Wednesday 18 June 2014

Kue tiau ladna

Selera bermusim keluarga saya. Sejak Zarin discaj hari tu, memang inilah menu pujaan hatinya. Boleh dikatakan seminggu 4-5 kali buat. Sebelum ini saya sharekan gambar di FB, ada yang tanya resepi, tapi saya taip secara ringkas sahaja, jadi hari ini saya tempek resepinya di sini ya. Mudah sahaja tau.  Jom tengok resepinya.  


Bahan-bahan untuk kue tiau

1 bungkus kue tiau (rendam dalam air panas sekejap dan kemudian toskan)
2 sudu besar minyak
1 sudu besar kicap
1 sudu kecil sos tiram


Cara membuatnya

Panaskan minyak dan masukkan kicap dan sos tiram, bila kicap dan sos tiram dah berbuih masukkan kue tiau dan kacau serta goreng hingga rata. Ketepikan.

Bahan-bahan untuk kuah ladna

10 ekor udang (buang kulit belah belakang)
isi ayam (dipotong kecil)
2 ekor sotong (buang kulit dan dipotong bulat)
1 pokok sawi pak choy
½ batang (carrot dipotong mancis)
3 putik jagung (dihiris serong)
bunga kobis
sedikit serbuk/kuib pati ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap
4ulas bawang putih (ditumbuk)
garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
3 air secukupnya






Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, goreng sekejap kemudian masukkan udang dan sotong.
3. Masukkan 3 cawan air. (Ikut nak kuah banyak mana. Boleh lebihkan atau kurangkan ya. Nak lagi cepat, guna air panas yang baru mendidih. Bila kuah dah mendidih, masukkan sos tiram, kicap serbuk/kuib pati ayam. Kacau kacau hingga sebati kesemuanya.
4. Selepas itu masukkan sayur. Mulakan dengan carrot, bunga kubis, putik jagung, batang sawi seterusnya daun sawi. Bila dah hampir layu, masukkan gula dan garam secukup rasa.
5.Masak lagi sehingga mendidih, kemudian barulah masukkan bancuhan tepung jagung. (bancuhan tepung jagung pun boleh dikurangkan atau lebihkan ya. Ikut nak pekat macam mana kuah tu). Tapi pandangan peribadi saya,  kuah jangan terlalu pekat, nanti muak pula bila makan.
6. Bila semuanya dah sebati. Bolehlah tutup api.
7. Cara menghidangnya, letakkan kue tiau yang telah digoreng tadi di dalam pinggan, kemudian letakkan kuah di atasnya. Kalau sukakan pedas boleh dihidangkan bersama cili jeruk (saya suka guna cili jeruk arab). Tak pun boleh letakkan cili potong kicap.


Ok, selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...