Bila tiba musim durian, pasti kami tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya. Maklumlah seisi rumah boleh dikatakan hantu durian. Dan menu wajib kami sudah semestinya pulut durian. Sebenarnya pulut durian pun ada pelbagai versi mengikut negeri atau selera masing-masing. Dan ini pula merupakan resepi pulut durian versi mamaidazs :)
Jom kita tengok resepinya
· 2 cawan beras pulut susu (di rendam lebih kurang 30 minit)
· 1 biji kelapa yang telah dimesin
· 1 cawan air panas
· Garam secukup rasa
· Buah durian di ambil isinya
· Gula Pasir (Untuk ditabur, jika suka)
Cara membuatnya
1. Rendam beras pulut
susu atau apa jenis beras pulut selama 30 minit, kemudian toskan.
2. Panaskan periuk
kukusan, apabila air sudah mendidih, masukkan beras pulut susu yang telah
ditoskan tadi dan kukus sehingga masak.
3. Untuk santan pula,
masukkan kelapa yang telah dimesin tadi ke dalam blender, campurkan satu cawan
air panas dan blendkan. Selepas itu, tapis kelapa tersebut untuk mendapatkan
santannya.
4. Campurkan santan
yang telah diblend tadi dengan sedikit garam, kacau sebati. Tujuannya supaya santan terasa
lemak-lemak masin.
5. Untuk menikmati
pulut durian pula, masukkan pulut, santan, isi durian ke dalam mangkuk dan
taburkan sedikit gula pasir (kalau suka). Sedia untuk dinikmati. Mudahkan?
Nyum-nyum... Selamat Mencuba :)
Ketuk-ketuk Dapur: Mohon maaf, setakat ni tak dapat nak jawab semua komen. Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan status mama anak dua. Insyaallah saya pasti akan menjawab semua komen suatu hari nanti. Terima kasih pada yang sudi tinggalkan komen dan singgah di dapur kecah saya ni :)
my feberat nie....sedapnya.....terbaikkk
ReplyDeleteAssalamualaikum...salam perkenalan...sedapnya....izinkan saya jadi followers blog puan yer...
ReplyDeletetgk gambar pun dh terliur..x sbr nk buat..mudah je rupenye..hehe
ReplyDelete