb cili boh 
2 sb minyak masak 
1/2 sb sos tiram 
4 sb sos tomato 
1/2 sb kicap pekat 
3 cawan air 
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara membuatnya
1.Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
2.Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat, air dan kacau sehingga mendidih.
3.Masukkan udang, sotong dan kerang tunggu sehingga masak. Kemudian perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.
4.Masukkan mee kuning dan gaul sebati. Masukkan pula sawi. Kalau nampak air mcm dah kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi sedikit air.
5.Kecilkan api dan masukkan taugeh. Kemudian gaul mee supaya sebati. Apabila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Dan terus pindahkan mee ke dalam pinggan.

Mee goreng basah ni antara menu kegemaran suami dan Zarin. Sangat sedap dimakan bersama keropok keping. nyum-nyum.. 

Selamat mencuba :)

Wednesday, 4 April 2012

Mee goreng basah

Setiap kali makan mee goreng, saya mesti nak mee goreng basah. Tak berapa minat mee goreng yang kering sifatnya. Jadi hari ini saya ingin berkongsi resepi mee goreng basah yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.


Bahan-bahan
• 1 bungkus mee kuning
• 4 biji bawang merah ditumbuk
• 2 ulas bawang putih ditumbuk
• ½ inci halia ditumbuk
2 ekor sotong di potong bulat
12 ekor udang
200 gram isi kerang yang telah direbus
2 pokok sawi pak choy
taugeh
2 sb cili boh
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuatnya
1.Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
2.Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat, air dan kacau sehingga mendidih.
3.Masukkan udang, sotong dan kerang tunggu sehingga masak. Kemudian perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.
4.Masukkan mee kuning dan gaul sebati. Masukkan pula sawi. Kalau nampak air mcm dah kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi sedikit air.
5.Kecilkan api dan masukkan taugeh. Kemudian gaul mee supaya sebati. Apabila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Dan terus pindahkan mee ke dalam pinggan.



Kalau suka pedas boleh makan bersama cili jeruk. Lagi sedap jika goreng telur dadar nipis-nipis, dan potong bulat-bulat lalu ditaburkan di atasnya. Kalau saya, rasa sungguh enak menikmati mee goreng dengan sedikit perahan limau nipis dan juga keropok keping. nyum-nyum..

Tuesday, 20 March 2012

Murtabak Maggi

Murtabak maggi hanya saya sediakan ketika darurat. Darurat maksud saya jika tatau nak masak apa, dan malas nak keluar cari makan. Jadi inilah yang akan disediakan. Tapi sebelum buat murtabak maggi ini, saya akan pastikan Zarin tidur dahulu. Hihihihihi


Bahan-bahan yg di perlukan
- 2 bungkus maggi kari
- 3 biji telur
- 1 biji bawang besar yg di hiris nipis
- 2 batang sosej dipotong bulat
- ½ mangkuk kecil sayur campur

Cara membuatnya
1. Celur maggi sampai kembang dan toskan.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, perencah kari maggi, sosej, bawang dan sayur campur serta kacau sebati.
3. Kemudian masukkan maggi yang telah ditoskan tadi ke dalam mangkuk berisi telur dan gaul hingga sebati.
4. Akhir sekali, panaskan non stick pan, calitkan sedikit minyak dan goreng sehingga kekuningan, garing dan masak
5. Sungguh enak dinikmati bersama sos cili dan mayonis.

Selamat mencuba :)

Thursday, 15 March 2012

Mee rebus bebola ikan resepi bonda

Mee rebus memang menjadi kegemaran saya. Lebih-lebih lagi jika diletakkan dengan homemade bebola ikan. Sepanjang membesar di Terengganu, jika sebut mee rebus, memang beginilah sifatnya. Kuah yang cair seolah-olah sup. Resepi ini merupakan resepi daripada Ummi saya.


Untuk bebola ikan
4 ekor ikan selayang/kembung
Secubit garam

Cara membuatnya
1. Siang ikan dan cuci bersih serta ambil isinya sahaja.
2. Masukkan isi ikan dan secubit garam ke dalam blender dan kisar sehingga lumat. Ketepikan.

Untuk kuah
*4 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 suduk kecil lada hilam
*1 inci halia
3 pokok sawi pak choy / boleh gantikan dengan kangkung
2-3 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya.

*1 paket mee kuning yang telah dicelur dengan air panas dan toskan.

