Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Monday, 17 June 2013

taugeh masak lemak putih

Setiap kali memasak, sebolehnya saya akan mencari resepi yang boleh dimakan oleh seisi keluarga (Mr.papa dan Zarin). Lauk yang ringkas dan tak pedas. Taugeh masak lemak putih merupakan lauk yang paling senang dimasak dan menjadi kegemaran kami. 

Jom lihat resepinya



Bahan-bahan

Taugeh (anggaran RM0.50-RM0.80)
2 ekor ikan selayang/kembung direbus dan diambil isinya
1 biji bawang besar dipotong 6 (potongan wedges)
 2 biji cili merah di potong memanjang
1 biji kelapa diambil santannya
Sedikit garam
*Air (jika perlu)

Cara membuatnya

1. Siang taugeh (potong ekor dan kulit hitam) basuh dan toskan.
2. Tumbuk isi ikan sehingga hancur.
3. Dalam periuk, masukkan isi ikan, bawang besar, cili merah, taugeh dan santan. Kacau sebati. Kemudian masakkan di atas api. Kacau perlahan supaya semuanya sebati.
4. Apabila telah menggelegak, perasakan dengan sedikit garam. Sekiranya kuah terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air. Apabila taugeh hampir layu, bolehlah tutup api. Siap!




Mudahkan? 

Taugeh masak lemak putih ini sangat ngam jika dipadankan dengan lauk ikan masin/pekasam, ayam goreng atau ikan goreng. Tidak dilupa pembuka selera iaitu sambal belacan atau budu mahupun cencaluk! 

Wallah, tak sedar nasi bertambah :)


Friday, 7 December 2012

udang kunyit kacang panjang

Oh sungguh lama dapur rumah tidak berasap dengan hidangan lauk-pauk. kalau adapun seminguu sekali sahaja. Bukan kami tak makan nasi, tapi kalau hari bekerja memang langsung tak masak sebab masing-masing dah kenyang, kalau masakpun hanyalah untuk Zarin. 

Memandangkan Zarin peminat no.1 udang, jadi resepi yang akan saya tuliskan ini pun berkaitan dengan udanglah. Alah, bukan resepi yang boombastik pun, tapi resepi dua dalam satu, ada sayur, ada lauk, cepat dan mudah yang penting sesuai untuk anak dan juga ibu bapa, satu famili boleh makan.

 Jom lihat resepinya :)

 

Bahan-bahan
1 ikat kacang panjang 
Udang secukupnya 
2 ulas bawang putih - hiris 
1 bawang besar - hiris 
1 cili merah - hiris 
1 batang carrot - dipotong mancis
Serbuk kunyit
Garam 
Gula 
Sedikit sos ikan 
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. 
2. Masukkan udang yang dilumur garam kunyit. Goreng seketika. 
3. Masukkan bawang besar, dan cili merah. Kacau rata. Kemudian masukkan pula kacang panjang dan carrot serta sos ikan. 
4. Kacau seketika dan masukkan sedikit gula dan sesuaikan rasa garamnya. 
5. Angkat dan bolehlah dihidangkan.

 

Udang dan carrot untuk Zarin dan kacang panjang untuk mama dan papa. Mudah bukan?


Selamat mencuba :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...