Jumaat yang lepas salah satu bahagian di ofis saya membuat jualan amal dan macam-macamlah yang dijual. Ada pakaian, akseori, tudung, buku, majalah, kasut, beg, makanan dan tak terlepas jeli kelapa kegemaran saya. Bila terjumpa kawan-kawan di lif, masing-masing membawa satu plastik jeli, konfem sedaplah tu. Saya pun apalagi terus turun ke tingkat 18, tujuannya nak membeli jeli kelapa. Malangnya jeli kelapa tersebut telah habis dijual. sob-sob.
Saya pun dengan hati yang lara naik balik ke tingkat 21. Lantas terus tangan laju menekan papan kekunci mencari resepi Jeli Kelapa! Saya sememangnya hantu jeli kelapa. Dah lama tak makan, bila teringin tak ada teruslah mencari resepi. Tak dapat beli baik buat sendiri.
Resepi jeli kelapa ini saya ambil di SINI
Dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya, terima kasih :)
Bahan-bahan ( anggaran 15-20 cup (bergantung saiz cup) )
10 gm serbuk agar-agar - yg clear
2 cawan gula pasir - klau nk manis, lebihkan
8 cawan air kelapa - 2 biji kelapa muda
8 cawan air biasa
2 helai daun pandan
Isi kelapa
Cara-cara
1.Campurkan semua bahan, kecuali isi kelapa. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan isi kelapa dalam cup kecil-kecil, ikut suka la nak banyak mana.
3.Kemudian, tuangkan adunan jeli tadi ke dalam cup yang berisi kelapa, sejukkan.
4.Kalau air kelapa banyak, boleh kurangkan air biasa. 2.Masukkan isi kelapa dalam cup kecil-kecil, ikut suka la nak banyak mana.
3.Kemudian, tuangkan adunan jeli tadi ke dalam cup yang berisi kelapa, sejukkan.
5.Akak guna serbuk agar-agar cap burung layang-layang
Saya hanya membuat 1/2 adunan, jadi bahan-bahannya adalah seperti berikut
Bahan-bahan ( anggaran 12 cup (bergantung saiz cup) )
5 gm serbuk agar-agar - saya tersalah beli kolor merah, kehkehkeh
3/4 cawan gula pasir
5 cawan air kelapa pandan - 2 biji kelapa pandan
3 cawan air biasa
1 helai daun pandan
Isi kelapa
Cara buatnya adalah sama dengan resepi di atas tu. Cuma bahannya saja saya kurangkan. Alhamdulilah menjadi,suka sangat lebih sedap dari yang beli kat kedai.
Nampaknya bulan puasa tahun ini pasti setiap hari berbuka dengan jeli kelapa. Bertambah sedap bila guna kelapa pandan, memang wangi sangat-sangat. Suami saya berkata, "color pink ni pun cantik, lain dari yang lain, rasa pun sedap". Tak sia-sia saya tersalah beli serbuk agar-agar itu. hikhikhik
sedapnya klu mkn sejuk2.. yummyy...
ReplyDeletesedapnya....terasa2 kat tekak..huhuhuu
ReplyDeleteLia: memang sedap, tak sempat sejuk dah ngangkut. weekend ni kalau ada kelapa nak buat lagi. Tapi nak buat yang clear pula, nyum-nyum
ReplyDeleteAida Salleh : mmg sedap, cubalah :)
ReplyDeletecantik jeli pink..oh ada alkisah rupanya...kalau la ku tahu hari itu...hmmm...takpe lepas ni akan ada lagi jeli tu kat ting 18 atau mungkin di kafe?...
ReplyDeleteAs'kum idazs mesti cdp & nyaman jer tekak kan lbh2 lagi layan pd hari panas. CheKiah itu hari pun ms buat puding pelangi trslp beli serbuk agar2 kaler merah sama gak kes mcm idazs hehe
ReplyDelete10 gm serbuk agar-agar - yg clear
ReplyDelete2 cawan gula pasir - klau nk manis, lebihkan
8 cawan air kelapa - 2 biji kelapa muda
8 cawan air biasa
2 helai daun pandan
Isi kelapa
Cara-cara
1.Campurkan semua bahan, kecuali isi kelapa. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan isi kelapa dalam cup kecil-kecil, ikut suka la nak banyak mana.
3.Kemudian, tuangkan adunan jeli tadi ke dalam cup yang berisi kelapa, sejukkan.
4.Kalau air kelapa banyak, boleh kurangkan air biasa.
5.Akak guna serbuk agar-agar cap burung layang-layang