Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Tuesday, 7 August 2012

Nasi Daging, Kurma Daging dan Air Asam Kerisik

Memasuki bulan kedua kehamilan, saya teramat teringin nak makan nasi daging. Kalau kat KL ni, tak pernah lagi saya jumpa. Kebanyakan nasi daging dijual di sebelah utara. Bila dah teringin tu, mulalah saya menggoogle resepi. Pertama kali membuat nasi daging, saya tersangat kecewa kerana nasi daging tersebut tidak menjadi. Entah di mana silapnya, nasi tersebut lembik tetapi mentah. Frust dan bebal sangat-sangat. Dari masak dalam rice cooker, kemudian pindah kepada periuk kukusan, kemudian pindah lagi ke rice cooker. (kali ini masukkan air dalam mangkuk, biarkan menguwap) barulah masak nasi daging tu.

Tapi dah banyak sangat proses terus nasi jadi kembang semangkuk, lembik! Kalau tambah air sikit lagi confirm dah jadi bubur daging. ^_^. Tapi nasib baiklah suami, Zarin dan adik-adik ipar saya sangat supportive. Walaupun tak jadi, mereka tetap makan dengan seleranya. Rasa dah ada, Cuma nasi yang kembang. huhuhuhuhuhu

Selepas gagal cubaan nasi daging yang pertama, saya mula bertanya pada kawan-kawan di FB dan seorang kenalan memperkenalkan perencah nasi daging iman. Katanya confirm jadi. Maka saya terus bersemangat sebab teringin nak makan nasi daging yang sedap masih belum tercapai.

Jadi ahad yang lalu, saya pun mencuba lagi membuat nasi daging. Kali ini berdoa harap-harap menjadi memandangkan itulah menu yang akan kami makan apabila berbuka nanti. Alhamdulilah, menjadi. Sedap yang amat! Semua orang puji kata sedap dan Zarin pun makan sampai bertambah-tambah. Bila saya postkan gambar di FB, ramai juga yang bertanyakan resepinya. So hari ini saya ingin berkongsi resepinya dengan kawan-kawan juga sebagai catatan kepada saya sendiri apabila ingin membuatnya di lain masa.




NASI DAGING

Bahan-Bahan
3 cawan berasmathi (saya guna pusagold)
1 paket perencah Nasi Daging Iman (boleh dibeli di Tesco RM2 sepeket)
250 gram daging batang pinang.
Air rebusan daging secukupnya mengikut jumlah sukatan beras.

Cara Membuatnya:
1. Rebus daging sehingga empuk dan asingkan air rebusan dan daging. Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi daging nanti.
2. Basuh beras sehingga bersih dan rendamkan 10 minit kemudian toskan.
3. Bancuh perencah nasi daging iman dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
4. Dalam periuk, panaskan 8 sudu makan minyak masak. Kemudian tumiskan perencah yang telah dibancuh tadi sehingga naik bau.
5. Selepas itu masukkan 3.3 cawan air rebusan daging, kacau sebati dan tunggu sehingga mendidih. (Untuk berasmati jenis pusagold yang saya guna, sukatan air yang disyorkan untuk 1 cawan beras ialah 1.1 cawan air. Saya menggunakan cawan teh corelle. Untuk lebih mudah, saya sukat dalam ml. Jadi untuk 1.1 cawan air bersamaan dengan 215 ml. Jadi jumlah air yang saya masukkan ke dalam periuk ialah 645 ml).
6. Selepas mendidih, pindahkan kesemua bahan-bahan tadi masuk ke dalam rice cooker. Kemudian masukkan beras dan juga daging, kacau sekejap kemudian masak nasi seperti biasa.
7. Apabila nasi sudah masak, biarkan selama 15 minit. Kemudian dengan menggunakan garfu gemburkan nasi. Tujuan menggunakan garfu ialah supaya nasi peroi dengan elok.
8. Untuk hidangan, taburkan bawang goreng dan juga daun sup dan daun bawang.
 


Nasi daging sememangnya enak dimakan bersama-sama dengan kurma daging. Jom lihat resepinya pula.

KURMA DAGING

Bahan-bahan:
500 g daging batang pinang dipotong ikut suka 1 biji besar (dihiris nipis)* 3 ulas bawang putih ((dihiris nipis)*
1 inci halia (diracik halus)*
2 peket rempah kurma adabi
2 biji cili merah belah 2
1 biji bawang besar dipotong 4
3 biji kentang dipotong 4
1 kotak santan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
garam dan gula secukupnya.

