Sunday, 22 May 2011

Pastry pokok duit (sosej)

Saya memang sukakan puff, sebelum ini selalu beli puff sardin dan tuna. Tapi baru-baru ini saya terjumpa satu resepi daripada Cik Mat Gebu iaitu Pastry pokok duit. Wah! nampak macam menarik dan menyelerakan. Kemudian saya ke cold storage untuk mencari pastri jenama KAWAN itu.

Cik Mat, dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya :)

Puff yang telah siap dibakar

BAHAN-BAHANNYA :
10 batang sosej ayamas (atau pilihan anda, mat ada 6 saja)
10 keping puff pastry jenama KAWAN, bersaiz 4 inci x 4 inci
Kuning telur untuk disapu
Serbuk lada hitam yang baru dikisar
Sos pilihan untuk mencicih

CARA MEMBUATNYA :
1.Puff pastry dibiarkan lembut sedikit, tabur tepung atas meja kerja, ambil sebatang sosej dan ukur dengan puff pastry tadi, canai sedikit puff pastry sehingga sama panjang dengan sosej. Letak sosej di tengah-tengah puff pastry dan lipat dua, kemas kan hujung puff pastry seperti dalam gambar.
2.Kerat hinnga putus sosej yang bersalut dengan puff pastry tadi sebanyak lapan bahagian sama besar. Kemudian tolak kan satu potongan ke kanan, dan satu lagi ke kiri, buat kaedah sama untuk potongan yang lain sehingga mendapat bentuk seperti dalam gambar.
3. Buat hingga semua siap dan susun atas dulang pembakar. Sapu sedikit kuning telur dan jika suka boleh tabur sedikit lada hitam. Bakar pada suhu 200C selama 20 - 25 minit, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan bersama sos kegemaran.

Untuk melihat step by step cara membuat puff pokok duit ini bolehlah ke DAPUR TANPA SEMPADAN.

Terima kasih cik mat untuk resepi yang cepat, mudah dan sedap ini.

 Puff yang telah diletakkan mayonis dan sos cili, dan sedia untuk dimakan

Alhamdulillah menjadi. Namun saya tersalah potong sosej kepada 10 bahagian. Jadinya puff pokok duit saya buat ini sedikit panjang. hahahahahhaha. Tapi serius sangat sedap. Di masa akan datang, saya tak perlu risau lagi jika ada tetamu yang bertandang ke rumah. Sebelum mereka sampai sempat jugalah saya membuat puff ini untuk dihidangkan.

Nampak gayanya pastri jenama KAWAN ini akan sentiasa ada stok di dalam peti. lalalallalalalala

2 comments:

  1. wah kak ida, mmg menarik..nak kne beli nie pastri..he..he

    ReplyDelete
  2. Murni Delights: vill trylah, mmg tak rugi, sedap bangat! heheheheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...