Monday 30 May 2011

Jeli Kelapa Pink Color

Jumaat yang lepas salah satu bahagian di ofis saya membuat jualan amal dan macam-macamlah yang dijual. Ada pakaian, akseori, tudung, buku, majalah, kasut, beg, makanan dan tak terlepas jeli kelapa kegemaran saya. Bila terjumpa kawan-kawan di lif, masing-masing membawa satu plastik jeli, konfem sedaplah tu. Saya pun apalagi terus turun ke tingkat 18, tujuannya nak membeli jeli kelapa. Malangnya jeli kelapa tersebut telah habis dijual. sob-sob.


Saya pun dengan hati yang lara naik balik ke tingkat 21. Lantas terus tangan laju menekan papan kekunci mencari resepi Jeli Kelapa! Saya sememangnya hantu jeli kelapa. Dah lama tak makan, bila teringin tak ada teruslah mencari resepi. Tak dapat beli baik buat sendiri.

Resepi jeli kelapa ini saya ambil di SINI

Dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya, terima kasih :)

Bahan-bahan ( anggaran 15-20 cup (bergantung saiz cup) )

10 gm serbuk agar-agar - yg clear
2 cawan gula pasir - klau nk manis, lebihkan
8 cawan air kelapa - 2 biji kelapa muda
8 cawan air biasa
2 helai daun pandan
Isi kelapa

Cara-cara
1.Campurkan semua bahan, kecuali isi kelapa. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan isi kelapa dalam cup kecil-kecil, ikut suka la nak banyak mana.
3.Kemudian, tuangkan adunan jeli tadi ke dalam cup yang berisi kelapa, sejukkan.
4.Kalau air kelapa banyak, boleh kurangkan air biasa.
5.Akak guna serbuk agar-agar cap burung layang-layang


Saya hanya membuat 1/2 adunan, jadi bahan-bahannya adalah seperti berikut

Bahan-bahan ( anggaran 12 cup (bergantung saiz cup) )
5 gm serbuk agar-agar - saya tersalah beli kolor merah, kehkehkeh
3/4 cawan gula pasir
5 cawan air kelapa pandan - 2 biji kelapa pandan
3 cawan air biasa
1 helai daun pandan
Isi kelapa

Cara buatnya adalah sama dengan resepi di atas tu. Cuma bahannya saja saya kurangkan. Alhamdulilah menjadi,suka sangat lebih sedap dari yang beli kat kedai.


Nampaknya bulan puasa tahun ini pasti setiap hari berbuka dengan jeli kelapa. Bertambah sedap bila guna kelapa pandan, memang wangi sangat-sangat. Suami saya berkata, "color pink ni pun cantik, lain dari yang lain, rasa pun sedap". Tak sia-sia saya tersalah beli serbuk agar-agar itu. hikhikhik

Sunday 29 May 2011

Tomyam Udang

Sawadikap!

Tiba-tiba pulak cakap siam bila masak tomyam. hehehehehehhe. Tomyam merupakan lauk kegemaran saya. Kombinasi tomyam semestinya sambal belacan dan telur dadar, wah terangkat!

Masak tomyam taklah susah mana, yang penting rasanya cukup masam masin dan pedas! Dan ini pula cara saya memasak tomyam


Bahan-bahan

20 ekor udang
2 batang serai
daun limau purut
sebiji tomato dibelah 4
cili padi
Perencah tomyam adabi
cendawan tiram
1 batang carrot
Jus limau nipis
6 biji cili padi
1 inci lengkuas
Daun ketumbar
Bawang besar dibelah empat
3-4 cawan air
garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Didihkan air bersama serai dan lengkuas.
2. Setelah mendidih, masukkan daun limau purut dikuti tomato dan juga bawang besar.
3. Selepas itu masukkan pula perencah tomyam adabi. Kacau sehingga sebati.
4. Apabila mendidih, masukkan udang, cendawan, cili padi dan juga caroot. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan perahan jus limau nipis.
5. Taburkan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan.



Kalau makan tomyam konfem kena hirup kuah, baru best. Jemput makan :)

Saturday 28 May 2011

Sambal belacan

Sambal belacan begitu sinonim sekali dengan masyarakat kita. Rasa tak lengkap pula makan nasi tanpa sambal belacan kan? sambal belacan boleh dianggap sebagai pembuka selera. Kalau saya, dapat sambal belacan dengan ikan goreng pun dah bertambah nasi. Hehehe.

