Setiap kali memasak, sebolehnya saya akan mencari resepi yang boleh dimakan oleh seisi keluarga (Mr.papa dan Zarin). Lauk yang ringkas dan tak pedas. Taugeh masak lemak putih merupakan lauk yang paling senang dimasak dan menjadi kegemaran kami.
Jom lihat resepinya
Bahan-bahan
Taugeh (anggaran RM0.50-RM0.80)
2 ekor ikan selayang/kembung direbus dan diambil isinya
1 biji bawang besar dipotong 6 (potongan wedges)
2 biji cili merah di
potong memanjang
1 biji kelapa diambil santannya
Sedikit garam
*Air (jika perlu)
Cara membuatnya
1. Siang taugeh (potong ekor dan kulit hitam) basuh dan
toskan.
2. Tumbuk isi ikan sehingga hancur.
3. Dalam periuk, masukkan isi ikan, bawang besar, cili
merah, taugeh dan santan. Kacau sebati. Kemudian masakkan di atas api. Kacau
perlahan supaya semuanya sebati.
4. Apabila telah menggelegak, perasakan dengan sedikit
garam. Sekiranya kuah terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air. Apabila taugeh hampir layu, bolehlah tutup api. Siap!
Mudahkan?
Taugeh masak lemak putih ini sangat ngam jika dipadankan dengan lauk ikan masin/pekasam, ayam goreng atau ikan goreng. Tidak dilupa pembuka selera iaitu sambal belacan atau budu mahupun cencaluk!
Wallah, tak sedar nasi bertambah :)
sedap ni..ada pulak sambal belacan, ikan goreng...t jemput zila dtg umah makan..nyummy..
ReplyDeleteAdusssss....mak kita pun masak lemak buh ikang...org teganulah katakang....terbaik ni!!!
ReplyDeleteSedapnya. Dah lama tak masak taugeh lemak putih ni.
ReplyDelete