Showing posts with label pastry. Show all posts
Showing posts with label pastry. Show all posts

Tuesday, 10 May 2011

Apple pie dan strawberi

Hok aloh, asyik duk tayang gamba makanan dan masakan dia saje!:P Tak apalah, alang-alang dah rajinkan, seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya masih dalam proses belajar dan seronok untuk mencuba sesuatu masakan. So sila jangan menyampah yea!

Memasak ini pun ada turun naiknya, jika rajin memang terhasillah macam-macam hidangan, tetapi jika penyakit M datang memang tak berasaplah dapur jawabnya!

Okeylah malas nak membebel, hujung minggu yang lalu saya mencuba pula resepi apple pie yang diambil daripada Dapur Tanpa Sempadan ( Cik Mat gebu)

Deco apple pie yang ala-ala main masak-masak kata suami saya. kihkihkih. I tak berseni okey!


Dengan izin ya Cik mat, saya copy dan pastekan resepinya di sini. Resepi asal boleh dilihat DI SINI ya :)

BAHAN PASTRI :-)
200 g tepung halus (guna tepung gandum pun boleh)
80 g mentega @ margerine
1/2 camca teh esen vanilla
50 ml air ais (kurang lebih)

BAHAN INTI :-)
2 biji epal merah (nak guna epal hijau pun ok)
1/4 cawan dried cranberries (saya ganti dengan strawberi), contoh dibawah (boleh ganti dengan kismis)
1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)- saya tak ada yang gula ini, saya gantikan dengan gula halus
1 camca besar mentega
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
3/4 camca besar tepung jagung

1 kuning telur, untuk disapu atas pie


Keratan rentas Apple pie

CARA MEMBUATNYA :-)

1.UNTUK PASTRI :- Masukkan tepung dalam satu bekas. Campurkan mentega dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tambah air sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam. Tak usah bimbang jika air tak habis digunakan.

2.UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Tambah cranberries (atau kismis), kacau rata. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk.

3.UNTUK PIE EPAL & CRANBERRIES (sy gantikan dengan kismis dan starwberi) :- Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm. Alihkan ke dalam tin tart berdimeter 6 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya. Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihannya. Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu. Hias dengan lebihan doh mengikut kreativiti masing2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong.


Sepotong apple pie untuk hidangan minum petang :)


Saya dan suami sangat menggemari apple pie ini. Sayangnya si kecik Zarin tidak menggemarinya. Katanya "masam". Huhuhuhhuhuhu.

Tak apalah Zarin, nanti mama godek2 resepi yang sesuai untuk umur Zarin ya :)

Apepun terima kasih pada tuan empunya resepi :), lepas ni tak payah lagi nak beli apple pie kat McD, buat sendiri je, puas makan!


Pssst: Harga gula dah naik kena kurangkankan aktiviti membaking. muahahahahahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...