Seorang kawan saya Ejan Sara,

"sup mmg sedap..sara suke sgt!! sambal belacan xpndai buat, cube ajar sket.."

Kebetulan hari ini saya menumbuk sambal, jadinya saya tempekkan resepinya di sini,


Bahan-bahan
2 biji cili merah (dipotong)
6 biji cili padi (dipotong)
1/2-1 inci belacan
2 biji limau kasturi
sedikit gula
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara mebuatnya:
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan belacan, cili merah dan cili padi yang telah dipotong. Goreng seketika sehingga hampir layu kemudian tutup api.
2. Dalam lesung batu masukkan sedikit garam dan gula serta cili dan belacan yang telah digoreng tadi. Kemudian tumbuk hingga lumat.
3. Apabila telah lumat, perahkan limau kasturi, kemudian masukkan sedikit kulit limau kasturi yang telah dihiris halus. Selepas itu, gelek-gelekkan alu lesung sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan.


Mudah kan? Untuk makluman, belacan boleh ditambah ataupun dikurangkan mengikut citarasa masing-masing. Namun jika ada dikalangan kita yang menghidap resdung, eloklah dikurangkan kuantitinya. Bukan apa, tak pasal-pasal gatal nanti.

*cili digoreng terlebih dahulu untuk mengelakkan sakit perut dan menghilangkan bau maung cili.

Friday 27 May 2011

Tembikai laici

Tembikai laici merupakan minuman kegemaran saya. Namun tidak semua kedai sedap. Hanya dua tempat yang wajib saya order air ini jika berkunjung iaitu Delicious dan Satay Station. Air tembikai laicinya sungguh maveles!

Baru-baru ini keluarga kakak ipar berkunjung ke rumah, lantas saya menyediakan hidangan makan malam bersama-sama air tembikai laici. Sekali sekala mencipta kelainan memandangkan rumah saya jarang membeli kordial selain daripada ribena dan kiwi. Mungkin juga kami lebih suka minum air masak.



Mudah saja untuk membuat tembikai laici ini.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah

1/2 biji tembikai
1 tin buah laici
sedikit aiskrim soda
ais ketul

Cara membuatnya

1. Potong tembikai dan blendkan hingga hancur.
2. Kemudian campurkan satu tin laici dan sedikit aiskrim soda dan ais ketul, kacau sebati. Siap untuk dihidangkan.

*Untuk lebih sedap, blendkan sekali tembikai dan ais ketul.  Tetapi saya tidak buat cara ini kerana tidak mahu terlalu sejuk. Tidak perlu masukkan gula kerana sirap laici dan manis.

Sangat sedap diminum ketika kehausan, aaaah, nyaman dan menyegarkan!

Thursday 26 May 2011

Apam Steam Yogurt

Hari ini akhirnya saya berjaya membuat apam steam yogurt setelah hampir seminggu tertangguh gara-gara gas habis. Bila dah tertangguh, mood untuk membuat apam terus terbantut. Memandangkan malam ini tatau nak makan apa, jadi saya pun mulalah menyetim apam. heheheheheh


Resepi apam steam ypgurt ini saya ambil daripada blog Izah. Dengan izin, saya copy dan pastekan resepinya disini ya :) Saya hanya membuat 1/2 adunan sahaja, teringin nak rasa. Resepi asal boleh dilihat di SINI.

YOGURT STEAMED CUPCAKES
sumber: kak Rima , Anna, kak Nor

Bahan-bahan
2 cawan gula castor *kurangkan
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat

Cara-cara :

1. Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
2.Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) &; campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
3.Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
4.Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
5. Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup..
**Pes coklat &; serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan..cth : jem/filling..&; pewarna kesukaan**

**KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, &; PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..**

**Penutup kukusan tu Ana tak balut dengan towel pun, tapi pastikan, masa nak buka penutup, air tidak menitik ke atas kuih, nak lebih selamat, balutle dengan towel kan..**

Terima kasih Izah untuk resepi apam ini :)


Sementara menunggu apam dikukus, hati saya mula risau. Bukan apa, risau jika apam saya tidak menyengeh macam orang lain punya. Tapi alhamdulilah hampir kesemua apam tersebut menyengeh. Namun ada juga satu dua biji yang ala-ala senyum kambing. heheheheh


Ada 3 biji apam saya buatkan dalam bekas yang lebih besar dan saya letakkan peanut butter ditengahnya. Sedap juga. Next time kalau buat lagi nak letak peanut butterlah :) Pada pandangan saya, rasa apam yogurt ini seakan sama rasanya dengan apam polka dot, tetapi lebih lembut. Tapi tak pastilah orang lain macam mana.

