Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Thursday, 26 May 2011

Apam Steam Yogurt

Hari ini akhirnya saya berjaya membuat apam steam yogurt setelah hampir seminggu tertangguh gara-gara gas habis. Bila dah tertangguh, mood untuk membuat apam terus terbantut. Memandangkan malam ini tatau nak makan apa, jadi saya pun mulalah menyetim apam. heheheheheh


Resepi apam steam ypgurt ini saya ambil daripada blog Izah. Dengan izin, saya copy dan pastekan resepinya disini ya :) Saya hanya membuat 1/2 adunan sahaja, teringin nak rasa. Resepi asal boleh dilihat di SINI.

YOGURT STEAMED CUPCAKES
sumber: kak Rima , Anna, kak Nor

Bahan-bahan
2 cawan gula castor *kurangkan
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat

Cara-cara :

1. Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
2.Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) &; campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
3.Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
4.Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
5. Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup..
**Pes coklat &; serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan..cth : jem/filling..&; pewarna kesukaan**

**KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, &; PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..**

**Penutup kukusan tu Ana tak balut dengan towel pun, tapi pastikan, masa nak buka penutup, air tidak menitik ke atas kuih, nak lebih selamat, balutle dengan towel kan..**

Terima kasih Izah untuk resepi apam ini :)


Sementara menunggu apam dikukus, hati saya mula risau. Bukan apa, risau jika apam saya tidak menyengeh macam orang lain punya. Tapi alhamdulilah hampir kesemua apam tersebut menyengeh. Namun ada juga satu dua biji yang ala-ala senyum kambing. heheheheh


Ada 3 biji apam saya buatkan dalam bekas yang lebih besar dan saya letakkan peanut butter ditengahnya. Sedap juga. Next time kalau buat lagi nak letak peanut butterlah :) Pada pandangan saya, rasa apam yogurt ini seakan sama rasanya dengan apam polka dot, tetapi lebih lembut. Tapi tak pastilah orang lain macam mana.

Thursday, 19 May 2011

Apam polka dot

Sudah lama saya ingin mencuba apam polkadot. Tetapi selalu saja ada halangan. Sudahnya hari minggu yang lalu barulah saya berkesempatan untuk membuatnya.

Resepi apam polka dot ini saya ambil daripada myresepi.com. Dengan izin saya copy dan pastekan di sini ya.


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus (saya hanya guna 180 gram)
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa (saya guna coklat ganache)
pewarna

Cara membuatnya

1. masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
3. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
4. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
5. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Memang sangat sedap apam polkadot ini. Sayangnya saya tidak terjumpa papercup size medium, Sudahnya saya gunakan papercup muffin. Memang besar gedabaklah jadinya. Kalau ikutkan resepi dapat 50 biji, tetapi saya buat hanya dapat 20 biji. Apam polka dot gergasi katakan. hahaha

Insyaallah saya akan buat lagi nanti. Cuma saya perlu belajar buat dot-dot tu, biar cantik dan kemas. Bila saya selidik-selidik rupanya papercup size M tu ialah papaercup yang digunakan untuk membuat almond london. Patutlah comel-comel.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...