Cara membuatnya
1. Semua bahan yang bertanda * ditumbuk. Kemudian panaskan periuk dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan air dan kacau sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih, ambil isi ikan yang telah dikisar tadi dan bulatkan kecil-kecil dan masukkan ke dalam periuk. Apabila bebola ikan tadi telah terapung dan masak, masukkan sawi, garam dan gula secukup rasa. Apabila telah sebati, tutup api.
4. Masukkan mee kuning yang telah dicelur ke dalam mangkuk dan letakkan kuah. Perahkan limau nipis dan taburkan bawang goreng, daun sup/daun bawang. Jika sukakan pedas, boleh dinikmati bersama sambal kicap.

** Mee tidak dimasukkan sekali ke dalam periuk untuk mengelakkan mee tersebut menjadi kembang.

Selamat mencuba.

Monday, 12 December 2011

Penang Char Kuew Teow

Char kuew Teow, oh Char kuew teow!
Ada cerita mengapa tiba-tiba saya buat kuew teow. Ceritanya begini, ketika pulang dari mid valley (ceritanya di sini), saya pun ke det station cheras untuk menikmati Char kuew Teow. Malangnya ketika sampai kedai tersebut tutup! Sob-sob..

Sebelum ini, saya ada membeli sebungkus Kuey Teow yang halus sebab jarang jumpa. Beli suka-suka, dan tatau nak masak apa sebenarnya. Malam sabtu, suami mencadangkan agar saya membuat char kuew teow. Akhirnya saya terus menggoogle resepi. Dan hasilnya jumpalah resepi yang mudah daridapurmaisya.

Maisya, saya copy dan pastekan resepinya di sini ya. Resepi asal boleh lihat di sini.

Resepi ini, sudah saya olah sedikit.


Bahan-bahan
* UTK PASTE *
200 gm udang (saya guna 12 ekor udang size L, jadi x sure berapa gram)
250ml air (saya masukkan ½ cawan sahaja, sebab air rebusan dah banyak)
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 kiub pati ikan bilis
*2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
*1 sk gula
*** garam dan gula secukup rasa, saya tak ikut sukatan di atas

* UTK MEE *
300gm kuey teow ( tak pasti brapa gram, tp utk 3 pinggan, guna yang halus tu)
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
1 biji telur

UTK PASTE-
Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.
Campurkan semua bahan utk paste dgn air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE-
Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td (saya guna 2 senduk kecil). Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

** Lagi satu, kena goreng char kuew teow ni sepinggan-sepinggan. Contohnya kalau nak goreng tiga pinggan, maka kena guna tiga biji telurlah ya, begitu juga dengan cabai tu :)


Walllahhhhh!!! Sungguh sedap! Sejujurnya inilah kali pertama saya memasak Char Kuew Teow! Tapi rasanya memang lagi sedap dari yang pernah saya makan di kedai.

Untuk dapatkan feel menggoreng char kuew teow seperti di kedai, ketuk-ketukkan sedikit senduk di kuali, jadi masa masaknya memang dapur akan bunyi kung kang kung kang jelah!. Hahahahahah..

Mr. Papa pun puji sedap char kuew teow ni, katanya

“lepas ni tak payah makan kat kedai lagilah. Mama buat lagi sedap!”

Dan zarin pula

“papa beli kat mana ni?”

Bila jawab mama yang masak terus cakap

“Wow, hibatnya mama, mama bagus!”

Selamat mencuba :)

Monday, 14 November 2011

koteow kungfu

Hari ini saya ingin berkongsi resepi yang cepat dimasak sedap dimakan. Tapi bukan mee maggi ya. hikhikhik. Tapi koteow kungfu, wachaaaaa!!!!

Setiap kali buat koteow kungfu pasti suami saya bertanya,
"nak buat kenduri ke ni?"

sebab sebungkus koteow memang banyak untuk 3 orang makan. Tapi jangan tak percaya, habis licin ok!


Resepinya ialah

BAHAN A
sebungkus koteow (direndam air panas seketika dan toskan)

BAHAN B
10-15 udang direbus dan ditoskan.
sawi (dicelur)

BAHAN C (KUAH)
1 senduk sos tiram
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil serbuk pati ayam
satu peket fish ball dipotong 2
1 biji telur (ambil putihnya sahaja)
2-3 sudu makan tepung jagung (dilarutkan di dalam air)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air

Cara membuatnya:
1.Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan bawang putih. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan air (mengikut sukatan kuah yang diperlukan. biasanya 3-4 gelas).
2.Apabila sudah mendidih, masukkan sos tiram dan kiub ayam dan fish ball, kacau sehingga sebati. Masukkan udang dan juga sawi.
3.Kemudian masukkan garam dan tepung jagung, kacau lagi. Apabila telah pekat, masukkan putih telur dan kacau sehingga masak.
5. Kemudian masukkan koteow dan kacau sebati. Sedia untuk dihidangkan.