Cara Membuatnya:
1. Bancuhkan 2 peket rempah kurma adabi dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
2. Di dalam periuk, panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang bertanda *. Tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dan tumis lagi sehingga naik bau. Selepas itu masukkan daging dan juga air secukupnya. Kacau sebati dan biarkan daging masak sehingga empuk.
4. Apabila daging telah empuk, masukkan kentang, dan juga santan. Jika terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air. Masak lagi sehingga empuk. Apabila kentang telah empuk, masukkan bawang besar yang dipotong empat dan juga cili merah besar. Selepas itu, masukkan garam dan juga gula secukup rasa. Bila sudah sebati tutup api dan siap untuk dihidangkan.



Dan satu lagi set pelengkap untuk menikmati nasi ialah air asam kerisik. Nyum-nyum. Air asam ni memang tak boleh tinggal. Jika tidak terasa janggal pula.

AIR ASAM KERISIK

Bahan-bahan
• * 2 biji cili besar di potong
• * 10-15 biji cili padi dipotong
• * ½ cawan air asam jawa
• * 1 inci belacan •
* Garam dan gula secukup rasa
• 2 biji tomato ( dibuang empulur/ biji dan dipotong dadu)
• 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
• 1 sudu makan kerisik

Cara membuatnya
1. Semua bahan yang bertanda * dikisar sehingga sebati.
2. Di dalam mangkuk, satukan bahan yang dikisar bersama-sama dengan tomato, bawang dan juga kerisik.
3. Kacau sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.



Fuh!!!!! Berpeluh nak tulis resepi nasi daging bersama set pelengkapnya ini. Sebenarnya kalau taknak masak kurma daging pun tak apa. Terpulang pada selera masing-masing. Kalau makan nasi daging dengan air asam kerisik saja pun dah sedap. Cuma kalau ada kurma daging, lagi bertambah seleralah, ada kuah-kuah sikitkan. Nyum-nyum

Selamat mencuba :)

Friday, 12 August 2011

Nasi Ayam Special lagi

Nasi ayam adalah antara menu yang paling senang untuk dihidangkan. Jom lihat resepinya

Bahan Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
2 ulas bawang putih
2sm halia yg diketuk

Cara-cara membuatnya
Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk


Bahan Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu  besar madu
1cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair

Cara membuatnya
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20 minit. Goreng hingga garing.


Untuk nasi pula
bahan-bahannya ialah:
3cwn beras
11/2 sudu besar butter
1cm halia- ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam.
sedikit pewarna kuning

cara membuatnya:
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam serta pewarna kuning. Masak seperti biasa



Untuk sup
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup
garam
daun sup yg dihiris.

Cara membuatnya
air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.


Bahan sos
5biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
1/2 cawan air

cara buatnya
blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

Untuk kicap
Masukkan sesenduk air rebusan ayam ke dalam bekas perapan ayam dan kacau sebati.

Resepi asal lihat di sini

Selamat Berbuka Puasa :)

Wednesday, 27 April 2011

Nasi Ayam Special

Nasi ayam merupakan salah satu makanan kegemaran Zarin. Sejujurnya saya memang tak pernah buat nasi ayam ni walaupun ramai yang berkata nasi ayamlah antara resepi yang paling mudah. Baru-baru ini ketika saya cuti cemas kerana tragedi kunci kereta hilang, pukul 11.30 pagi Zarin dah minta nasi.

Malangnya dalam peti hanya ada 2 ketul ayam, takkanlah nak goreng kunyit sajakan, akhirnya saya mengodek-godek resepi nasi ayam serba kekurangan. Alhamdulilah menjadi. Dan hari minggu yang lalu, saya mencuba sekali lagi membuat nasi ayam ini dengan semua bahan-bahan lengkapnya.

Resepi diambil dari myresepi.com. Saya copy dan pastekan disini ya

Bahan Untuk rebus1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
2 ulas bawang putih
2sm halia yg diketuk

Cara-cara membuatnyaAyam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk

Bahan Untuk perap1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair

Cara membuatnyaToskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20 minit. Goreng hingga garing.


inilah ayam yang telah berjaya saya hasilkan

Untuk nasi pulabahan-bahannya ialah:
3cwn beras
11/2 sudu besar butter
1cm halia- ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam.
sedikit pewarna kuning

cara membuatnya:Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam serta pewarna kuning. Masak seperti biasa



Nasi yang saya buatkan ini terlebih pewarna kuning. sudahnya kuning semacam je. kahkahkah. Gambar yang atas tu nasi untuk mama dan papa, dan gambar yang bawah tu nasi untuk zarin :)

Bahan sos
5biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
1/2 cawan air

cara buatnya
blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)



Untuk suplebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup
garam
daun sup yg dihiris.

