Balik dari perak tadi sempat lagi menyinggah di sabak bernam menuju ke Sekinchan semata-mata untuk membeli mentarang. kalau di Perlis sekilo RM4, dan tadi saya beli RM8 sekilo. Teringin punya pasal terus rembat 2 kg. Hehehehehhehehe, kuat makan betul!
Kalau yang masih tak kenal bagaimana rupa mentarang, bolehlah lihat gambar di bawah.
Sampai rumah hampir pukul 8 malam, lantas saya terus masakkan mentarang ini. Biasanya kami hanya rebus sahaja untuk ratah. nyum-nyum!
Dan inilah cara saya merebus mentarang
Bahan-bahan
2 kg mentarang
3 batang serai
2 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu kecil garam
air secukupnya
Cara-cara membuatnya
1. Basuh mentarang hingga bersih dan kemudian toskan.
2. Masukkan mentarang ke dalam periuk bersama-sama semua bahan tadi dan tutup tudung periuk.Biarkan sehingga mendidih atau mentarang terbuka.
3. Apabila telah masak tutup api dan sesia untuk dihidangkan!Isi mentarang yang manis memang sedap sangat-sangat. Rasa isinya lebih kurang sama dengan rasa kepah, 2 kg habis licin :P


wow sedap ni, kalo cicah ngan cili potong+kicap+bwg besar, lagi bestkan
ReplyDeletementarang, byk kat tempat akak. awak dah dtg kg akak la tu... heheh...
ReplyDeleteNampak cam sedap...teringin nak try..
ReplyDelete