Setiap kali menikmati makan tengahari dan makan malam, atau pendek kata makan nasi, pasti udang yang menjadi pilihan Zarin. Dia sangat suka segala jenis seafood. Dan jangan tak percaya siput sedut pun fevret dia juga tu. Alahai selera anakanda saya ni pelik sikit.
Bila dah suka makan udang, saya pun mulalah mempelbagaikan resepi untuk memasak udang. Sudahnya terhasillah udang masam manis ini.
sangat mudah menyediakannya. bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan
3 ekor udang besar digoreng terlebih dahulu.
Untuk Kuah
1 biji bawang bombay/ bawang besar
2 inci halia dipotong memanjang
3 ulas bawang putih
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap manis/pekat
1 sudu makan cuka
sedikit daun bawang
sedikit daun sup
garam dan gula
cara membuatnya
1. Panaskan sedikit minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang bombay/bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan cuka, sos tiram, sos tomato, kicap cair, kicap manis/pekat, garam dan gula secukupnya.
3. Kacau sebati dan masukkan sedikit air dan biarkan kuah menjadi pekat.
4. Selepas itu,tutup api dan masukkan udang yang telah digoreng dan gaul sehingga sebati.
5. Masukkan ke dalam pinggan dan hiaskan dengan daun bawang dan daun sup, siap!
satu dua tiga lekuk, dua tiga pinggan saya nk angkut! sopan sungguh mereka itew berposing n walopun saya bukanlah big fans of udeng ni, tapi air liur ni dekat 1/2 liter juga kena telan...hehehehe
ReplyDeleteaahh..tidak!!terliuuuurr....
ReplyDelete