Cara membuatnya
air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Untuk kicapMasukkan sesenduk air rebusan ayam ke dalam bekas perapan ayam dan kacau sebati.

Hasilnya...walllahhhhh! Sedap dan sangat puas makan! Dahla cara buat dan bahan-bahannya tak renyah. Memang sesuailah dengan saya yang suka masak simple-simple ni. Terima kasih pada tuan empunya resepi



Dan ini pula gaya anak bujang saya sedang meratah ayam goreng. Alahai anak oiiii, kalau bakal mak mertua tengok gambar ni konfem fail nak wat menantu :P

Monday, 28 March 2011

Nasi minyak resepi bonda

Nasi minyak resepi dari Ummi saya merupakan salah satu nasi yang menjadi kegemaran saya. Hari minggu yang lalu, sempat juga saya membuatnya. Ini merupakan kali kedua saya mencuba resepi nasi minyak ini. kali pertama ketika raya haji tahun lepas, tetapi terlebih letak pewarna, nasi menjadi terlebih merah dan suami saya memanggilnya nasi minyak 'gong xi fa chai'. hahahahahah!

Sebenarnya terdapat pelbagai resepi untuk membuat nasi minyak, tetapi resepi dari Ummi saya juga yang menjadi pujaan hati. Iyelah, masakan ibu, siapa yang tak sukakan??? Jom kita lihat resepi untuk membuat nasi minyak ini:

bahan-bahan

3 cawan beras

2 helai daun pandan disimpul

***3 ulas bawang merah

***1 ulas bawang putih

*** ½ inci halia

1 ulas bawang besar di mayang halus

Rempah empat serangkai (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, biji limau (buah pelaga kot kalau tak silap)

1 sudu majerin

½ sudu kecil garam

Bahan yang bertanda *** ditumbuk sehingga halus


Cara membuatnya:

1. Mula-mula, basuh beras kemudian toskan. Kemudian, didihkan air di dalam rice cooker (ikut sukatan beras yea) saya guna jari, so tatau nak tulis banyak mana air.

2. Panaskan kuali, tumiskan semua bahan yang bertanda *** yang telah ditumbuk bersama-sama dengan rempah empat serangkai dan juga bawang besar yang telah dimayang halus. Bila dah naik bau, masukkan ke dalam rice cooker. Apabila mendidih, masukkan daun pandan, garam dan majerin berserta beras.

3. Apabila Nasi telah masak, masukkan pewarna merah. Siappppppp!!!

Dan inilah rupa nasi minyak yang telah siap dihidangkan bersama lauk-pauknya

Tadaaaaaa, jemput makan :)

Setiap kali membuat nasi minyak ini, lauk yang menjadi kegemaran ialah sambal tumis ikan tongkol. Sebenarnya lauk boleh dipelbagaikan. Untuk kali ini saya hidangkan bersama sambal tumis ikan tongkol, sambal telur dan juga ayam goreng beserta acar timun+carrot.

Alhamdulilah, nasi minyak ini memang menjadi kegemaran suami dan juga Zarin, makan sampai bertambah-tambah. Zarin pula lebih suka makan nasi kosong kerana nasinya sudah terasa lemak-lemak masin.

***warna nasi minyak boleh ditukarkan ikut selera masing-masing. Resepi kami memang warna merah turun-temurun. Ada "ong" maaaaaaaaaaaaaaaaa!!!



Sunday, 27 March 2011

bubur nasi berlauk menu wajib!

Bubur nasi berlauk merupakan menu yang wajib ada setiap minggu dalam keluarga kami. Sebenarnya, memang kami penggemar bubur nasi. Kalau di Kedah di panggil moi sup, kalau di Terengganu di panggil nasi air. Kesemuanya kami suka. Cumanya bila dah masak sendiri memang pelbagai jenis lauklah yang boleh dihidangkan.

Untuk bubur nasi berlauk kali ini, agak special sikit kerana ada tambahan lauk pauk. Makanya, bertambah-tambahlah kami makan, lebih-lebih lagi bubur nasi dimasak menggunakan beras siam, harum semerbak satu rumah!

Menu bubur nasi dihidangkan bersama-sama lauk berikut;


Pekasam ikan lampam


Ayam goreng kunyit, wajib ada!


Ikan bilis goreng, wajib ada!


Sup tulang, sekali-sekala ciptakan kelainan


kailan ikan masin


dan paling penting dan wajib ada ialah bubur nasi!

Wah, memang membuka selerakan? Lebih-lebih lagi ada pekasam, diperah pula dengan limau nipis! gulp!!!!!!!! Kalau mak mertua lalu dibelakang sure tak sedar, kihkihkih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...