Wednesday 25 May 2011

Bawal Masam Manis

Semalam saya pening memikirkan lauk apa yang perlu dimasak. Apabila ke kedai basah, yang ada hanya ikan bawal yang nampak segar, ikan-ikan lain kebanyakannya mata merah dan terkeluar perut. Adussss. Saya pun dengan berat hatinya membeli dua ekor ikan bawal tersebut. Dalam kepala duk terfikir, "aku nak masak apa ikan bawal ni?"

Jujurnya, inilah kali pertama saya ingin memasak ikan bawal. Bila difikir-fikir, tingggg!! tiba-tiba idea pun datang, "masak masam manis sajalah, sama macam masak ikan siakap, cumanya kali ini tukarkan saja dengan ikan bawal."


Dan inilah cara saya memasak ikan bawal masam manis ini.

Bahan-bahan
2 ekor ikan bawal
6 biji cili kering (dikisar lumat (berasingan))
4 ulas bawang merah (dikisar)*
3 ulas bawang putih (dikisar)*
1 inci halia (dikisar)*
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1/2 sudu sos tiram
1 biji tomato di potong dadu
1 biji bawang besar dipotong bulat
sedikit gula
sedikit bawang
minyak untuk menumis
air secukupnya

note:bahan yang bertanda * dikisar bersama

Cara membuatnya:

1. Goreng ikan bawal, kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan bahan bertanda*. Tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan air, sos tiram, sos tomato, dan sos cili. Kacau sehingga sebati. Apabila kuah telah mendidih dan pekat, masukkan garam dan juga gula secukup rasa.
4. Selepas itu masukkan tomato dan juga bawang besar kacau seketika. Apabila hampir masak bolehlah tutupkan api.
5. Masukkan 2 ekor ikan bawal ke dalam bekas, dan tuangkan kuah tadi ke atasnya. Kemudian taburkan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan. Sedia untuk dinikmati.


Sangat sedap dihidangkan bersama nasi panas-panas. Yang kelakarnya saya ingatkan 2 ekor ikan bawal ni tidak cukup untuk kami berdua memandangkan sizenya tidaklah sebesar mana dan berbentuk leper. Tapi jangkaan saya meleset, rupa-rupanya tak habis. Barulah saya tahu sebenarnya walaupun ikan bawal ni nampak leper, tetapi isinya sangat tebal dan mengenyangkan. Tinggal lagi setengah ekor, sayanglah kalau nak buang. Keesokannya saya bawal bekal ikan bawal masam manis ke ofis, jimat belanja :)

Tuesday 24 May 2011

Mango Panna Cotta

Pertama kali saya mendengar Panna Cotta, saya terfikir, apa sebenarnya panna cota ini. Yelah Tak pernah dengar kan. Itupun tahu ada masakan nama Panna Sota setelah melihat resepi Mango Panna Cotta di blog Kak Nor.

Bila dah tengok banyak kali mulalah angau nak buat, bukan apa teringin nak tahu bagaimana rasa Mango Panna Cotta ini.


Kak Nor, dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya :). Resepi asal boleh dilihat di SINI

MANGO PANNA COTTA by Gert


Ingredient:


7 grm gelatin (1 packet) + 3 tbsp of water
2 ½ cups full cream milk
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla
1 ripe mango – cut into small cubes or puree


1. Mix the gelatin and water together and set it aside to bloom.
2. Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan.
3. Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved.
4. Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree.


Memandangkan saya buat malam semalam, dan memerlukan disimpan di dalam peti, sudahnya balik kerja petang tadi baru saya dapat merasakan keenakan Mango Panna Cotta ini. Sampi dirumah terus saya blendkan mangga menjadi puree. Kemudian simpan semula di dalam peti sejuk 15 minit baru dapat menikmatinya.



