Thursday 19 May 2011

Apam polka dot

Sudah lama saya ingin mencuba apam polkadot. Tetapi selalu saja ada halangan. Sudahnya hari minggu yang lalu barulah saya berkesempatan untuk membuatnya.

Resepi apam polka dot ini saya ambil daripada myresepi.com. Dengan izin saya copy dan pastekan di sini ya.


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus (saya hanya guna 180 gram)
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa (saya guna coklat ganache)
pewarna

Cara membuatnya

1. masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
3. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
4. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
5. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Memang sangat sedap apam polkadot ini. Sayangnya saya tidak terjumpa papercup size medium, Sudahnya saya gunakan papercup muffin. Memang besar gedabaklah jadinya. Kalau ikutkan resepi dapat 50 biji, tetapi saya buat hanya dapat 20 biji. Apam polka dot gergasi katakan. hahaha

Insyaallah saya akan buat lagi nanti. Cuma saya perlu belajar buat dot-dot tu, biar cantik dan kemas. Bila saya selidik-selidik rupanya papercup size M tu ialah papaercup yang digunakan untuk membuat almond london. Patutlah comel-comel.

4 comments:

  1. br amik resepi smlm...takut nk cube sb xjumpe ovellte lg..

    ReplyDelete
  2. akak pun nak try buat ni...
    cuma belum buat lagi, sebab semuanya tak sihat skrg! sabar je la.
    cantik apam ida.

    ReplyDelete
  3. ejan: cuba sedap, filling pilihan pastinya coklat ganache.

    ovallate aritu sy beli kat cold storage

    ReplyDelete
  4. Naimatul Hafizah Nor Rodin: kak fiza, moga cepat sembuh ya, buleh buat apam dot dot ni.

    tq kak, tp byk lagi yg kena baiki khususnya nak buat dot-dot tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...