Showing posts with label lauk. Show all posts
Showing posts with label lauk. Show all posts

Wednesday, 11 November 2020

Ayam Meraung

Assalamualaikum...

Kali ini saya nak berkongsi resepi ayam meraung. Resepi ini memang asyik lalu lalang di wall FB saya. Lihat gambar yang dikongsikan pun saya hampir meraung teringin. ekekekekeke.. So tanpa membiarkan raungan menjadi lolongan, apa lagi teruslah saya cuba. hahahahahah

Jom lihat resepi ya. Resepi ini saya ambil kat laman rasa. Boleh google nanti ya

Bahan-Bahan untuk perapan ayam

Ayam bahagian dada atau peha macam ayam chicken chop ada kulit sesikit
Akar ketumbar
Bawang putih
Gula perang
Sos ikan
Kicap pekat
Lada sulah
Lada hitam
Minyak

(semua bahan ini saya agak-agak saja, bergantung pada banyak mana yang kita nak buat)

Cara membuatnya

1. Kisar semua bahan dan lumur pada ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam. 
2. Saya perap lebih kurang 5 jam dan simpan dalam chiller. 30 minit sebelum bakar saya keluarkan ayam yang diperap tadi. 
3. Untuk membakar, panaskan non-stick pan, oleskan sedikit minyak dan bakar dengan api kecil sehingga masak.


Untuk sos pula bahan-bahannya ialah

Sos ikan
Air asam jawa
Perahan limau nipis
Gula kabung/nissan thai
Serbuk chili kisar
Beras goreng
Daun ketumbar (dicincang)
Akar ketumbar (dicincang)
Cili padi (dicincang)
Bawang merah (dicincang)
Bawang putih (dicincang)

Cara menyediakannya

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati. Perasakan mengikut citarasa biar ada masam, manis, masin, pedas. 

Saya sangat suka sos ni, lebih-lebih lagi kalau letak daun ketumbar lebih. Aromanya memang luar biasa. Ada yang tanya saya ayam meraung ni makan dengan nasi atau ratah saja? Jawapannya terpulang pada masing-masing. Memandangkan saya ni perut nasi so makanlah dengan nasi. Makan ayam ni saja ketar lutut nanti tahan lapar. hahahahahahahah.. 

oh ya, ayam ni boleh juga ganti dengan daging. Dedua sedap!!! Selamat mencuba, jom meraung bersama.. Takkan meraung tengok gambar je, kihkihkihkih.. 


Tuesday, 26 April 2016

Sambal ketam

Assalamualaikum...

Lamanya tak menulis resepi. Serius rindu sangat. Tak boleh nak bercoleteh panjang. Jom kita lihat resepi terus ya. Kali ini sambal ketam. Lauk kegemaran anak teruna. Selera bermusim kekdahnya.

Bahan-bahan


2 ekor ketam - cuci bersih dan kerat dua
7 tangkai cili kering - (dikisar berasingan)
*4 biji bwg merah (dikisar)
*2 ulas bawang putih (dikisar)
*1 inci halia (dikisar)
1 batang serai dititik

sedikit kicap
sedikit air
garam dan gula
minyak utk menumis
hiasan - daun kari (nak jugak ada hiasan) 





Cara-cara membuatnya:

1. Kisar semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumis cili sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan serai, bahan yang dikisar tadi dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sedikit kicap kacau sebati.
4. Selepas itu masukkan ketam dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak. Dan terbalikkan ketam sekali-sekala
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau. Biarkan kuah sambal sedikit kering. Siap
6. Taburkan daun kari dan bolehlah dihidangkan. (hiasan semata daun kari tu :P)

Tuesday, 20 January 2015

Rendang Ayam Mudah

Lamanya rasa tak tulis resepi. Bukan bermaksud saya tak update sini saya tak masak. Memang selalu masak, tapi nak ambil gambar tu yang sukar sedikit, campur malas pun ya. Dulu suka guna kamera gajah, sekarang guna telefon sahaja, tu gambar tak berapa cun tu. Tapi oklah dari tak ada langsungkan. 

Hari ini saya ingin berkongsi resepi rendang ayam mudah, kegemaran anak saya. Memandangkan seleranya bermusim, so memang dua tiga minggu ni asyik buat rendang ayam sahaja! Sampai rasa macam dah naik muak tengok. Tapi itulah permintaannya. Siap bawa bekal ke sekolah lagi. Eheheheheheh.. Oh ya, anak dah masuk darjah satukan, mama dia kenalah rajin masak untuk bawak bekal ke sekolah. 

Buat rendang ni mudah je tau. yang ini saya buat dalam kuantiti yang kecil, dalam 2-3 ketul ayam. Jom lihat resepinya

Ni gambar masa ayam amsih atas dapur, tengah menggelegak. hehehehe


Bahan bahan:
1/4 ekor ayam (2-3 ketul)
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia*
1 batang serai - titik
1 -2 sudu cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
santan (RM1.00-RM2.00)
1 keping asam keping
Garam 
Gula
Sedikit daun kunyit dihiris – opsyenal
2-3 helai daun limau purut - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

Bahan bertanda * dikisar lumat

Cara cara:
1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan juga serai yang dititik sehingga wangi.  Kemudian masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis sehingga cili benar-benar garing.
2. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam menjadi kecut. Masukkan sedikit santan bagi membolehkan ayam masak. Selepas itu, baru masukkan semua santan dan masak dengan api yang perlahan sahaja. 
3. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Kacau sebati. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Kemudian, taburkan daun kunyit yang dihiris halus. Bila semuanya dah sebati, bolehlah ditutup api. Siap!

Selamat mencuba! 

Thursday, 29 May 2014

Gulai nangka ikan masin

Haaaa.. ni lauk fevret saya.. Gulai nangka ikan masin.. Tapi tak boleh makan selalu. Angin dan sakit urat. hehehehehehehe.. kalaulah ummi saya tau saya makan ni, memang confirm kena marah. Pantang bersalin masih ada lagi walaupun Sofea dah setahun lebih. 


Jom tengok resepinya

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 plastik nangka yang dah dibuang kulit (beli yang dah siap paket)
Isi ikan kurau masin dipotong kecil
1 kotak santan 200ml
1 cawan air
1 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula

BAHAN KISAR

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
* kalau nak pedas boleh tambah cili padi

CARA MEMBUATNYA :

1. Potong nangka kecil-kecil, rebus sehingga empuk, kemudian toskan.
2. Rendam ikan kurau masin sekejap, kemudian toskan.
3. Dalam periuk masukkan bahan kisar , serai, asam gelugor, biar mendidih.
4. Kemudian tuang santan dan air serta nangka yang telah direbus tadi. Masak sambil dikacau sekali sekala biar mesra. Kemudian masukkan isi ikan masin kuran dan kacau-kacau lagi sehingga masak.

5. Masukkan sedikit gula dan garam (jika perlu – sebab biasa ikan masin tu dah rasa masinnya) Apabila semuanya telah sebati, tutup api.
6. Siap untuk dinikmati.


Sedap makan nasi panas-panas, ada sambal belacan pulak. Sure bertambah-tambah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...