Monday, 9 May 2011

fruit pastry cake

Cuti 1 Mei, sempat jugalah menjengah ke dapur untuk membuat fruit pastry cake. Sebenarnya tak terancang pun nak buat kek nie. Namun apabila kami ke tesco, Zarin telah mengambil satu tin buah peach dan beriya-riya nak makan. Sudahnya terpaksalah beli dari meraung tak tentu fasalkan?


Sampai di rumah seperti biasa, langsung tak diusiknya buah peach tu. Akhirnya saya pun mencari-carilah resepi yang sesuai dengan buah peach nie.


fruit pastry cake yang siap dibakar, tunggu untuk dibedah siasat :p


Okeylah, tak nak berceloteh panjang, resepi ini saya ambil daripada blog Kak Nor Secubit Garam. Kak Nor dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya :). Resepi asal boleh dilihat DI SINI
FRUIT PASTRY CAKE
souce: Gert
source : K.Nor@SecubitGaram


Ingredients :
113g/1 stick butter, at room temperature
1 cup castor sugar ~ K.Nor letak 180gm
50g sour cream ~ K.Nor gantikan dgn yogurt plain
1 teaspoon pure vanilla extract ~ esen vanila
Pinch of salt
1 teaspoon orange zest
3 large eggs, at room temperature
210g plain flour
1 teaspoon baking powder
500g fresh fruits (I usestrawberries, handful of blueberries, mandarin orange and canned peach slices)


* Place cuts fruits in a strainer and sprinkle with 2 tbsp of sugar
* Pre-heat oven to 350 degree F. Butter a baking pan (8" tin)
* Cream butter, sugar and sour cream together until creamy.
* Add eggs one at a time and beat well.
* Add vanilla, flour, baking powder and zest until everything combined
* Pour batter into a baking pan and smooth the top. Place fruits on top
* Bake for 50-60 minutes or until cake is done.
* Cool and serve


Keratan rentas cake yang telah dibedah siasat :)


Semasa kek sedang dibakar, sudah semerbak bau buah-buahan. Adoooiiii, telan liur pula tatkala menaip entri ini. Gulp!!!! Alhamdulilah, pastry fruit cake ini berjaya saya hasilkan. Rasanya sangat sedap dan manis-manis buah serta sangat mengenyangkan. Zarin pun sangat sukakannya.

Cadangnya nak bawa ofis bagi kawan-kawan rasa, namun begitu kebetulan cuti umum ada pula saudara mara datang, sudahnya kek ini dihidangkan untuk tetamu yang datang. Alhamdulilah, licin dan tak payah pening kepala duk fikir nak hidangkan apa, takkan asyik-asyik keropok ikan + biskut empat segi kot :P

Apepun terima kasih Kak Nor untuk resepi yang mabeles ini :)

21 comments:

  1. alahaiiiii sedap nyerrrrr.....:)

    ReplyDelete
  2. audududu...berdebar2 tgk kek ni..dasat! kelasss!ihhkhihk...nitik liur..;-)

    ReplyDelete
  3. erkkk..semakin teror mu ni!!heheh..nanti nak terjah umah u la ida..nak semua jenis kek eh :p

    ReplyDelete
  4. terus bunyi2 perot tgk..dah la cantik,nampak sgt sedappp

    ReplyDelete
  5. makkk aihhh makin terror arr ida sekarang ni...lasattt arr...hehehe tumpang tengok je la kan...;)

    ReplyDelete
  6. alaaaaaaaaaaaa baru nak mintak sepotong setengah!! uhuk uhuk

    ReplyDelete
  7. ish2...i yg housewife ni pun kalah da dgn u,ida...

    ReplyDelete
  8. - dieyana - Try la kak, senang je dan yang penting sedap!

    ReplyDelete
  9. nuyue: alamak, ibu mengandung dah terliur dah!

    ReplyDelete
  10. ♥ Mrs.Eady ♥ : mmg sedap, tak manis dan mengenyangkan

    ReplyDelete
  11. ~izan~: buah-buahan yang nampak menyelerakan tu.Tp mmg sedap, rasa cam kek mak-mak kita buat dulu

    ReplyDelete
  12. sasha @ mumyalya: alhamdulilah, setakat ni menjadi. jom la dtg rumah, raya ni ke, :)

    ReplyDelete
  13. - Suraya - : cubalah kak, mmg sedap ni!

    ReplyDelete
  14. MAPPIAU: alamak, dah abislah, next baking pula ya :)

    ReplyDelete
  15. fisa othman: kak fisa, tak teror sgt lg, byk lagi yg kena belajar nie. huhuhuhuh. cubala buat kak, confem nanti asyik nak membaking je ;)

    ReplyDelete
  16. risa: godaaaaaaaannn, nasib baik bukan bulan posa. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  17. ashra: mana ada, ari minggu je rajin pun. u lagi best, dh teror menjahit, owh sgt jeles ok!
    hihihihihihi, masih belum beli lgi BM ni :P

    ReplyDelete
  18. salam kenal idaz. sedapnyer...mintak izin copy resepi yer.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...