Thursday 30 June 2011

Yee Mee Kungfu

Apabila berpuasa, nafsu makan mulalah bermacam-macam. Dalam kepala mula teringin nak makan tu, nak makan ni, nak masak tu nak masak ni. Kalau masuk bulan ramadan nanti tatau la macam mana gayanya. hehehehhe

Hari ini saya membuat yee mee kung fu, waaaachaaaaaaa!!!!. Dah lama sangat tak makannya. Kami ni kira bermusim juga, kalau start masak sekali, nanti tiap-tiap harilah akan masak menu yang sama sampai jemu. Tiga hingga empat bulan lagi masak balik.

Bukan susah sebenarnya nak masak yee mee kung fu ni. Jom lihat resepinya


BAHAN A
yee mee

BAHAN B (hiasan)
udang (dibuang kulit dan digoreng)
sawi dan carrot (dicelur)

BAHAN C (KUAH)
1 senduk sos tiram
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil kiub ayam
6 biji fish ball dipotong 2
1 biji telur
2 sudu tepung jagung (dilarutkan di dalam air)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air

Cara membuatnya:

1.Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan bawang putih. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan air (mengikut sukatan kuah yang diperlukan. biasanya 3-4 gelas).
2.Apabila sudah mendidih, masukkan sos tiram dan kiub ayam dan fish ball, kacau sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan garam dan tepung jagung, kacau lagi. Apabila telah pekat, pecahkan telur dan kacau sehingga masak.
5. Untuk menghidangnya, masukkan yee mee ke dalam mangkuk, dan tuangkan kuah yang mendidih tadi diatasnya.
6. Susun sawi dan carrot, serta udang dan di atas hidangan dan tuangkan sedikit baki kuah yang ada di atasnya....SIAAAAAPPPPPP!!!!!!!!!

Sangat sedap dimakan panas-panas dan tidak lupa cili potong! nyummmy!

9 comments:

  1. sedapkan..saya pon baru lepas buat yee mee kungfu nie :)

    ReplyDelete
  2. salam tuan rumah/ida...
    pagi2 ni nampak mee kungfu la pulak...sedapnye..
    petang ni nak berkungfu la..cara bahan..

    ReplyDelete
  3. Salam Ida....

    Hiap...yah...he he ingat org je berkungfu...masak2 pun ada kungfu...nampak menyelerakan....nak sepiring....:)

    ReplyDelete
  4. masak dah nie..hubby dok tye ja,tiap hari bila lg mahu masak lg..tq ida..

    ReplyDelete
  5. nonierahman: yup, mmg fevret kami nih!

    ReplyDelete
  6. Ucu Faridah: jom- kita berkungfu didapur wachaaaaa!

    ReplyDelete
  7. cik cek: salam kak, jemput makan yea, kalau kat dapur berkungfu, kalau jaga anak bersilat, ehehehhehe

    ReplyDelete
  8. ain comey: mmg sedapkan? kalau buat mesti asyik nak ngulang je buatnya lagi. apepun tq sebab mencuba ya :)

    ReplyDelete
  9. OOOOO...patut la order kue teow lakna kat kuantan cair je... upanya org tu x reti buat... sini panggil kung fu lak lau kuah camni ye... isk3.. baru tau..lau kelantan panggil lakna

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...