Friday, 27 May 2011

Tembikai laici

Tembikai laici merupakan minuman kegemaran saya. Namun tidak semua kedai sedap. Hanya dua tempat yang wajib saya order air ini jika berkunjung iaitu Delicious dan Satay Station. Air tembikai laicinya sungguh maveles!

Baru-baru ini keluarga kakak ipar berkunjung ke rumah, lantas saya menyediakan hidangan makan malam bersama-sama air tembikai laici. Sekali sekala mencipta kelainan memandangkan rumah saya jarang membeli kordial selain daripada ribena dan kiwi. Mungkin juga kami lebih suka minum air masak.



Mudah saja untuk membuat tembikai laici ini.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah

1/2 biji tembikai
1 tin buah laici
sedikit aiskrim soda
ais ketul

Cara membuatnya

1. Potong tembikai dan blendkan hingga hancur.
2. Kemudian campurkan satu tin laici dan sedikit aiskrim soda dan ais ketul, kacau sebati. Siap untuk dihidangkan.

*Untuk lebih sedap, blendkan sekali tembikai dan ais ketul.  Tetapi saya tidak buat cara ini kerana tidak mahu terlalu sejuk. Tidak perlu masukkan gula kerana sirap laici dan manis.

Sangat sedap diminum ketika kehausan, aaaah, nyaman dan menyegarkan!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...