Wednesday 25 May 2011

Bawal Masam Manis

Semalam saya pening memikirkan lauk apa yang perlu dimasak. Apabila ke kedai basah, yang ada hanya ikan bawal yang nampak segar, ikan-ikan lain kebanyakannya mata merah dan terkeluar perut. Adussss. Saya pun dengan berat hatinya membeli dua ekor ikan bawal tersebut. Dalam kepala duk terfikir, "aku nak masak apa ikan bawal ni?"

Jujurnya, inilah kali pertama saya ingin memasak ikan bawal. Bila difikir-fikir, tingggg!! tiba-tiba idea pun datang, "masak masam manis sajalah, sama macam masak ikan siakap, cumanya kali ini tukarkan saja dengan ikan bawal."


Dan inilah cara saya memasak ikan bawal masam manis ini.

Bahan-bahan
2 ekor ikan bawal
6 biji cili kering (dikisar lumat (berasingan))
4 ulas bawang merah (dikisar)*
3 ulas bawang putih (dikisar)*
1 inci halia (dikisar)*
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1/2 sudu sos tiram
1 biji tomato di potong dadu
1 biji bawang besar dipotong bulat
sedikit gula
sedikit bawang
minyak untuk menumis
air secukupnya

note:bahan yang bertanda * dikisar bersama

Cara membuatnya:

1. Goreng ikan bawal, kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan bahan bertanda*. Tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan air, sos tiram, sos tomato, dan sos cili. Kacau sehingga sebati. Apabila kuah telah mendidih dan pekat, masukkan garam dan juga gula secukup rasa.
4. Selepas itu masukkan tomato dan juga bawang besar kacau seketika. Apabila hampir masak bolehlah tutupkan api.
5. Masukkan 2 ekor ikan bawal ke dalam bekas, dan tuangkan kuah tadi ke atasnya. Kemudian taburkan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan. Sedia untuk dinikmati.


Sangat sedap dihidangkan bersama nasi panas-panas. Yang kelakarnya saya ingatkan 2 ekor ikan bawal ni tidak cukup untuk kami berdua memandangkan sizenya tidaklah sebesar mana dan berbentuk leper. Tapi jangkaan saya meleset, rupa-rupanya tak habis. Barulah saya tahu sebenarnya walaupun ikan bawal ni nampak leper, tetapi isinya sangat tebal dan mengenyangkan. Tinggal lagi setengah ekor, sayanglah kalau nak buang. Keesokannya saya bawal bekal ikan bawal masam manis ke ofis, jimat belanja :)

2 comments:

  1. ida,tekejut gak tgk hampa 3beranak leh makan 2ekoq ikan bawal.rupanya tak abes..

    hihihi,selalu gak masak lebih sbb nak bwk bekal p keje.

    ReplyDelete
  2. Ainiyah: mula-mula ingat tak cukup, sebab ikan tu x besar mana pun. Bila dah masak sendiri baru tau isi banyak rupanya. lepas ni kena beli sekoq ja la. Dah la mahal weh!

    best bawak bekal :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...