Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Thursday, 3 July 2014

Sotong Masak Kicap

Menu berbuka kami semalam. Sotong masak kicap! Rasanya inilah resepi yang paling mudah. semua orang tahu buatkan. Tapi masing-masing ada cara tersendiri. Dan ini pula cara saya

Bahan-bahan

3 ekor sotong dibuang kulitnya dan dipotong bulat, dilumur dengan garam dan kunyit 
1 ulas bawang besar, di mayang sederhana
4 biji bawang putih di hiris
2 inci halia, potong mancis
1 biji cili besar, di potong
kicap secukupnya
air
 1 sudu besar sos tiram
 1 sudu besar sos cili 
 1 sudu besar sos tomato
garam gula secukupnya
sedikit daun ketumbar untuk hiasan
sedikit minyak



cara membuatnya

1. Panaskan minyak dikuali, goreng sotong yang telah dilumur dengan garam dan kunyit 1/3 masak, angkat dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan juga cili besar. Goreng sehingga naik bau.
3. Apabila sudah naik bau, masukkan sedikit air dan biarkan mendidih. kemudian masukkan sotong, sos tiram, sos cili, sos tomato dan bairkan semunya sebati. Apabila kuah dah hampir pekat dan sotong pun hampir masak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Siap dan hiaskan dengan daun ketumbar!

Mudah bukan, selamat mencuba :)

Tuesday, 23 July 2013

Sambal sotong

Sambal sotong memang menjadi kegemaran saya. Kalau beli sotong memang inilah lauk yang akan saya masak. Tambah-tambah sotong tu ada telur pulak. uissshh sedapnya. Sebenarnya tak susah pun nak masak sambal sotong ni. jom lihat resepinya. 

Bahan:

3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar *dikisar
3 ulas bawang putih *dikisar
1 inci halia *dikisar
3 ekor sotong sederhana - dipotong bulat
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tomato
Sedikit kicap
Sedikit air
garam
gula



Cara membuatnya:

1.  Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia) sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. 
3. Masukkan sedikit air kacau rata kemudian masukkan 1 sudu besar sos tomato, sos cili dan renjiskan beberapa titik kicap.
4. Masukkan sotong dan biarkan separuh masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan sebati dengan sotong.
5. Bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!


Tuesday, 26 June 2012

Ketupat sotong terengganu

Baru-baru ini, ketika singgah di kedai barang basah, terpandangkan sotong yang segar bugar. Zasss, terus datang idea nak buat ketupat sotong. tamabhan pula dah lama tak makan.


Sebenarnya ketupat sotong ni ada dua versi. kalau versi terengganu rasanya lemak masin, manakala kalau versi kelantang rasanya manis. Memandangkan saya orang terengganu, jadi ketupat sotong yang saya buat ini adalah versi terengganu ^_^



Sebenarnya tak susah pun nak buat ketupat sotong ni. Ehehehehehehe, tak susah ke? Padahal masa kat kedai tu riuh bunyi suara saya tanya ummi resepi ketupat ni. Biasalah, setiap kali memasak, chef di kampung juga yang di telefonnya.

Ok, jom kita lihat resepinya.

 Bahan-bahan
- 4 ekor sotong, dibuang kepala, kulit dan tulang belakang.
- 1/2 pot beras pulut.
- 2 ulas bawang merah dimayang.
- 1 inci halia diracik halus,
- setengah sudu kecil halba
- 1 biji kelapa diambil santannya.
- garam secukup rasa.
- Pencungkil gigi – lidi
- sedikit air




Cara membuatnya.
1. Rendam beras pulut dengan sedikit santan (lebih kurang 30 minit-1jam).
2. Masukkan pulut dalam sotong lebih kurang 3/4 penuh. Kemudian cucuk dengan lidi di atasnya supaya beras pulut tak keluar.
3. Ambil periuk, masukkan sotong yang telah disumbat itu, tuangkan santan dan air sehingga sotong tenggelam. Masukkan bawang merah dan halia. Masak dengan api perlahan.
4. Apabila santan telah pecah minyak, masukkan halba dan garam secukup rasa. Kacau seketika hingga sebati. Apabila sotong telah menjadi kembung, dan santan hanya tinggal ¾, tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Mudah bukan? selamat mencuba, pasti puas hati :)

Friday, 4 June 2010

Tempura sotong

Tempura sotong?? Daku tertanya-tanya apakah dia tempura sotong. Memandangkan tempura sotong ini sentiasa menghiasi status Ayu di FB. Kata orang malu bertanya sesat jalan, jadi dengan muka tak malunya daku bertanya kepada ayu dan minta resepi.

Rupa-rupanya tempura sotong tu sotong goreng tepung...adesssss..ingatkan apekebenda la (ke memang aku je yang taktau nama saintifiknya?)..heheheh

Selepas mendapat resepi, daku terus mencari tepung tempura cap JOJI seperti yang diberitahu oleh Ayu..Malangnya, tak ada pula tepung cap itu...yang ada cuma cap GOGI. Ok la tu..bunyi nya pun seakan-akan JOJI -GOGI. Bukan GIGI ya...belasah je la...hehehhe...Mula-mula tengok tepung tu terkejut juga aku..bukan apa, mak aiiii banyaknya tulisan siam...kapkungkap...sawadikap (eh, ape aku merepek ni)

Kemudian aku belek lagi...Nasib baik ada logo HALAL. Lantas aku terus membelinya. Sampai di rumah ketika jam hampir menunjukkan angka 9.00 malam. Semalam kami shoping barang dapur kat JUSCO n TESCO, sambil cari-cari pampers Zarin.

Selepas kemaskan barang-barang yang dibeli, aku terus menyediakan tempura sotong ini. Tak sabar hendak melihat hasilnya, sama ada menjadi ke tidak.

Alhamdulilah...menjadi dan hasilnya :



tadaaaaaa!!!!Tempura sotong versi ida aka mama zarin

Sangat sedap hokey. Lepas ni tak payah la kami bersusah payah nak ke restoren semata-mata nak makan benda nie. Buat sendiri lagi sedap. Dan suami pula, duk ulang makan ketika daku sedang sibuk menggoreng...iskkkk..kacau sunggguh!!!

Apepun tanx ayu sebab berkongsi resepi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...