Tuesday, 12 April 2011

Strawberi cheesecake mengancam

Sudah berhari-hari juga saya meneliti resepi strawberi cheesecake di blog Kak Nor dan juga Kak Zai. Akhirnya, dengan lebihan cream cheese yang ada hasil daripada membuat strawberi tiramisu, maka saya pun terus membuat cheese cake. Dan ini merupakan cubaan pertama saya membuat cheese cake tanpa membakar (ada istilah dia, tapi lupa orang panggil apa). Resepi asal strawberi cheese cake ini dapat dilihat di blog Kak Nor dan Kak Zai (bluebery cheesecake).

Bila buka kedua-dua blog ini memang meleleh air liur saya apabila gambar-gambar makanan yang cantik, menarik da bomb dan konfem boleh buat saya angau! Ok, malas nak merepek meraban, jom kita lihat resepi yang telah diubah suai oleh saya hasil daripada resepi Kak Nor dan Kak Zai.


Bahan A (base)

180gm cream cracker Jacob

120gm butter

Bahan B (Cheese)

250gm cream cheese

250ml whipping cream

140gm gula castor

2 sudu besar jus lemon

15 gm gelatin halal - campurkan air dgn gelatin

Atas double boiler dan sejukkan

100 ml air - dan sejukkan selama 5 minit

*Beberapa biji strawberi dipotong halus

Bahan C (Topping)

1 sudu besar gelatin

1/2 cawan strawberry filling

1/3 cawan air

Sedikit buah strawberi utk hiasan


Cara membuatnya:

Bahan A

Cairkan butter, hancurkan biskut cream cracker.

Gaul sebati dan kemudian mampatkan dalam loyang bersize 8”

Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Bahan B.

1. Masukkan gelatin ke dalam air. Panaskan dengan cara double boiler. Kacau hingga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan.

2. Pukul whipping cream sehingga gebu dan pekat.Ketepikan.

3. Dalam mangkuk lain pukul cream cheese, gula castor dan jus lemon hingga adunan menjadi sebati.

4. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.

5. Kemudian tuangkan adunan ini ke dalam bekas yang berisi krim putar tadi dan gaul rata dengan menggunakan whisk.

6. Keluarkan loyang berisi biskut tadi dah curahkan 1/3 adunan cheese kedalamnya, ratakan.

7. Kemudian, taburkan potongan buah strawberi di atas adunan cheese tadi. Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis.

8. Ratakan. Sejukkan dalam peti ais 2 - 3 jam utk proses beku sepenuhnya.

Bahan C

Masukkan gelatin ke dalam 1/3 air dan panaskan dgn kaedah double boiler. Kacau hingga gelatin larut. Kemudian, masukkan ½ strawberi filling dan kacau sebati.

Keluarkan loyang berisi adunan cheese dari peti sejuk dan aturkan buah strawberi ke atasnya. Tuangkan adunan topping dan ratakan. Masukkan kembali dalam peti sejuk.

Bila adunan dah betul2 sejuk boleh lah dipotong dan hidangkan.



Dan ini pula gambar keratan rentas kek yang telah siap dibekukan. Alhamdulilah, penantian 2-3 jam yang menyeksakan itu berakhir apabila melihat kek yang terhasil. Masyaallah. Sedap bangat!!!! Sepanjang saya membaking, saya rasa inilah hasil cheesecake terbaik saya!!! Memang super duper sedap! lepas ni tak payah la ke mana-mana kedai kek lagi untuk membeli cheesecake ni.



Dan tidak ketinggalan, pastilah ada strawberi cheesecake dalam bekas yang comel untuk si manja saya. Mana boleh lupakan budak kecik nie. Bukan apa, senang sikit dia nak makan bila letak dalam bekas kecik ni.



Zarin seperti biasa, menjadi juri yang menilai setiap masakan saya.

"Mama bagus, gud." sambil terus menyuap cheesecake itu.

Suami saya pula penggemar cheesecake, sekali makan memang 2-3 slices la. Sedap katanya. Dan pujian dia yang paling tak tahan

"Bertuah papa, dah la dapat isteri cantik, pandai masak pulak tu, sedapppppp!!!"

kahkahkah, sila jangan muntah yea.

Kembang semangkukla jadinya. Tapi serius, bila saya memasak, setiap pujian yang diberikan oleh orang tersayang seakan membakar semangat untuk saya terus belajar dan belajar lagi. Dan hujung minggu ini sudah pasti cheesecake ini akan dibuat lagi.

Syabas Ida! Selamat menternak lemak :P

Monday, 11 April 2011

strawberi tiramisu yang angau

Minggu lepas saya memang angau tiramisu. Sudahnya setiap hari saya teropong blog Kak Nor Secubit Garam untuk melihat gambar strawberi tiramisunya. Dalam hati sudah berkobar-kobar ingin membuat tiramisu ini. aduhaiiiii, penangan tiramisu. macam orang mengidam pula. Tapi jangan salah faham, saya belum mengidam lagi yea, ekekekekekekeke



Jadi, hari minggu merupakan hari yang paling tepat untuk saya bereksperimen dan mencuba pelbagai resepi. Ok, malas nak berceloteh panjang, Kak Nor, dengan izin saya saya copy dan pastekan resepinya di sini ya. Resepi asal boleh dilihat di SINI




STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)

resipi : Rabiatun



Bahan untuk syrup:(dapat 4 cup spt di atas)

150 g blueberry (strawberry) filling

80ml air suam

2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit

sedikit parutan kulit lemon ~ optional


Bahan2 lain:

250g cream cheese

125g whipped cream

125g whipping cream

50g gula icing~ shiffted

1 peket biskut tiramisu

sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.


Cara:

1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.

2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.

3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.

4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.

5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream ** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt) *** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup




Walllahhhhhhh! Memang angau saya terhadap strawberi tiramisu ini berbaloi-baloi. Memang super duper sedap ok, tak tipu!!!! Bila dah siap semua, baru 10 minit letak dalam peti sejuk, zarin dah ambil satu bekas. "Aiskrim" katanya.


Saya dan suami juga begitu, sorang kelek satu bekas, kejap je dah licin. Memang kami akan repeat lagi untuk buat strawberi tiramisu ini. Mungkin akan ubah kepada blueberry tiramisu pula. Ekekekekekekeke






Memang sangat berpuas hati apabila apa yang kita buat disukai oleh kaum keluarga. Terasa hilang penat dan terasa begitu dihargai apabila pujian tidak lekang dari bibir orang tersayang.


Dan Zarin pula


"Mama bagus, gud!" sambil memeluk saya.


Hehehehehehe, memang minggu lepas kami asyik bercheese sahaja. Sori ye mr. papa, lepas ni mama temankan papa pi gym yea. ekekekekekekekek. apepun terima kasih pada kak Nor kerana berkongsi resepi yang sedap ini :)


pstt, tensen betul dengan setting blogspot nie, asyik lari-lari je. aduhaiiiiii!!!! Kawan-kawan ada mengalami masalah camni tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...