Sunday, 22 May 2011

Sup ayam

Sup merupakan lauk kegemaran saya. Bukan saja sup, malah semua jenis masakan yang kuah cair-cair saya suka. Walaupun agak berbeza dengan suami yang lebih sukakan kari, tetapi bila isteri yang masak, sup pun suplah!

Bila ada anak kecil, pasti saya mencari menu-menu yang semua boleh makan. Tak perlu masak dua tiga kali. Takkan hari-hari Zarin nak makan ayam goreng, dah jadi macam upin-ipin lah pulak nanti. kihkihkihkih.


Masak sup sebenarnya sangat mudah. Akan tetapi lain orang lain caranya walaupun kadang-kadang hampir sama. Dan ini pula resepi sup ayam cara saya

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (potong kecil)
3 ulas bawang merah (ditumbuh)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 cawan air
1 inci halia (ditumbuk)
1 rempah sup bunjut adabi
1/2 sudu teh kiub ayam
1 biji tomato
2 biji ubi kentang
sedikit minyak menumis
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Tumiskan semua bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam kacau sebati.Biarkan seketika.
2. Masukkan 3 cawan air (kalau nak kuah lebih boleh masukkan lebih banyak air),1/2 sudu teh kiub ayam, sup bunjut adabi dan ubi kentang dan biarkan mendidih
3. Apabila ubi kentang telah empuk, masukkan garam dan juga tomato,kacau sebati dan kemudian tutup api.

Untuk hiasan
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Cili padi  (dipotong kecil)
limau nipis

Taburkan kesemua bahan hiasan tadi dan perahkan limau nipis ke dalam sup dan sedia untuk dihidangkan.


Sup ayam sangat sedap dihidangkan panas-panas, tidak ketinggalan sambal belacan. Terasa tak lengkap jika hidangkan sup tanpa sambal belacan.

Jemput makan :)

21 comments:

  1. yup setuju sgt, tak lengkap tanpa sambal belacan...fuhhh terangkat habis

    ReplyDelete
  2. sup mmg sedap..sara suke sgt!! sambal belacan xpndai buat, cube ajar sket..

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi sambal belacan:

      belacan
      5-6 cili padi
      sedikit garam
      sedikit air limau nipis

      cara buat:
      tumbuk cili, belacan dan garam sampai lumat
      perah air limau nipis
      siap!!

      sup ni kalau makan ngan cili kicap pun sedap gak..
      cili kicap plak nk wat lagi senang..

      tumbuk cili ngan 2 ulas bawang putih sampai lumat, tambah kicap, pastu letak gula 2 camca...hehe siap..pasti terangkat..

      Delete
  3. setuju,
    sup mmg best,kan?
    cantik betul gambar ida tu, sup nampak sgt selera...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. WoW!...sup2 ni memang fav kak cek...tak kirala masak sup apa pun...tgk sup ayam ni menggoda sungguh....kak cek kalau masak sup ...suka makan letak dalam mangkuk..buh nasi sikit dalam sup tu...letak sambal kicap...wow! kira ngamlah....kechur dah kak cek...lapo lak perut ni....:)

    ReplyDelete
  6. ♥MAMASYAZA♥: setuju sgt, sambil makan berpeluh2, pedas sambal+panas sup, tisu mesti duk sebelah.
    eheheheh

    ReplyDelete
  7. ejan sara: budak2 mmg suka sup. tak reti baut sambal? daku pun tak berapa reti, tp bolehla sikit2. next time kalau buat saya entrikan, tak best bila post mknn xde gambo. ekekekekekeke

    ReplyDelete
  8. Naimatul Hafizah Nor Rodin: kak fiza tq, teknik fotografi, byk lagi yg perlu belajar

    ReplyDelete
  9. etiey.com©: Zarin pun suka, kadang2 rebus makaroni buh dalam tu. sedap juga. Setuju dan tepat sekali, lain org lain caranya :)

    ReplyDelete
  10. cik cek: give me five! sama macam saya juga, kalau mkn sup kuah mesti berladung (kata org terengganu) macam boleh berkayuh. hikhikhihkihkihkik. memang best sup, lebih-lebih lagi kalu rasa masam-masam sikit, perghhhh! lapar jugak perut ni!

    ReplyDelete
  11. kalau sup ayam nie makan ngan sambal gesek...perghhh sedapnyer.. tak pun mkn sambal kicap cili tu.. pagi2 dh lpar..

    ReplyDelete
  12. sedap sup ... kari lagi suka!! ;-)

    ReplyDelete
  13. Murni Delights : vill, sambal gesek tu lagu mana? kak dia x pernah makan

    ReplyDelete
  14. - dieyana -: sama mcm abg saya, suka kari. saya suka yang cair-cair. heheheh

    ReplyDelete
  15. waaaweeee sup ayam dengan sambal belacan sure terangkat ni...:D

    ReplyDelete
  16. Kak fisa: Sup+sambal belacan satu kombinasi yang mantap! mmg terangkatlah

    ReplyDelete
  17. MENYELERAKAN DAN SEDAP.........

    ReplyDelete
  18. puasa dah hampir, boleh mencuba resepi yang cantik, sama tebal lapisan santan dan bawahnya....memang nampak mengiurkan

    ReplyDelete
  19. cantiknya......memang berwarna-warni.tq banyak2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...