Jika ditanya, saya tidak dapat menggambarkan dan menberikan penjelasan bagaimana rasa Mango Panna Cotta ini. Nak kata puding tak juga, nak kata dadih pun tak juga. Kalau nak tahu bagaimana rasanya, jangan lupa untuk mencuba sendiri resepi ini. Yang pasti sedap dan nyaman je tekak bila melalui kerongkong di tambah dengan cuaca yang panas sekarang ini, aaaaaahhhhhh!!!!



Apepun terima kasih Kak Nor kerana berkongsi resepi yang sedap ini. Lepas ni nak try guna buah-buahan yang lain pula.

Untuk makluman, saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Panna Cotta yang diambil daripada wikipedia ;

"Panna cotta (from Italian cooked cream) is an Italian dessert made by simmering together cream, milk and sugar, mixing this with gelatin, and letting it cool until set. It is generally from the Northern Italian region of Piemonte, although it is eaten all over Italy, where it is served with wild berries, caramel, chocolate sauce or fruit coulis. It is not known exactly how or when this dessert came to be, but some theories suggest that cream, for which mountainous Northern Italy is famous, was historically eaten plain or sweetened with fruit or hazelnuts. Earlier recipes for the dish used boiled fish bones in place of gelatin; sugar, later a main ingredient, would not have been widely available as it was an expensive imported commodity. After years this treat evolved into what is now a gelatin dessert, flavored with vanilla and topped with fruit or spices, and served chilled.Somewhat similar versions of this dish are found in Greece, France and Finland."

Sunday 22 May 2011

Sup ayam

Sup merupakan lauk kegemaran saya. Bukan saja sup, malah semua jenis masakan yang kuah cair-cair saya suka. Walaupun agak berbeza dengan suami yang lebih sukakan kari, tetapi bila isteri yang masak, sup pun suplah!

Bila ada anak kecil, pasti saya mencari menu-menu yang semua boleh makan. Tak perlu masak dua tiga kali. Takkan hari-hari Zarin nak makan ayam goreng, dah jadi macam upin-ipin lah pulak nanti. kihkihkihkih.


Masak sup sebenarnya sangat mudah. Akan tetapi lain orang lain caranya walaupun kadang-kadang hampir sama. Dan ini pula resepi sup ayam cara saya

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (potong kecil)
3 ulas bawang merah (ditumbuh)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 cawan air
1 inci halia (ditumbuk)
1 rempah sup bunjut adabi
1/2 sudu teh kiub ayam
1 biji tomato
2 biji ubi kentang
sedikit minyak menumis
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Tumiskan semua bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam kacau sebati.Biarkan seketika.
2. Masukkan 3 cawan air (kalau nak kuah lebih boleh masukkan lebih banyak air),1/2 sudu teh kiub ayam, sup bunjut adabi dan ubi kentang dan biarkan mendidih
3. Apabila ubi kentang telah empuk, masukkan garam dan juga tomato,kacau sebati dan kemudian tutup api.

Untuk hiasan
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Cili padi  (dipotong kecil)
limau nipis

Taburkan kesemua bahan hiasan tadi dan perahkan limau nipis ke dalam sup dan sedia untuk dihidangkan.


Sup ayam sangat sedap dihidangkan panas-panas, tidak ketinggalan sambal belacan. Terasa tak lengkap jika hidangkan sup tanpa sambal belacan.

Jemput makan :)

Pastry pokok duit (sosej)

Saya memang sukakan puff, sebelum ini selalu beli puff sardin dan tuna. Tapi baru-baru ini saya terjumpa satu resepi daripada Cik Mat Gebu iaitu Pastry pokok duit. Wah! nampak macam menarik dan menyelerakan. Kemudian saya ke cold storage untuk mencari pastri jenama KAWAN itu.

