Wednesday 29 September 2010

muffin pisang choc chip + strawberi

Asyik-asyik muffin, asyik-asyik muffin! Tak borink ke? Jawapannya sudah semestinya TIDAKKKKKKKKK!!!!

Sebaik pulang dari kerja tadi dalam hati sudah berazam tidak mahu makan malam nanti. Tapi sebaik sampai di rumah terlihat pisang berangan emas sedang masak ranum. LAntas terus terfikir untuk membuat muffin lagi.

Jom lihat resepinya

Bahan A
1 cawan tepung bluekey
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
shoc chip (ikut suka banyak mana)

Bahan B
3 biji pisang berangan emas bersaiz sederhana
1/4 cawan minyak sayuran
1 biji telur
1/4 cawan gula perang
sedikit esen vanila

Bahan Hiasan
Whipping cream
strawberi

Cara membuatnya

1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan kacau rata.
2. Dalam mangkuk yang berasingan masukkan bahan B dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian satukan ke semua bahan tadi dan masukkan ke dalam loyang atau papercup. (Tadi saya tak guna paper cup)just masukkan terus ke dalam loyang acuan.
4. isikan sebanyak 3/4 adunan ke dalam acuan atau papercup.
5. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu sekitar 170'-180'. (Boleh juga cucuk dengan lidi(jika licin memang dah masakla tu)
6. hiaskan dengan whipping cream + strawberi
* resepi di atas untuk 11 biji muffin (berbeza mengikut size papercup atau acuan loyang)


Sedia untuk dibakar

Sangat seronok apabila menunggu muffin masak. sekejap-sekejap datang tengok. Bukan apa teruja apabila melihat muffin sedang naik dengan gebunya.


muffin yang telah siap dimasak

Apabila telah masak, keluarkan dari acuan dan sejukkan di atas jaringan.

Kemudiankan, hiaskan dengan whipping cream dan dua biji strawberi

hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V



tadaaaaaaaaaa!!

Jemput makan :)


7 comments:

  1. hehehheh, demam mufin....mesti sedappp tuuu

    ReplyDelete
  2. wah..semakin lama semakin rajin kamu ni..hihi..nampak sedap!!

    ReplyDelete
  3. sha: hahahahaha.. i rajin bersebab tu..nak tau kenapa? tunggu next entry ya ;)

    ReplyDelete
  4. munies: nyummy! nyummmy! jemput makan :P

    ReplyDelete
  5. kak diey: ehehehehe...asyik demam pasal makan je. lps ni demam kek choc pulak :P

    ReplyDelete
  6. ya ampun menyelerakan btul!!nyum nyum nyum..sedap nyer walaupun skadar tgk jek.heheheeh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...