Friday, 18 April 2014

Pulut Pelam

Pulut merupakan makanan kegemaran kami. Tak kisahlah apapun, asalakan pulut pasti suka. Memandangkan sekarang musim buah mempelam atau mangga, jadi kami terus membuat pulut pelam. oh ya, kali ini pulut pelam air tangan Mr. papa. Nyum-nyum...

Jom lihat resepinya 

Bahan-Bahan :

3 biji buah mempelam/mangga
11/2 pot beras pulut
1 biji kelapa diambil santannya
Gula secukupnya
6 sudu kecil tepung jagung
2 sudu kecil tepung beras
Garam secukup rasa


Cara membuatnya
1. Rendam beras pulut lebih kurang setengah jam, kemudian kukus sehingga masak.

2.  Menyediakan santan untuk digaul bersama pulut
Panaskan santan dalam periuk dengan api kecil. Santan ini hendaklah dikacau selalu sehinggga menjadi seakan pecah minyak di permukaan. Kacau lebih kurang 5-10 minit. Masukkan gula dan kacau sebati. Asingkan sedikit santan, tambahkan dengan sedikit lagi gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
3. Setelah pulut masak, cepat-cepat masukkan ke dalam satu bekas besar. Ambil santan yang telah diasingkan tadi, tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam pulut sambil digaul supaya pulut bergaul mesra dengan santan. Kalau orang terengganu kata (arong). Kacau semasa pulut masih panas. Bila dah sebati, pulut akan kelihatan berkilat dan ketepikan.
4.  Menyediakan kuah santan
Panaskan semula baki santan dalam periuk dengan api perlahan. Tambahkan tepung jagung dan tepung beras untuk memekatkannya. Masukkan garam secukup rasa, kalau nak tambahkan gula sikit pun boleh, ikut tahap kemanisanyang disukai masing-masing. Kacau dan kacau lagi sehinggalah kuah santan tadi menjadi pekat dan creamy. Kemudian boleh tutupkan api.
5.  Kupas buah mangga dan potong mengikut kegemaran masing-masing.

6. Ambil mangkuk, letakkan pulut ke dalamnya. Susun buah mangga yang telah dipotong di atasnya. Kemudia tuang kuah santan diatas pulut dan buah mangga tadi. Sedia untuk dimakan! 

Selamat mencuba. 

4 comments:

  1. Salam Ida.. tun biasa mkn pulut durian, xpenah mkn pulut ngan pelam.. teringat pulak pokok pelam kat kg, harap2 bila blk bln dpn ada byk lg pelam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm tun. saya dulu pun tak pernah makan juga. Bila kawin suami suka tu yang jadi tersuka juga. kalau dapat harum manis lagi maveleslah.

      Delete
  2. Tak pernah makan dan teringin sangat nk makan. Harap2 ada jumpa dijual kat mana-mana. Nak buat malas.. huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zue, biasa kat restoren siam ada jual.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...