Saturday, 28 May 2011

Sambal belacan

Sambal belacan begitu sinonim sekali dengan masyarakat kita. Rasa tak lengkap pula makan nasi tanpa sambal belacan kan? sambal belacan boleh dianggap sebagai pembuka selera. Kalau saya, dapat sambal belacan dengan ikan goreng pun dah bertambah nasi. Hehehe.

Seorang kawan saya Ejan Sara,

"sup mmg sedap..sara suke sgt!! sambal belacan xpndai buat, cube ajar sket.."

Kebetulan hari ini saya menumbuk sambal, jadinya saya tempekkan resepinya di sini,


Bahan-bahan
2 biji cili merah (dipotong)
6 biji cili padi (dipotong)
1/2-1 inci belacan
2 biji limau kasturi
sedikit gula
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara mebuatnya:
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan belacan, cili merah dan cili padi yang telah dipotong. Goreng seketika sehingga hampir layu kemudian tutup api.
2. Dalam lesung batu masukkan sedikit garam dan gula serta cili dan belacan yang telah digoreng tadi. Kemudian tumbuk hingga lumat.
3. Apabila telah lumat, perahkan limau kasturi, kemudian masukkan sedikit kulit limau kasturi yang telah dihiris halus. Selepas itu, gelek-gelekkan alu lesung sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan.


Mudah kan? Untuk makluman, belacan boleh ditambah ataupun dikurangkan mengikut citarasa masing-masing. Namun jika ada dikalangan kita yang menghidap resdung, eloklah dikurangkan kuantitinya. Bukan apa, tak pasal-pasal gatal nanti.

*cili digoreng terlebih dahulu untuk mengelakkan sakit perut dan menghilangkan bau maung cili.

4 comments:

  1. agree, dapat sambal belacan dengan ikan goreng pun dah cukup bahagia dah hehe.. really adore pic2 makanan dalam ni, cantik2..

    ReplyDelete
  2. sedapppppppppppppp...harus beli belacan ni..buat byk2, simpan dlm fridge..

    ReplyDelete
  3. kecur air liur nengok sambal belacan...perghhh lagi sedap makan dgn ikan keli goreng dan nasi panas...:D

    ReplyDelete
  4. Saya dh try guna resepi ni tghri td..cuma cili padi tu saya lebihkan..guna 10 biji..suami kata sedapp..mcm dkt kedai..puas hati tengok dia mkn bertambah..lps ni mmg saya akan buat sambal belacan gini lh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...