Cik Mat, dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya :)

Puff yang telah siap dibakar

BAHAN-BAHANNYA :
10 batang sosej ayamas (atau pilihan anda, mat ada 6 saja)
10 keping puff pastry jenama KAWAN, bersaiz 4 inci x 4 inci
Kuning telur untuk disapu
Serbuk lada hitam yang baru dikisar
Sos pilihan untuk mencicih

CARA MEMBUATNYA :
1.Puff pastry dibiarkan lembut sedikit, tabur tepung atas meja kerja, ambil sebatang sosej dan ukur dengan puff pastry tadi, canai sedikit puff pastry sehingga sama panjang dengan sosej. Letak sosej di tengah-tengah puff pastry dan lipat dua, kemas kan hujung puff pastry seperti dalam gambar.
2.Kerat hinnga putus sosej yang bersalut dengan puff pastry tadi sebanyak lapan bahagian sama besar. Kemudian tolak kan satu potongan ke kanan, dan satu lagi ke kiri, buat kaedah sama untuk potongan yang lain sehingga mendapat bentuk seperti dalam gambar.
3. Buat hingga semua siap dan susun atas dulang pembakar. Sapu sedikit kuning telur dan jika suka boleh tabur sedikit lada hitam. Bakar pada suhu 200C selama 20 - 25 minit, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan bersama sos kegemaran.

Untuk melihat step by step cara membuat puff pokok duit ini bolehlah ke DAPUR TANPA SEMPADAN.

Terima kasih cik mat untuk resepi yang cepat, mudah dan sedap ini.

 Puff yang telah diletakkan mayonis dan sos cili, dan sedia untuk dimakan

Alhamdulillah menjadi. Namun saya tersalah potong sosej kepada 10 bahagian. Jadinya puff pokok duit saya buat ini sedikit panjang. hahahahahhaha. Tapi serius sangat sedap. Di masa akan datang, saya tak perlu risau lagi jika ada tetamu yang bertandang ke rumah. Sebelum mereka sampai sempat jugalah saya membuat puff ini untuk dihidangkan.

Nampak gayanya pastri jenama KAWAN ini akan sentiasa ada stok di dalam peti. lalalallalalalala

Thursday 19 May 2011

Apam polka dot

Sudah lama saya ingin mencuba apam polkadot. Tetapi selalu saja ada halangan. Sudahnya hari minggu yang lalu barulah saya berkesempatan untuk membuatnya.

Resepi apam polka dot ini saya ambil daripada myresepi.com. Dengan izin saya copy dan pastekan di sini ya.


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus (saya hanya guna 180 gram)
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa (saya guna coklat ganache)
pewarna

Cara membuatnya

1. masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
3. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
4. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
5. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Memang sangat sedap apam polkadot ini. Sayangnya saya tidak terjumpa papercup size medium, Sudahnya saya gunakan papercup muffin. Memang besar gedabaklah jadinya. Kalau ikutkan resepi dapat 50 biji, tetapi saya buat hanya dapat 20 biji. Apam polka dot gergasi katakan. hahaha

Insyaallah saya akan buat lagi nanti. Cuma saya perlu belajar buat dot-dot tu, biar cantik dan kemas. Bila saya selidik-selidik rupanya papercup size M tu ialah papaercup yang digunakan untuk membuat almond london. Patutlah comel-comel.

Wednesday 18 May 2011

Agar-agar santan

Agar-agar santan merupakan kegemaran saya dari dulu hingga sekarang. Tambah syok bila dimakan pada waktu berbuka di bulan puasa. Oh, nyaman je masuk tekak.

Baru-baru ini saya sempat membuat agar-agar santan ini. Sebenarnya tak rancang pun nak buat. Tapi memandangkan saya teringin nak makan pulut durian, jadi santan yang berlebihan itu saya gunakan untuk membuat agar-agar santan daripada dibuang begitu sahaja. Kelapa pun mahal sekarang, jadi kena mengkreatif diri bagi meminimunkan pembaziran. Tambahan pula membazir itu amalan syaitan, tak mau! tak mau! tak mau!




Untuk zarin sudah semestinya ada dan saya letakkan di dalam acuan mickey mouse. Tersangatlah sayang nak makan sebab terlampau cute telinga capangnya itu.



Untuk saya pula diletakkan dalam acuan bunga! Kali ini malas nak letak dalam caserol, jadi saya letakkan dalam acuan kecik-kecik supaya mudah untuk dinikmati. Kalau ada potluck baru boleh letak dalam caserol. hikhikhikhik



Dan yang bulat ini pula untuk suami. Eh, eh, bukan saya menyindir kata dia bulat tau, (suami saya tetap maintain), tetapi acuan bunga dan tak muat, so kena masukkan dalam acuan bulat ini.

