Thursday 19 April 2012

Jeli Kelapa

Siapa suka makan jeli kelapa, sila angkat tangan! Eh silap, sila tinggalkan komen. hihihihi.. Jeli kelapa memang merupakan kegemaran saya. Sangat sedap dimakan ketika sejuk-sejuk. Biasanya jeli kelapa banyak dijual di pasar malam. Malangnya, jika membeli, jarang sekali bertemu dengan jeli kelapa yang betul-betul menepati citarasa. Ada yang terlalu manis, langsung tak rasa kelapa dan macam-macam lagilah. Akhirnya mulalah terfikir, oh kalau buat sendiri memang puas hati. Gitulah selalunya kalau frust dengan sesuatu makanan, terus berusaha cari resepi.

Sebelum ini saya pernah buat jeli kelapa, tapi yang terhasil adalah JELI KELAPA PINK COLOR. hehehehehehe..

ok, jom tengok resepi


Bahan-bahan ( anggaran 15-20 cup (bergantung saiz cup) )

10 gm serbuk agar-agar - yg clear
2 cawan gula pasir - kalau nk manis, lebihkan
8 cawan air kelapa - 2 biji kelapa muda
8 cawan air biasa
2 helai daun pandan
Isi kelapa

Cara-cara

1.Campurkan semua bahan, kecuali isi kelapa. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan isi kelapa dalam cup kecil-kecil, ikut suka la nak banyak mana.
3.Kemudian, tuangkan adunan jeli tadi ke dalam cup yang berisi kelapa, sejukkan.
4.Kalau air kelapa banyak, boleh kurangkan air biasa.
5.Akak guna serbuk agar-agar cap burung layang-layang

Saya lebih suka guna kelapa pandan, lagi sedap dan wangi.

Selamat mencuba

Wednesday 18 April 2012

Strawberry oreo cheesecake

Lama tak entrykan pasal kek. Dulu sangat rajin mencuba pelbagai jenis kek. Sekarang hanya membuat kek kegemaran suami dan anak yang berasaskan cheese sahaja. Haaaa, cheese!!!! Selamat menternak lemak ya :)

Hari ini saya tempekkan resepi strawbery oreo cheesecake. Resepi asal boleh lihat di SINI. Yang saya buat ni telah diubah sikit.


Bahan A (base)
180gm oreo dibuang intinya
120gm butter

Bahan B (Cheese)
250gm cream cheese
250ml whipping cream
140gm gula castor
2 sudu besar jus lemon
15 gm gelatin halal - campurkan air dgn gelatin
Atas double boiler dan sejukkan
100 ml air - dan sejukkan selama 5 minit
*Beberapa biji strawberi dipotong halus

Bahan C (Topping)
1 sudu besar gelatin
1/2 cawan strawberry filling
1/3 cawan air
Sedikit buah strawberi utk hiasan

Cara membuatnya:

Bahan A
1. Cairkan butter, hancurkan biskut oreo.
2. Gaul sebati dan kemudian mampatkan dalam loyang bersize 8”
3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Bahan B.
1. Masukkan gelatin ke dalam air. Panaskan dengan cara double boiler. Kacau hingga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan.
2. Pukul whipping cream sehingga gebu dan pekat.Ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain pukul cream cheese, gula castor dan jus lemon hingga adunan menjadi sebati.
4. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
5. Kemudian tuangkan adunan ini ke dalam bekas yang berisi krim putar tadi dan gaul rata dengan menggunakan whisk.
6. Keluarkan loyang berisi biskut tadi dah curahkan 1/3 adunan cheese kedalamnya, ratakan.
7. Kemudian, taburkan potongan buah strawberi di atas adunan cheese tadi. Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis.
8. Ratakan. Sejukkan dalam peti ais 2 - 3 jam utk proses beku sepenuhnya.

Bahan C
1.Masukkan gelatin ke dalam 1/3 air dan panaskan dgn kaedah double boiler. Kacau hingga gelatin larut. Kemudian, masukkan ½ strawberi filling dan kacau sebati.
2.Keluarkan loyang berisi adunan cheese dari peti sejuk dan aturkan buah strawberi ke atasnya. Tuangkan adunan topping dan ratakan. Masukkan kembali dalam peti sejuk.
3.Bila adunan dah betul2 sejuk boleh lah dipotong dan hidangkan.

