Showing posts with label siput. Show all posts
Showing posts with label siput. Show all posts

Monday, 11 November 2013

Mentarang rebus serai

Mentarang oh mentarang. Kami sekeluarga memang suka makan mentarang ni. Tapi susahlah jugak nak jumpa. Kalau terjumpa sudah pasti kami akan membelinya. Kalau tak silap senang didapati di area sekinchan dan kuala Selangor. kali ini kami dapat mentarang pun dari sana juga. Cara saya masak mentarang mudah saja, paling digemari ialah rebus serai. sangat mudah dan ringkas cara membuatnya. 


Bahan-bahan

2 kg mentarang
3 batang serai
2 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu kecil garam
air secukupnya

Cara-cara membuatnya

1. Basuh mentarang hingga bersih dan kemudian toskan.

2. Masukkan mentarang ke dalam periuk bersama-sama semua bahan tadi dan tutup tudung periuk. Biarkan sehingga mendidih atau sehingga mentarang masak/terbuka (ada juga yang jenis tak terbuka).
3. Apabila telah masak tutup api dan sedia untuk dihidangkan!




haaa, mudahkan. kalau mentarang rebus serai ni kami lagi suka ratah je. Cicah dengan sos. nyummm..nyumm

Friday, 19 October 2012

Masak lemak siput sedut

Dahulu saya memang tidak reti makan siput sedut ni. Apabila mengandungkan Zarin, kalau boleh setiap hari nak makan siput sedut. Tempat yang saya biala kunjungi ialah restoren ayam kampung velodrom. Kalau dulu suami yang tolong sedutkan, saya yang tukang makan. Namun sekarang telah berubah.

Tak sangka pula kegemaran saya dulu terbawa-bawa kepada Zarin hari ini. Dia memang sukakn siput. Bukan sahaja siput, malah yang jenis-jenis bercengkerang seperti ketam, kupang, mentarang, kerang semua dia suka. Dan sekarang pula saya yang tukang sedut, zarin pula yang tukang makan. Hihihi...
 
Jom lihat cara memasak siput sedut.


 


BAHAN-BAHANNYA
500g siput sedut (belitong)
1 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugor
sedikit air
1 kotak santan
Garam dan gula secukup rasa
 
BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
2 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)
 
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Bersihkan sipt sedut, kemudian potong hujungnya. Cuci bersih dan toskan.
2. Masukkan siput sedut ke dalam periuk bersama-sama bahan kisar, serai yang telah dititik dan asam gelugor, masak hingga mendidih. Kemudian masukkan sedikit air, kacau rata dan biar mendidih. Seleaps itu masukkan santan pekat. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih.
3. Masak sekejap, apabila semuanya telah sebati tutp api dan siap untuk dihidangkan.





Kalau masak sendiri bolehlah control cili padi tu, tapi kalau makan kat kedai, tak dapeklah nak nolong. Kalau kena yang jenis pedas berapi tu, sekali sedut, tersedak terus keluar air mata, berdesing telinga! hahahahahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...