Resepi agar-agar santan ini boleh dilihat DI SINI. Cumanya kali ini gula merah yang dibeli tidak memberikan kesan warna yang mengujakan hati saya. Sudahnya saya masukkan pandan paste supaya menjadi hijau. sayangnya bila dan bercampur kedua-dua warna tersebut maka terhasillah agar-agar santan itu. Hentam sajalah, yang penting SEDAP!

Selamat mencuba :)

Wednesday 11 May 2011

cheesecake oh cheesecake

Petang-petang camni mulalah banyak syaitan bertenggek tepi mata, mulalah mata rasa berat je, ditambah pula dengan aircond ditahap beku memang seronoklah melayan mata yang hampir tertutup ala-ala garfield nie.

Apa kata segarkan mata dengan melihat gambar-gambar cheesecake ini. Nyum-nyum










Jemput makan yea :)

psttt: arini teringin nak makan durian udang merah. Harap adalah durian tu, boleh masak pulut durian nanti, lalalalalalalalalala (saya suka menternak lemak!)

Tuesday 10 May 2011

Apple pie dan strawberi

Hok aloh, asyik duk tayang gamba makanan dan masakan dia saje!:P Tak apalah, alang-alang dah rajinkan, seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya masih dalam proses belajar dan seronok untuk mencuba sesuatu masakan. So sila jangan menyampah yea!

Memasak ini pun ada turun naiknya, jika rajin memang terhasillah macam-macam hidangan, tetapi jika penyakit M datang memang tak berasaplah dapur jawabnya!

Okeylah malas nak membebel, hujung minggu yang lalu saya mencuba pula resepi apple pie yang diambil daripada Dapur Tanpa Sempadan ( Cik Mat gebu)

Deco apple pie yang ala-ala main masak-masak kata suami saya. kihkihkih. I tak berseni okey!


Dengan izin ya Cik mat, saya copy dan pastekan resepinya di sini. Resepi asal boleh dilihat DI SINI ya :)

BAHAN PASTRI :-)
200 g tepung halus (guna tepung gandum pun boleh)
80 g mentega @ margerine
1/2 camca teh esen vanilla
50 ml air ais (kurang lebih)

BAHAN INTI :-)
2 biji epal merah (nak guna epal hijau pun ok)
1/4 cawan dried cranberries (saya ganti dengan strawberi), contoh dibawah (boleh ganti dengan kismis)
1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)- saya tak ada yang gula ini, saya gantikan dengan gula halus
1 camca besar mentega
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
3/4 camca besar tepung jagung

1 kuning telur, untuk disapu atas pie


Keratan rentas Apple pie

CARA MEMBUATNYA :-)

1.UNTUK PASTRI :- Masukkan tepung dalam satu bekas. Campurkan mentega dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tambah air sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam. Tak usah bimbang jika air tak habis digunakan.

2.UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Tambah cranberries (atau kismis), kacau rata. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk.

3.UNTUK PIE EPAL & CRANBERRIES (sy gantikan dengan kismis dan starwberi) :- Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm. Alihkan ke dalam tin tart berdimeter 6 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya. Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihannya. Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu. Hias dengan lebihan doh mengikut kreativiti masing2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong.


Sepotong apple pie untuk hidangan minum petang :)


Saya dan suami sangat menggemari apple pie ini. Sayangnya si kecik Zarin tidak menggemarinya. Katanya "masam". Huhuhuhhuhuhu.

Tak apalah Zarin, nanti mama godek2 resepi yang sesuai untuk umur Zarin ya :)

Apepun terima kasih pada tuan empunya resepi :), lepas ni tak payah lagi nak beli apple pie kat McD, buat sendiri je, puas makan!


Pssst: Harga gula dah naik kena kurangkankan aktiviti membaking. muahahahahahahaha

Monday 9 May 2011

chocolate cream puff

Masih lagi dalam mood masak-masak dan resepi. Mama tengah perasan jadi Nigella Bites! kihkihkihkih. Owh sungguh teringin nak ada dapur seperti beliau, macam-macam ada!

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk cuba membuat cream puff. Percubaan pertama yang berjaya dan mendapat pujian, alhamdulilah. Jangan tak percaya, setiap kali saya ingin membaking, pasti saya akan cari resepi yang paling minima penggunaan telur. Tak tau la kenapa, mungkin juga saya tak suka bau telur yang hanyir kot.



