Thursday 12 November 2009

Puri Labu

Susah juga memikirkan ape yang hendak disajikan untuk si manja. kali ini aku ingin berkongsi resepi puri labu yang menjadi kegemaran Zarin semasa berumur 7-10 bulan.

Bahan-Bahan
1/4 biji labu
1-2oz EBM


Cara menyediakan
1. Kupas labu dan cuci sehingga bersih.
2. Potong nipis atau dadukan supaya labu cepat empuk
3. Rebus labu tersebut sehingga empuk.
4. Setelah empuk toskan.
5. Kemudian, kisar halus. Sekiranya telalu pekat, masukkan sedikit air rebusan labu tadi.
6. Untuk dihidangkan kepada si manja, Campurkan 1-2 oz EBM ke dalam puri labu tadi mengikut kepekatan yang diinginkan.



Siaaaaappppp!!!!

Zarin memang suka puri labu ini. Ada juga pendapat yang mengatakan makan labu boleh menyebabkan angin atau kembung. Tetapi sepanjang Zarin menikmati puri ini, tidak pernah pula dia kembung. Mungkin bergantung kepada ketahanan perut bayi, kerana tidak semua bayi sama. Apepun Selamat mencuba!


tanx mama...Zarin suka!

2 comments:

  1. berselera betul zarin makan puri labu tu..cedap ye zarin? ehehe

    nanti nak cubalah tuk kira

    ReplyDelete
  2. memang sedap wina...kalau tak campur EBM, mama tolong habiskan...hihihihi...

    haa...memang boleh cuba nanti..Kira tentu suka!...nyummmy..nyummy.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...