Tuesday 17 April 2012

satay ikan (lokching)

Ketika mengandungkan Zarin, saya tersangat mengidam untuk menikmati satay ikan. Jenuh juga mencari di serata pelusuk KL ni. Pernah terjumpa di Uptown velodrom, kemudian ketika menunggu hari untuk bersalin, saya sanggup menunggu di tepi pagar sekolah anak buah saya di Jalan Pegawai, Alor Setar untuk membeli satay ikan. hihihi.. Rasanya satay ikan agak sinonim dengan orang mengandung. Ramai juga kawan-kawan saya yang mengidam satay ikan semasa mengandung.


Semasa kecil dahulu, saya ikan sangat mudah didapati. boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja oarnga yang menjual kayuh basikal lalu depan rumah. Jadi bila saya terjumpa resepi satay ikan atau lokching, teruslah saya mencubanya.


Jom kita lihat resepinya

LOKCHING
by LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Tuesday, March 27, 2012 at 12:44pm •

Bahan-bahan:

500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa – saya tak letak
1 sudu besar baking power – saya tambah


Cara memasak:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.


Satay ikan yang telah siap digoreng, dicucuk pula pada lidi untuk memudahkan kita membakarnya. Bila makan satay ikan, mestilah ada sosnya, iaitu, sos pedas dan manis, kombinasi kedua-duanya sangat memikat rasa.


SOS MANIS

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

• Untuk sos pedas, pula, Saya bahagiakan sos manis yang telah dimasak tadi kepada dua bahagian, satu bahagian saya campurkan dengan sos cili supaya pedas. hihihihih


Tadaaaa, inilah satay ikan yang telah saya buat. sangat sedap ok! maveles!

Monday 16 April 2012

Sambal ikan tongkol (ikan aye)

Ikan tongkol atau ikan aye sangat sedap jika dimasak singgang dan dimakan pula dengan budu. selain singgang, ikan tongkol ini juga sedap jika dimasak sambal. Kebiasaannya saya masakkan lauk ini jika memasak nasi lemak atau nasi minyak.

Jom kita tengok resepinya :)


Bahan - bahannya
1 ekor ikan tongkol
4 keping asam keping
1 s/b asam jawa
2 cawan air
*2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*½ inci halia
4 sudu besar cili boh
1 biji bawang besar di potong bulat
1 biji tomato dibelah empat
minyak
garam
gula sedikit / nisan

- bahan yang bertanda * dikisar

Cara-cara membuatnya
1. Ikan tongkol dipotong dan dibasuh bersih kemudian toskan.
2. Masukkan ikan tongkol, asam keping, air dan garam dalam periuk dan rebus sehingga mendidih. (lagi sedap jika dibiarkan semalaman)
3. toskan ikan tongko yang telah rebus dan gorengkan.
4. Tinggalkan sedikit minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan tadi di dalam kuali (anggaran cukup untuk menumis)
5. Tumiskan bahan bertanda * yang telah dikisar sehingga hampir kering. Masukkan cili boh dalam kuali dan tumis sehingga pecah minyak.
5. Masukkan air rebusan ikan tadi dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula/nisan.
6. Masukkan ikanyang telah digoreng dan biarkan menddidh dan sebati.
7. Masukkan bawang besar dan tomato.
8. Masak dengan api perlahan sehingga semuanya bergaul mesra.
9. Hidangkan dengan nasi lemak, nasi putih atau nasi minyak.

Selamat mencuba :)

Wednesday 4 April 2012

Mee goreng basah

Setiap kali makan mee goreng, saya mesti nak mee goreng basah. Tak berapa minat mee goreng yang kering sifatnya. Jadi hari ini saya ingin berkongsi resepi mee goreng basah yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.


Bahan-bahan
• 1 bungkus mee kuning
• 4 biji bawang merah ditumbuk
• 2 ulas bawang putih ditumbuk
• ½ inci halia ditumbuk
2 ekor sotong di potong bulat
12 ekor udang
200 gram isi kerang yang telah direbus
2 pokok sawi pak choy
taugeh
2 sb cili boh
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuatnya
1.Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
2.Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat, air dan kacau sehingga mendidih.
3.Masukkan udang, sotong dan kerang tunggu sehingga masak. Kemudian perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.
4.Masukkan mee kuning dan gaul sebati. Masukkan pula sawi. Kalau nampak air mcm dah kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi sedikit air.
5.Kecilkan api dan masukkan taugeh. Kemudian gaul mee supaya sebati. Apabila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Dan terus pindahkan mee ke dalam pinggan.



Kalau suka pedas boleh makan bersama cili jeruk. Lagi sedap jika goreng telur dadar nipis-nipis, dan potong bulat-bulat lalu ditaburkan di atasnya. Kalau saya, rasa sungguh enak menikmati mee goreng dengan sedikit perahan limau nipis dan juga keropok keping. nyum-nyum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...