Cream puff yang sedang disejukkan di atas jaringan


Rupa-rupanya taklah susah sangat nak buat cream puff ni. Resepi ini di ambil daripada My Resepi.com. Saya copy dan pastekan resepinya di sini. resepi asala lihat DI SINI
Bahan-bahan ( 10 biji )100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)
Cara-cara1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
6.Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan menggunakan nozel bulat. Pipe kan ke atas dulang. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik
8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

*UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.
untuk creamnya saya gantikan dengan chocolate cream.
200ml whipping cream
100ml coklat ganache
Sedikit gula icing.

Kesemua bahan tapi dipukul sehingga gebu.


Jempu makan :)


Dan inilah rupa chocolate cream puff yang dibuat. Hehehe, buruk sikit rupanya coz tak reti nak bentuk, senget benget dan muncung pulak. kahkahkahkah. Ikut resepi dapat sepuluh, saya buat dapat 13 biji.

Chocolate cream tadi saya simpankan dalam peti sejuk, bila nak makan baru saya picitkan ke dalam cream puff tu. Kemudian saya taburkan gula icing, rasanya sebijik seperti cream puff kat Beard Papa! Cumanya cream puff saya ini tak sempat nak ber'beard'. Masih baby lagi. kihkihkih!

Zarin kata Aiskrim! hehehehehehe

Insyaallah akan cuba buat lagi, perlu improvekan cara nak membentuk.

fruit pastry cake

Cuti 1 Mei, sempat jugalah menjengah ke dapur untuk membuat fruit pastry cake. Sebenarnya tak terancang pun nak buat kek nie. Namun apabila kami ke tesco, Zarin telah mengambil satu tin buah peach dan beriya-riya nak makan. Sudahnya terpaksalah beli dari meraung tak tentu fasalkan?


Sampai di rumah seperti biasa, langsung tak diusiknya buah peach tu. Akhirnya saya pun mencari-carilah resepi yang sesuai dengan buah peach nie.


fruit pastry cake yang siap dibakar, tunggu untuk dibedah siasat :p


Okeylah, tak nak berceloteh panjang, resepi ini saya ambil daripada blog Kak Nor Secubit Garam. Kak Nor dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya :). Resepi asal boleh dilihat DI SINI
FRUIT PASTRY CAKE
souce: Gert
source : K.Nor@SecubitGaram


Ingredients :
113g/1 stick butter, at room temperature
1 cup castor sugar ~ K.Nor letak 180gm
50g sour cream ~ K.Nor gantikan dgn yogurt plain
1 teaspoon pure vanilla extract ~ esen vanila
Pinch of salt
1 teaspoon orange zest
3 large eggs, at room temperature
210g plain flour
1 teaspoon baking powder
500g fresh fruits (I usestrawberries, handful of blueberries, mandarin orange and canned peach slices)


* Place cuts fruits in a strainer and sprinkle with 2 tbsp of sugar
* Pre-heat oven to 350 degree F. Butter a baking pan (8" tin)
* Cream butter, sugar and sour cream together until creamy.
* Add eggs one at a time and beat well.
* Add vanilla, flour, baking powder and zest until everything combined
* Pour batter into a baking pan and smooth the top. Place fruits on top
* Bake for 50-60 minutes or until cake is done.
* Cool and serve


Keratan rentas cake yang telah dibedah siasat :)


Semasa kek sedang dibakar, sudah semerbak bau buah-buahan. Adoooiiii, telan liur pula tatkala menaip entri ini. Gulp!!!! Alhamdulilah, pastry fruit cake ini berjaya saya hasilkan. Rasanya sangat sedap dan manis-manis buah serta sangat mengenyangkan. Zarin pun sangat sukakannya.

Cadangnya nak bawa ofis bagi kawan-kawan rasa, namun begitu kebetulan cuti umum ada pula saudara mara datang, sudahnya kek ini dihidangkan untuk tetamu yang datang. Alhamdulilah, licin dan tak payah pening kepala duk fikir nak hidangkan apa, takkan asyik-asyik keropok ikan + biskut empat segi kot :P

Apepun terima kasih Kak Nor untuk resepi yang mabeles ini :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...