Sunday, 14 November 2010

kek karamel

Sudah berminggu-minggu saya membelek-belek resepi kek karamel di page kongsi resepi. Nak buat bimbang tidak menjadi. Akhirnya hari jumaat yang lepas saya cekalkan hati untuk mencuba membuat kek karamel ini.

Tengok bahan-bahan yang digunakan tidak la susah nak dapat. Cuma cara nak buatnya saja ada step A hingga D. Adoii pening-pening.

Saya copy dan pastekan resepinya di sini. Resepi asal boleh dilihat di SINI

saiz 7x7

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...

Inilah rupa kek karamel yang telah siap diletakkan di dalam acuan. Tunggu masa untuk membakar sahaja.



Apabila kek siap dibakar, hati saya sudah berdegup degap, bimbang karamelnya tidak menjadi. Oleh sebab itu, saya biarkan kek tersebut sejuk dahulu baru terbalikkan. Alhamdulilah. Kek karamel saya menjadi.

Inilah rupa kek karamel yang siap diterbalikkan.



Sepatutnya kene sejukkan dahulu dalam peti sejuk sebelum dimakan. Namun kerana tak sabar nak rasa, saya potong juga kek tu. hehehehe...Memang sedap!



Rugi kalau tak mencuba. Terima kasih Kongsi Resepi FB dan kak munira kerana berkongsi resepi yang sedap ini

selamat mencuba!

8 comments:

  1. Nak resepi boleh? Cantiklah kek ni..nak! nak!

    ReplyDelete
  2. cantiknya ^__^..marbeles tul tgk kek ni..tingin nk buat, tp takut tak secantik ni huhu

    ReplyDelete
  3. amboi...cantiknya kek tu. mabeles la ida...kalau akak buat boleh tak jd secantik kek ida? hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya...akak copy resepinya yer...marbeleslah ida...tahniah...

    ReplyDelete
  5. Rizzilea: sy amik resepi ni kat FB kongsi resepi discussion. try la bukak. rugi tak cuba, mmg sedap!

    syariza: try la dear. insyaallah menjadi. tapi masa buat tue mmg dup dap dup dap la. takut tak menjadi..huhuhuh

    ReplyDelete
  6. kak fiza: insyaallah menjadi: entah2 lagi cantik dari yang saya buat nie ;)

    kak fatin: tq, copy la. nanti kalu dah buat jgn lupa upload gambar yea :)

    ReplyDelete
  7. norashamilajamaluddinMay 28, 2011 8:38 pm

    mmg x de yer resepi tuk kek karamel ni???

    ReplyDelete
  8. norashamilajamaluddin: saya masukkan resepi ya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...