Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Wednesday, 12 September 2018

Bubur Jagung Keledek

Assalamualaikum,

Ya Allah, rindunya nak tulis resepi. Niat di hati memang nak catatkan resepi yang pernah saya cuba di sini untuk rujukan kemudian hari, tapi asyikla tertangguh sampai berbulan-bulan lamanya. Dulu alasan ada anak kecik tak sempat, sekarang anak-anak dah besar, komitmen lain pula yang muncul. Oklah, hari ni nak share resepi mudah ja sebenarnya iaitu bubur jagung keledek. Bubur ni antara kegemaran kami sekeluarga. 

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

3 tongkol jagung 
2 biji keledek 
2 sudu sagu
1 ketul kecil nisan kerek (gula melaka/gula merah)
1 kotak kecil santan kara
2 helai daun pandan 
gula dan garam secukup rasa




Cara membuatnya:

1. Hiris nipis jagung sehingga habis isinya.
2. Potong keledek saiz kecil dan rebus sehingga empuk.
3. Rebus jagung sehingga separuh masak, masukkan daun pandan dan juga biji sagu. Kacau sehingga sebati kemudian masukkan santan, nissan, garam dan gula secukup rasa. Apabila hampir mendidih masukkan keledek yang telah direbus dan kacau sebati dengan api yang perlahan. Apabila semuanya sudah mesra, tutup api dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba


Thursday, 20 March 2014

Bubur Siam - bubur nasi berlauk

Bubur nasi memang sering menjadi pilhan di rumah saya. Boleh dikatakan seminggu sekali pasti memasaknya. Tapi lauk akan saya pelbagaikan, mengikut selera pilihan.

Jom lihat resepinya

Untuk bubur nasi bahan-bahannya ialah
1 pot beras ( boleh ditambah atau dikurangkan)
10-15 ekor udang dibuang kulit serta dibelah belakang (boleh ditambah atau dikurangkan)
3 cawan air
1 ketul kiub ayam
Secubit garam


Cara membuatnya
Masak nasi bersama-sama udang sehingga mendidih. Kemudian masukkan kiub ayam dan secubit garam. Biarkan nasi masak sehingga menjadi bubur. Air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan bubur nasi yang diinginkan.

Paling penting untuk menikmati bubur siam ialah, bawang putih goreng. Cara membuatnya ialah.

1 labu bawang putih ditumbuk hancur. Kemudian goreng di dalam minyak sehingga kekuningan. Bawang putih tadi hendaklah diambil sekali dengan minyaknya.
Setelah semuanya siap, bubur nasi tadi boleh dihidangkan bersama-sama sayur, contohnya cendawan sos tiram, kailan ikan masing, sawi goreng dan sebagainya, bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Lauknya pula sangat sedap dinikmati bersama ikan bilis goreng, telur masin dan juga pekasam. Boleh juga hidangkan bersama ayam goreng kunyit, juga bergantung kepada selera masing-masing.

Cara menikmatinya pula ialah, hidangkan bubur nasi bersama-sama lauk dan juga sayur. Jangan lupa taburkan bawang putih goreng, daun sup, daun bawang dan gaul rata. Kalau anda sukakan masam, boleh perahkan limau nipis, kalau sukakan pedas boleh taburkan lada sulah, cili flakes ataupun hidangkan bersama cili potong.

Selamat mencuba

Tuesday, 14 June 2011

Bubur jagung

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Perak, semasa menyinggah membeli mentarang, kami turut membeli jagung. Zarin sangat suka makan jagung, kalau boleh hari-hari nak jagung!

Beli 6 ketul RM11, bagi kat adik ipar 2 ketul bawa balik Melaka dan lagi 4 ketul kami punya. Balik kerja semalam masing-masing dah kenyang dan taknak makan nasi, akhirnya kami sepakat untuk membuat bubur jagung.

Bahan-bahan

2 batang jagung
2 helai daun pandan (disimpul)
1 biji kelapa diambil santannya
4 sudu besar gula
2 sudu besar gula merah
sedikit garam dan air

Cara membuatnya

1. Basuh jagung dan kemudian hiris isinya nipis dan tebal. Kemudian rebuskan dengan sedikit air selama 10 minit atau hingga jagung hampir masak.
2.Kemudian masukkan santan, daun pandan, gula, gula melaka, dan juga garam. (Kalau nak kuah banyak lebihkan air, kalau suka manis boleh lebihkan gula). Kacau biar sebati. Setelah mendidih tutup api dan siap untuk dihidangkan.


