Wednesday, 28 December 2011

Fillet Ikan Masam Manis

Hari ini saya ingin berkongsi lauk kegemaran anak saya, Zarin Shah iaitu Fillet ikan masam manis. Cara penyediaan yang cepat dan sangat mudah yang penting sedap :)


Bahan-bahan

untuk ikan
1-2 keping isi ikan dowry sederhana besar (di potong kecil)
1 biji putih telur
sedikit lada sulah
tepung jagung secukupnya
garam

cara membuatnya
1. pukul putih telur bersama garam dan lada sulah dan gaulkan bersama isi ikan yang telah dipotong kecil.
2. Kemudian lumurkan isi ikan tadi dengan tepung jagung.
3. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan serta ketepikan seketika.

Untuk Kuah
1 biji bawang bombay/ bawang besar
2 inci halia dipotong memanjang
3 ulas bawang putih
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap manis/pekat
1 sudu makan cuka
sedikit daun bawang
sedikit daun sup
garam dan gula

cara membuatnya
1. Panaskan sedikit minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang bombay/bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan cuka, sos tiram, sos tomato, kicap cair, kicap manis/pekat, garam dan gula secukupnya.
3. kacau sebati dan masukkan sedikit air dan biarkan kuah menjadi pekat.
4. Selepas itu,tutup api dan masukkan fillet ikan yang telah digoreng dan gaul sehingga sebati.
5. Masukkan ke dalam pinggan dan hiaskan dengan daun bawang dan daun sup, siap!


Sangat sedap dimakan semasa panas-panas. Selamat mencuba :)

Tuesday, 27 December 2011

ALMOND DONUT STICK

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi mudah iaitu, almond donut stick. Ambil resepi ni kat FB, tapi dah tak ingat siapa pemiliknya.


Bahan-bahan ( 4-5 orang )
• 1 biji telur
• 40g gula perang
• 60ml susu segar
• 25g mentega dicairkan
• 220g tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 30g almond dice. (dibakar sekejap agak2)
• coklat masakan secukupnya
• cinnamon powder + sugar secukupnya (optional)


Cara-cara
1. pukul telur dan gula sehingga kembang.
2. masukkan susu segar dan mentega...kacau.
3. masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak dan juga almond dice. uli sehingga jadi doh.
4. letakkan doh ke atas plastic wrap. wrapping dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5 canai doh yg masih dalam plastic tu lebih kurang 1 cm. dan potong memanjang.
6 ambik satu sticks dan putar sikit. cam pusing2kan dia.
7. goreng dengan minyak panas sehingga perang.
8. bila dah siap boleh gaul donut dengan cinnamon sugar ataupun cicah coklat panas. coklat masakan boleh dicairkan sama ada dengan kaedah double boiler atau microwave.


Sangat sedap dihidangkan sebagai sarapan pagi dan minum petang. selamat mencuba :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...