Wednesday 22 June 2011

Mentarang goreng pedas

Masih lagi berkisah tentang mentarang. Baru-baru ini saya cuba pelbagaikan resepi untuk memasak mentarang. Biasa rebus dan rebus sahaja. Jadinya, saya terbayangkan remis yang selalu dimasak oleh Ummi ketika di Terengganu dulu.

Terus telan liur. Apalagi, saya terus masak mentarang goreng pedas dengan menggunkan resepi Remis goreng pedas.

Bahan-bahan
2 kg mentarang
6 biji cili kering (dikisar lumat)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai dihiris nipis
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1/2 sudu sos tiram
sedikit gula
sedikit garam
minyak untuk menumis
air secukupnya



Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air, sos tiram, sos tomato, dan sos cili dan juga serai. Kacau sehingga sebati. Apabila kuah telah mendidih, masukkan mentarang dan tutup periuk.
3. Biarkan seketika atau sehingga mentarang hampir terbuka dan kemudian masukkan garam dan juga gula secukup rasa. Gaul mesra dan kemudian bolehlah tutupkan api.
4. Kemudian taburkan daun ketumbar untuk menaikkan lagi aromanya. Sedia untuk dinikmati.

Wohoooo! sedap, makan nasi dengan lauk ini sahaja pun dah bertambah-tambah. Ditambah pula dengan rasa isi mentarang yang manis, oiiiiiii, sedap!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...