Sangat sedap makan panas-panas dan cicah pulak dengan roti banggali, perggghhhh!!!!!

Yang tak tahan, hantu jagung (Zarin) berkata

"Mama masak sedap, bagus!" sambil angkat ibu jari tanda good!

Heheheh, juri kecik ni kalau bab jagung semua sedap. Makan pun bertambah-tambah. Mula-mula risau juga tidur malam nanti kembung perut. Tapi alhamdulilah, Zarin tidur dengan lenanya. Bangun pagi tadi mintak pancake el el cc (kfc-sebenarnya McD) pulak dah!hahahahah

Sunday, 3 April 2011

kuah durian

Kalau dah memang hantu durian, setiap hari nak makan durian juga! Tak sampai seminggu pesan supaya jangan beli durian dalam masa terdekat. Tapi bila dah peminat tegar beli juga! Tapi kali ini saya dah tak buat pulut durian lagi. Makan durian sahaja!




Tapi bila dah beli durian, ada pulak terlebih isinya. Akhirnya saya buat pula kuah durian atau serawa. Nyum-nyum sedap juga. Sebenarnya tak adalah susah mana nak buat kuah durian ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah

1 biji kelapa diambil santannya
5 ulas isi durian
4 sudu besar gula
sedikit air
1 helai daun pandan
setengah ketul gula merah (nissan)
sedikit garam.

Cara membuatnya

Panaskan santan di dalam periuk. Kemudian masukkan isi durian yang telah diasingkan isi dan bijinya. Kacau sehingga mendidih. kemudian masukkan air,daun pandan, gula, nissan dan garam. kacau lagi sehingga sebati. Bila dah hampir pekat, tutup api dan sedia untuk dinikmati.




Inilah kuah durian yang telah siap dimasak. Ada orang suka campurkan dengan sagu. Tapi suami saya tak suka. Jadi memang betul-betul kuah durian sahaja.



Kuah durian ini sangat sedap jika dicicah dengan roti banggali. kalau nak makan dengan pulut pun ok, dengan roti jala pun tersangatlah ok.

Jemput makan :)

Sunday, 27 March 2011

bubur nasi berlauk menu wajib!

Bubur nasi berlauk merupakan menu yang wajib ada setiap minggu dalam keluarga kami. Sebenarnya, memang kami penggemar bubur nasi. Kalau di Kedah di panggil moi sup, kalau di Terengganu di panggil nasi air. Kesemuanya kami suka. Cumanya bila dah masak sendiri memang pelbagai jenis lauklah yang boleh dihidangkan.

Untuk bubur nasi berlauk kali ini, agak special sikit kerana ada tambahan lauk pauk. Makanya, bertambah-tambahlah kami makan, lebih-lebih lagi bubur nasi dimasak menggunakan beras siam, harum semerbak satu rumah!

Menu bubur nasi dihidangkan bersama-sama lauk berikut;


Pekasam ikan lampam


Ayam goreng kunyit, wajib ada!


Ikan bilis goreng, wajib ada!


Sup tulang, sekali-sekala ciptakan kelainan


kailan ikan masin


dan paling penting dan wajib ada ialah bubur nasi!

Wah, memang membuka selerakan? Lebih-lebih lagi ada pekasam, diperah pula dengan limau nipis! gulp!!!!!!!! Kalau mak mertua lalu dibelakang sure tak sedar, kihkihkih.

Friday, 18 February 2011

Pulut Durian

Oh kome doyan dah berbunge
moh kita minang anok dare
Anok dare,anok dare bote
Teman jumpe di Padang Tenggale

....

Oh kome,doyan udoh luroh
Lebih baik abang pegi suloh
Lambat sikit kome dapat habuk
Kalau tido jawabnye tinggey pokok
Itulah lirik lagu yang saya paling ingat setiap kali terpandang durian atau makan durian. Sebut saja pasal durian pasti teringat lagu nie.

Baru-baru ini, semasa mengambil Zarin di neseri, terjumpa pula orang sedang menjual durian di tepi jalan. Durian kampung you! Apalagi kami sekeluarga memang hantu durian, cepat-cepatlah singgah membelinya.

Tapi harga yang ditawarkan masih mahal pada saya iaitu RM12 sekilo. Durian dari Perak menurut penjualnya. Tapi sebab dah nak makan, angkut jugaklah dua bijik (RM39).



Sampai di rumah, belum sempat nak buka tudung Zarin dah mengadap suruh belah durian. Siap ambil tupperware lagi (kebiasaan simpan durian dalam peti).

