Thursday, 26 May 2011

Apam Steam Yogurt

Hari ini akhirnya saya berjaya membuat apam steam yogurt setelah hampir seminggu tertangguh gara-gara gas habis. Bila dah tertangguh, mood untuk membuat apam terus terbantut. Memandangkan malam ini tatau nak makan apa, jadi saya pun mulalah menyetim apam. heheheheheh


Resepi apam steam ypgurt ini saya ambil daripada blog Izah. Dengan izin, saya copy dan pastekan resepinya disini ya :) Saya hanya membuat 1/2 adunan sahaja, teringin nak rasa. Resepi asal boleh dilihat di SINI.

YOGURT STEAMED CUPCAKES
sumber: kak Rima , Anna, kak Nor

Bahan-bahan
2 cawan gula castor *kurangkan
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat

Cara-cara :

1. Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
2.Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) &; campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
3.Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
4.Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
5. Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup..
**Pes coklat &; serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan..cth : jem/filling..&; pewarna kesukaan**

**KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, &; PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..**

**Penutup kukusan tu Ana tak balut dengan towel pun, tapi pastikan, masa nak buka penutup, air tidak menitik ke atas kuih, nak lebih selamat, balutle dengan towel kan..**

Terima kasih Izah untuk resepi apam ini :)


Sementara menunggu apam dikukus, hati saya mula risau. Bukan apa, risau jika apam saya tidak menyengeh macam orang lain punya. Tapi alhamdulilah hampir kesemua apam tersebut menyengeh. Namun ada juga satu dua biji yang ala-ala senyum kambing. heheheheh


Ada 3 biji apam saya buatkan dalam bekas yang lebih besar dan saya letakkan peanut butter ditengahnya. Sedap juga. Next time kalau buat lagi nak letak peanut butterlah :) Pada pandangan saya, rasa apam yogurt ini seakan sama rasanya dengan apam polka dot, tetapi lebih lembut. Tapi tak pastilah orang lain macam mana.

10 comments:

  1. peanut butter, kesukaan akak tu

    ReplyDelete
  2. cantik, kembang merekah apam ida ni....
    letak peanut butter? sedap tu...

    ReplyDelete
  3. apam moden, ada inti....nampak best!

    ReplyDelete
  4. nape pecah...jeles i..i buat tak pecah tau..menci..he..he

    frust je bila tak pecah

    ReplyDelete
  5. ♥MAMASYAZA♥: saya pun suka peanut tu. kadang-kadang ratah je. hikhikhik

    ReplyDelete
  6. Naimatul Hafizah Nor Rodin: nasib baik merekah. Dia kena api kuat kak fiza. Kalau nak betul-betul merekah kena buh bekas yang agam leper sikir, jgn letak dalam bekas merah (kuih lompang) masa kukus tu, saya guna cheese tart punya loyang

    ReplyDelete
  7. - dieyana - : ha, teringat inti apam yang kak diana cakap tu. hahahahahahha

    ReplyDelete
  8. Murni Delights: vill, kena kukus api kuat. pastu bekas tu bagi yang agak leper dan muat2 dengan papercup, insyaallah merekah dan terenyeh elok!
    kak ida buh dlm acuan ceese tart masa kukus tu

    ReplyDelete
  9. cantik apam tu..mesti sedap kan

    ReplyDelete
  10. akk, nk tnye ovallete tu ape?? bru nk bjinak2 dgn baking...uhuhuh.. Y_Y

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...