Showing posts with label pancake. Show all posts
Showing posts with label pancake. Show all posts

Monday, 20 June 2011

mayonnaise pancake

Bila anak mula ketagih pancake McD, mama mula garu kepala. Bukan apa, kalau pagi minta pancake oklah, sempatlah terjah McD, ini kalau petang, malam dan tengah malam??? haru sungguh. Sudahnya mama mula menggodek resepi pancake yang mudah bila si anak sudah mula membuat amukan drakulat nak pancake!

Resepi mayonnaise pancake ini saya ambil daripada blog Cik Mat Gebu.


Cik Mat, dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya. Resepi asal boleh rujuk di SINI.

BAHAN-BAHANNYA :

3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 camca teh baking powder
1 biji telur gred "A"
1 1/2 camca besar gula halus
30 g mentega, dicairkan
1 camca besar mayonnaise
1/2 cawan susu cair (mat guna susu sejat)
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
Secubit garam halus
Mentega dan madu untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA :

1.Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan mayonnaise, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
2.Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit.
3.Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
4.Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
5.Hidangkan bersama mentega dan curahan madu...hmm sedappp u!..Nak makan dengan ais krim pun ok juga..ikut suka hati masing2 yea..

Tq Cik Mat kerana berkongsi resepi yang mudah dan sedap ini. Selepas ini, saya tak perlu garu kepala lagi bila Zarin meminta pancake di tengah malam. hehehehehehehehe

Friday, 6 August 2010

Durian pancake

Mama nak yan (durian)

Wow!!!Yan! yan! nak! aummm!!!


Itulah ayat yang sering zarin gunakan apabila teringin untuk makan durian. Jangan tak percaya, Zarin juga "hantu durian" tak ubah seperti papanya. Pantang nampak sure nak makan!

Memandangkan sekarang musim durian, jadi saya dengan gembiranya telah membuat durian pancake.

Resepi ini saya ambil daripada SINI

bahan untuk kulit pancake

- 250 gram tepung gandum
- 3 biji telur
- 500ml santan
- 1/2 sudu garam
- pewarna kuning

Inti
- whipping cream + gula
- Isi durian

cara membuatnya:

(untuk kulit)
- kisar semua bahan, kemudian tapis
- dadarkan nipis-nipis dalam kuali



Inilah rupa kulit pancake yang telah siap di dadar dalam kuali

(Inti)

- pukul whipping cream+gula sehingga menjadi cream/ kental
- lumatkan isi durian kasar2


Isi durian yang telah dihancur kasar

Cara gulung

- ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipcream
- kemudian letakkan isi durian di atasnya
- Lipat dan simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam
Hasilnya
*
*
*
*
*
*
*
*
V


Tadaaaaaa!!!sangat sedap dimakan ketika sejuk. Terasa nyaman je tekak nie..hihihi


Terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki, antaranya
1. Nipiskan sedikit kulit pancake
2. whipping cream tak cukup kental
3. Besarkan sedikit kulit pancake supaya mudah nak gulung/lipat

Tuesday, 3 August 2010

dorayaki doraemon

Pernah tak anda makan dorayaki? Alah dorayaki kegemaran doraemon tue??? ehehehehehe...

Semalam ketika berehat-rehat di rumah sambil layan FB, tiba-tiba status kawan-kawan ada yang bercakap pasal pancake dan kemudian dorayaki. Ape lagi, semua bahan-bahan dah ada, jadi saya dengan rajinnya telah membuat dorayaki doraemon untuk makan malam. Senang saja nak buat dorayaki nie.

Bahan-bahan untuk pancake

1. 1 cawan tepung pancake segera (lupa dah jenama ape tepung tu, ptg nanti saya edit yea)
2. 1/4 cawan air
3. 1/2 cawan fresh milk

untuk inti

1. peanut butter
2. hershey's chocolate syrup


Cara membuatnya

1. Campurkan semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati.
2. Panaskan non stick pan (size kecil - untuk goreng telur mata).
3. Apabila kuali sudah panas, masukkan adunan tadi lebih kurang 2 sudu sup dan goreng sehingga kekuningan.
4. Apabila sudah masak, angkat dan kemudian letakkan peanut butter dan hershey's chocolate syrup tadi di atasnya
5. Goreng lagi pancake seperti langkah 1-3.


Untuk membuat dorayaki doraemon ini, kita mesti membuat 2 keping pancake, kemudian disatukan dengan meletakkan inti di tengahnya. Siapppppp!!!

* Adunan yang diberikan adalah untuk 6 keping pancake = 3 set dorayaki doraemon :)





Inilah rupa dorayaki doraemon yang telah siap dibuat dan telah pun separuh dimakan oleh doraemon (zarin)...hahahahah..sangat sedap di makan ketika panas-panas!

selamat mencuba!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...