Entah mengapa minggu ini terasa rajin pula untuk memasak kuih muih dan juga kek. Mungkin mood untuk membaking sudah datang. Dalam berkira-kira untuk makan apa petang semalam, tiba-tiba saya teringin membuat kek marble shiela mambo yang saya ambil resepinya daripada Dapur Tanpa Sempadan atau Mat Gebu.
Di sini saya copy dan pastekan resepinya. Resepi asal boleh dilihat DI SINIBAHAN-BAHANNYA :
Di sini saya copy dan pastekan resepinya. Resepi asal boleh dilihat DI SINIBAHAN-BAHANNYA :
125 g mentega
155 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur, dipukul sedikit
125 g gula halus (kalau letak 100 g pun ok)
*125 g cooking chocolate
1 camca teh esen vanilla
80 ml susu segar
CARA MEMBUATNYA :
1.Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas, lenser juga kertas tadi. Cairkan coklat masakan secara kaedah double-boiler. Ketepikan.
2.Putar mentega dengan gula hingga putih. Tambah telur dan terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, putar rata.
3.Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung selang seli dengan susu segar, hingga habis, kacau rata. Bagi adunan pada 2 bahagian, 1 biar pada asal dan 1 lagi bancuh dengan coklat yang telah dicairkan tadi. Kacau rata. *(saya bagi kepada 3 adunan iaitu, pink, hijau dan plain)
4.Tuang berselang seli antara adunan biasa dengan adunan bercoklat, buat hingga habis. Lorekkan dengan hujung pisau 2 - 3 pusingan. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan dan hias ikut kreativiti masing2...
* Memandangkan saya tiada coklat, jadi saya gantikan coklat tadi dengan warna hijau dan pink.
Dan inilah kek marble shiela mambo versi saya yang terhasil. Ala-ala kek pelangi lah pulak. kihkihkih. Mula-mula saya letakkan ceri di atas kek tersebut sebelum dibakar. Namun bila siap dibakar, ceri tersebut termasuk ke dalam.
Apepun terima kasih kepada Dapur Tanpa Sempadan kerana berkongsi resepi kek yang sangat sedap ini. Sekali makan habis. Hikhikhik. Kalau ingin mencuba pelbagai resepi, jangan lupa untuk singgah ke blog Mat Gebu yea :)
ish ish ish rajin benau dak ida neh
ReplyDeletewaaaaa bace entri ni time petang2 camni bisa mengundang telan air liur okeh tengok kek tuh hek hek hek
ReplyDeletemcm best..bulan depan nak try lah...hehehe
ReplyDeletebilalah dapat rasa kek ida nie....heheheeh
ReplyDeletenapa nama kek tu kek marble sheila mambo? ekekekek....
ReplyDeletekka risa: bab membesarkan badan dan tambah lemak nie mmg rajin yg amat! kihkihkih
ReplyDeleteIla: mmg best, saya suka. tryla, lagipun senang je, bhn2 pun mudah nak dpt :)
ReplyDeleteMappiau: hahahaha, ptg2 mmg selalu lapar, lebih-lebih lagi kalau ujan. makn kek sambil minum teh o. perggghhhh! layannnnn
ReplyDeletewahida: x sure pula. hahahahahaha, kena tanya che mat gebu nie
ReplyDeletesuraya: segan nak bg kak fatin rasa, sbb akak lg sifu! hahahaha
ReplyDelete