Dewasa ini selera setiap hari nak makan spagheti. Tak kisahlah spagheti apapun, asalkan dapat makan spagheti terasa sungguh nikmat. Hinggakan pukul 10 malam masih bangun masak spagheti.
Hari ini saya hanya ingin berkongsi resepi spaghethi yang mudah iaitu spagheti meatball. Spagheti kegemaran saya sebenarnya ialah olio. Tapi sekali sekala bertukar selera ok jugakan :)
Jom lihat resepinya :)
Bahan-bahan (untuk 3 orang)
1. Segenggam spaghetti
Untuk Kuah
- 3 ulas bawang putih, dicincang
- 1 biji bawang besar (kuning) dicincang
- 4 biji cendawan butang dihiris nipis
- 1 tin sos tradisional tomato prego.
- 1 sudu kecil serbuk pati ayam
- Sedikit oregano
-
Sedikit Italian herbs
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar minyak zaiton
- Sedikit air
- ½ biji capsicum dipotong dadu
- sedikit tepung gandum yang dibancuh dengan air
-
12 biji meatball dikukus terlebih dahulu
(saya beli meatball segera)
Cara membuatnya
1. Rebus spaghetti dan toskan.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan sos traditional tomato prego dan campurkan dengan sikit air.
4. Selepas itu, masukkan serbuk pati ayam, cendawan butang, oregano dan Italian herbs. Kacau sebati.
5. Apabila menggelegak, masukkan meatball yang telah dikukus tadi, bancuhan tepung gandum (untuk memekatkan kuah), garam secukup rasa, tutup api dan taburkan capsicum.
6. Selepas itu, letakkan spaghetti di dalam pinggan dan tuang kuah marinara di atasnya. Untuk lebih sedap, taburkan parutan cheese, oregano dan jika mahu pedas bolehlah ditaburkan chilli flakes.
selamat mencuba :)
psst: Jangan tak tahu, anak teruna saya pun suka makan spagheti. Boleh dikalatakn setiap hari bawak bekal sphageti olio. Paling lucu bila dia cakap "mama , tadi zarin makan spagheti dengan cikgu dengan abang. Esok cikgu suruh bawak spagheti lagi"..hahahahahahaha.. ni anak yang nak makan ke cikgu yang nak makan ni? :P