Sangat sedap dimakan panas-panas dan tidak lupa cili potong! nyummmy!

Thursday, 30 June 2011

Yee Mee Kungfu

Apabila berpuasa, nafsu makan mulalah bermacam-macam. Dalam kepala mula teringin nak makan tu, nak makan ni, nak masak tu nak masak ni. Kalau masuk bulan ramadan nanti tatau la macam mana gayanya. hehehehhe

Hari ini saya membuat yee mee kung fu, waaaachaaaaaaa!!!!. Dah lama sangat tak makannya. Kami ni kira bermusim juga, kalau start masak sekali, nanti tiap-tiap harilah akan masak menu yang sama sampai jemu. Tiga hingga empat bulan lagi masak balik.

Bukan susah sebenarnya nak masak yee mee kung fu ni. Jom lihat resepinya


BAHAN A
yee mee

BAHAN B (hiasan)
udang (dibuang kulit dan digoreng)
sawi dan carrot (dicelur)

BAHAN C (KUAH)
1 senduk sos tiram
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil kiub ayam
6 biji fish ball dipotong 2
1 biji telur
2 sudu tepung jagung (dilarutkan di dalam air)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air

Cara membuatnya:

1.Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan bawang putih. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan air (mengikut sukatan kuah yang diperlukan. biasanya 3-4 gelas).
2.Apabila sudah mendidih, masukkan sos tiram dan kiub ayam dan fish ball, kacau sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan garam dan tepung jagung, kacau lagi. Apabila telah pekat, pecahkan telur dan kacau sehingga masak.
5. Untuk menghidangnya, masukkan yee mee ke dalam mangkuk, dan tuangkan kuah yang mendidih tadi diatasnya.
6. Susun sawi dan carrot, serta udang dan di atas hidangan dan tuangkan sedikit baki kuah yang ada di atasnya....SIAAAAAPPPPPP!!!!!!!!!

Sangat sedap dimakan panas-panas dan tidak lupa cili potong! nyummmy!

Tuesday, 3 November 2009

Yee Mee Kungfu

Salam

Entri kali ini aku ingin berkongsi resepi kegemaran kami iaitu yee mee kungfu...

BAHAN A
yee mee

BAHAN B (hiasan)
udang (dibuang kulit dan digoreng)
isi ketam (direbus)
sawi/kailan/brokoli (dicelur)

BAHAN C (KUAH)
1 senduk sos tiram
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji telur
2 sudu tepung jagung (dilarutkan di dalam air)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air

Cara membuatnya:

Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan bawang putih. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan air (mengikut sukatan kuah yang diperlukan. biasanya 3-4 gelas). Apabila sudah mendidih, masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan garam dan tepung jagung. Apabila telah pekat, pecahkan telur dan kacau sehingga masak.

Untuk menghidangkannya, masukkan yee mee ke dalam mangkuk, dan tuangkan kuah yang mendidih tadi diatasnya. Kemudian, susun sawi, udang dan isi ketam di atas hidangan dan tuangkan sedikit kuah di atasnya....SIAAAAAPPPPPP!!!!!!!!!


inilah rupa yee mee kungfu yang telah siap dihidang

* Yee mee kungfu sedap dimakan ketika panas-panas. Kalau anda sukakan pedas, potong cili padi dan masukkan kicap cair kemudian makan bersama-sama yee mee tersebut...
udang dan isi ketam boleh juga diganti dengan sotong, kerang, ayam atau daging. tetapi pastikan kesemuanya di masak terlebih dahulu...yee mee juga boleh diganti dengan kue teow atau mee...

SELAMAT MENCUBA!


nyummm...nyummmm..nyummm


Setiap minggu hampir empat hingga lima kali juga kami menikmatinya...Lagipun, cara membuatnya mudah dan ringkas. Dan paling penting sedap...

Suamiku pula sangat menggemarinya...Sikit-sikit yee mee kung fu..yee mee kung fu... hihihi...

Ayat yang sering membuatku ketawa:

"Zarin, jaga-jaga sikit, mama dah start nak berkung fu tu. Habisla kita malam nie..." kata suamiku...

hehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...