Bahan-bahan
1. 1-2 biji kentang.(bergantung kepada saiz kentang, kalau besar sebiji, kalau kecil 2 biji)
2. sedikit mentega@olive oil@madu
3. Air.
Cara penyediaan.
1. Cuci kentang sehingga bersih dan kupas kulitnya. Selepas dikupas, cuci sekali lagi.
2. Potong nipis-nipis atau dadukan supaya cepat empuk.
3. Kemudian rebus kentang bersama air sehingga empuk.
4. Apabila kentang telah empuk,toskan. (Air rebusan kentang jangan dibuang)
5. Setelah kentang suam-suam, Blendkan bersama-sama sedikit mentega@olive oil@madu (pilih salah satu) dan campurkan air rebusan mengikut kepekatan yang diinginkan.
SIAPPPPP! dan sedia untuk dihidangkan kepada si manja tersayang!
Kentang yang telah empuk diblend
Siap untuk dinikmati oleh si manja.
*Note : Madu hanya dicampurkan apabila zarin telah berusia setahun. Rasanya yang manis menyebabkan mashed potato terasa seperti keledek. Mentega dan olive oil pula dicampurkan ketika zarin berusia 8 bulan. Ketika 6 bulan, hanya kentang dan air sahaja.
comot-comot Zarin makan
sehingga menjilat sudu...nyummmy!
Cepat dan mudah untuk menyediakan makanan untuk Zarin. Selain menjimatkan, ia juga berkhasiat! nyummm..nyummmm...