Thursday, 7 July 2011

Puteri mandi

Sudah lama tidak menaip entri di rumah saya ini. Tempoh dua minggu ini, anak saya sakit mata dan dimasukkan ke wad, sudahnya, dapur jarang berasap. Kalau berasap pun tak sempat nak postkan entri, hanya ambil gambar dan simpan sahaja. Nanti apabila keadaan kembali normal akan saya entrikan satu persatu.

Alhamdulilah, anak saya dah ok, malangnya mama pula yang sakit mata. sob-sob, sudah 4 hari MC. Menurut doktor,

"You must come and see me again, you need more MC"

Maknanya lambat lagila sakit mata saya nak baik. Tak seronok juga bila bercuti, tetapi kerja-kerja tengah berlambak atas meja. Tapi apakaan daya, kalau ke ofis, tak pasal-pasal nanti berjangkit dengan orang lain pula.

Ok, malas nak berceloteh lagi, semalam saya sempat membuat kuih puteri mandi. Tiba-tiba teringin nak makan. Mata saja yang sakit, tapi mulut tak sakit, jadi macam-macamlah nak makankan? ehehehehe..

Jom lihat resepi puteri mandi versi keluarga saya



Bahan-bahan


1 1/2 cawan tepung pulut
sedikit garam
1/4-1/2 cawan air
pewarna

cara membuatnya

1. Uli tepung pulut dengan air dan juga garam sehingga menjadi doh. Kemudian bahagikan kepada tiga adunan dan masukkan pewarna hijau, pink dan purle dalam setiap adunan. Uli lagi.
2.Bulatkan adunan sebesar biji guli. Kemudian Picit sedikit ditengahnyer sehingga berlekuk.
3.Panaskan air hingga didih. Masukkan tepung satu persatu hingga timbul dipermukaan.
4. Selepas itu angkat dan masukkan dlm air ais seketika kemudian toskan.

Untuk kelapa


50 gram gula merah
50ml air
60 gram kelapa parut
1 helai daun pandan
1/4 sudu kecil garam

Masak gula merah dan air hingga larut. masukkan garam, kelapa parut dan daun pandan. Kacau sehingga menjadi agak kering. tutup api dan biarkan sejuk.

Apabila kelapa telah sejuk, masukkan adunan puteri mandi yang telah ditoskan tadi. Kacau rata sehingga kelapa dan kuih puteri mandi sebati. Bolehlah dihidangkan mengikut kreativiti masing-masing.

3 comments:

  1. murni delight: kuih kegemaran kak ida nie vill, nyum-nyum

    ReplyDelete
  2. salam kenal..byk resepi n gambar yg cantik..kecur dibuatnya. :)*sy suka yg puteri mandi ni, bl dikunyah liat2..sedap! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...