Tuesday, 31 July 2012

Pau kacang merah

Sebenanrnya dah agak lama saya buat kuih pau ini, tapi terlupa nak entrikan. Ingatkan hari ni nak updatekan resepi lauk-pauk, tapi lupa pula letak kat mana memori kad, dah tak boleh nak transfer gambar. :(

Sebenarnya tak susah sangat pun nak buat kuih pau ni. Saya ambil resepi dari blog Che Mat Gebu. Rasa paunya sangat sedap dan gebu gebas gitu :)

Jom lihat resepinya :)


BAHAN DOH PAU :-)
500 gram tepung pau (boleh beli dipasaraya dan kedai2 runcit)
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast

INTI:
Saya gunakan Kacang merah segera

UNTUK DOH :-
Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal.

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.

UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :-

Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

Untuk kuih pau yang saya buat ini, saya hanya uli menggunakan tangan. Memang lenguh juga dan boleh naik muscle gitu. nampaknya selepas ini kena cari BM lah satu!

Memang berbaloi-baloi sangat buat pau ni. Memamg lembut dan gebu you!

Resepi asal boleh lihat DI SINI

Wednesday, 25 July 2012

Gulai Terung

Setiap hari jenuh berfikir, apa menu yang nak dimasak sewaktu berbuka nanti. Mulalah terbayangkan pelbagai jenis lauk-pauk yang sedap-sedap. Memandangkan kesihatan saya sekarang dah tak berapa lalu nak makan ikan, jadi terpaksalah cari alternatif lain untuk memasak ketika berbuka.

Fikir punya fikir, terus lauk-pauk yang ummi saya selalu masak menjadi pilihan hati. lantas terus menghubungi chef saya di kampung. Dan semalam terhasillah gulai terung. Super duper yummy!


Sebenarnya taklah susah sangat nak masak gulai ni. Jom lihat resepinya :)

Bahan-bahan

*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
Rempah 4 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih)
1 paket rempah kari baba’s (Cap lain pun ok)
1 kotak santan
4-5 biji terung bulat dipotong 2
  ½ cawan air
2 sudu besar cili mesin
Sedikit nisan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kisarkan bahan yang bertanda *. Kemudian bahgikan kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk ditumis dan satu bahgian lagi dicampurkan dalam rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.


Cara membuatnya.

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Selepas itu masukkan 2 sudu cili mesin dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh tadi dan kacau tunggu sehingga rempah tersebut masak dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air dan juga santan. Apabila telah menggelegak, masukkan terung. Kacau sekali sekala, apabila terung hampir masak, masukkan rempah 4 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih).
 3. Masukkan nisan dan juga garam secukup rasa. Apabila terung telah masak dan kuah menjadi pekat, tutup api dan bolehlah dihidangkan.


Serius, memang berselera sungguh saya makan semalam. Gulai terung ini saya kpadankan dengan lauk ayam goreng dan juga ikan pekasam, perggghhh! Memang sedap siap bertambah lagi. Tambahan pula ada budu, memang maveles!

Psstt: lauk yang cepat dimasak beginilah perlu saya fikirkan setiap hari. Sampai rumah dah pukul 6, hanya ada masa lebih 1 jam 30 minit untuk menyediakan hidangan. Bukan tak nak beli, dalam keadaan kesihatan sekarang, saya lebih sukakan lauk yang dimasak sendiri. Lebih terjamin dari segala segi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...