"Mama, cepatlah, Alen nak uyan (durian).
Bukak, bukak! buh sini."

"Kejap tunggu papa. Mama tak reti bukak durian nie. Kejap yea sayang." Sambil alihkan durian yang begitu hampir dengan kakinya.

Bila dah bukak! wallah! Cantik dan sedap sangat isinya. Siap dapat durian kucing tidur lagi (eh betul ke kucing tidur? dah lupa istilah dia)



Selepas siap mengopek satu durian, papa kopek pula yang lain. Yang ini isinya tak kuning sangat. Tapi sedap juga. Zarin pun dah bersila mengadap, habis 2 ulas dimakannya.



Bila dah beli durian, tak sah kalau tak buat pulut durian. Lantas saya cepat-cepat kukuskan pulut. Terus mewangi satu rumah bau pulut kukus. Pulut siam pulak tu.

Dan hasilnya, jadilah pulut durian. Sungguh enak dan menyelerakan



Saya sangat suka pulut durian, cuma tak suka makan pulut durian guna tangan. Rasa cam geli sikit. Lebih selesa pakai sudu dan letak santan banyak-banyak. Bila dah makan durian, walaupun dah gosok gigi tetap mulut bau durian. Timun pula tidak ada untuk elakkan mulut berbau durian. Sudahnya sendawa pun bau durian. Nasib baik kentut tak bau durian, kehkehkeh!

lepas ni bila dah betul-betul musim durian,hari-hari pulut durian :)

Tuesday, 19 January 2010

Pulut Durian

Jumaat yang lepas, sebaik sahaja aku membuka pintu kereta, tiba-tiba .....

"ummmmmphhhhhh" aroma buah durian terus menusuk lubang hidungku.

Mama : yang, beli durian ke? bau durian nie.
Papa : Takla, tadi makan aiskrim durian.
Mama : Tipu, kuat je bau nie...(kataku sampil menghidu-hidu bau durian yang menyelerakan itu)
Papa : hehehehe...ye lah. Dah mama teringin nak makan pulut duriankan? dah berapa minggu duk sebut-sebut. Tadi jumpa terus belilah.
Mama : Sedapnya pulut durian. Tak sabar nak makan. (kataku sambil menelan liur dan mengecap bibir. )



Inilah hasilnya

Selepas suamiku selesai menunaikan solat asar, buah durian terus dikopek. Zarin dengan gembiranya duduk didepan papa untuk melihat apekah buah yang berduri-duri itu.

Aku pula terus menanak pulut di dalam rice cooker. Sejujurnya aku agak fail apabila menanak pulut. Kalau tak lembik, mentah! Cara yang diajar oleh ibu mertuaku masih lagi tidak berani kucuba.

Caranya :
1. Basuh pulut, kemudian toskan.
2. Panaskan air di dalam rice cooker. apabila mendidih masukkan pulut dan kemudian buang air tadi dan tunggu sehingga masak.

Caranya memang senang, tetapi aku masih tidak konfiden untuk melakukannya. Jadi terpaksa menanak pulut seperti memasak nasi...ehehehehe....


pulut durian yang sedia untuk dimakan

Selepas solat maghrib, pulut pun dah masak dan santan telah diperah, kami menikmati hidangan pulut durian dengan berseleranya.

Akibatnya, sepanjang malam Zarin nenen tak lepas-lepas. Memang itulah yang aku sedari. Apabila makan durian Zarin kuat menyusu. Mungkin susu perisa durian+sedap, ataupun Zarin kepanasan +dahaga!



Friday, 7 August 2009

bubur nasi berlauk




haaaa...nak cite ckit nie...nila dinner kami semalam...bubur nasi berlauk...heheheh..xyah penat2 p kg baru...masak sendri je la....sedap dan jimat!!!

mmm..kalu nak tau..sminggu skali mesti aku akan masak nie...sbb cik somi sgt suka mkn bubur nasik nie....cuma lauk dia dipelbagaikanla...nant jemu la plak...hikhik...yg best, nak buat pun senang, goreng je smua tu...n zarin pun leh tumpang sama..tp just mkn bubur nasi kosong je la...lauk2 dia blum leh mkn lagi....tunggu besar ckit yea sayang...

mama dh bli mcm2 buku resepi tuk zarin...nant mama blaja masak yea...sure baby mama ni betambah bam..bam...hehehehe....yg penting air tangan mama dan berkhasiat...zarin suka, mama puas ati, papa setuju...(sure la papa stuju sbb jimat blanja) kihkihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...