Tuesday, 7 June 2011

Cheesy Wedges

Setiap kali singgah di KFC, terasa tak lengkap hidangan jika tidak memesan cheesy wedges. Kalau boleh satu kotak nak makan sorang tak nak share, eheheheheheh, tamak sungguh!

Jadi untuk memastikan dapat makan banyak cheesy wedges ni, tangan mulalah gatal mengodek resepi. Dari satu blog ke satu blog. Akhirnya terjumpalha resepi yang diidam-idamkan, yeeehaaaaaa!!!

Resepi asal diambil dari SINI

BAHAN-BAHAN:
500gm frozen wedges
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren (boleh guna cheese slices) (saya guna SCS cheese slices)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar
2 sudu besar sour cream (boleh ganti dengan yogurt perisa asli)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

CARA-CARA:
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.


Teruja sangat sebab rasa memang sebijik macam KFC. Puas makan dan bolehlah letak cheese banyak-banyakkkkkk (Sila jangan ikut tulis banyak-banyak yea (salah dari segi tatabahasa :P)


Jemput makan :)

18 comments:

  1. sedap, boleh letak cis kuning bnyk2, suka!

    ReplyDelete
  2. sedapnya ida....
    akak suka, dah ada cara nak buat lama dah, tapi tak buat lagi.
    sebab cik somi akak bising. mcm mana nak kurus, katanya. hahahaha.....

    ReplyDelete
  3. - dieyana -: itulah, puas makankan? tp mmg sedaplah bg penggemar cheese mcm saya ni

    ReplyDelete
  4. Naimatul Hafizah Nor Rodin, kak fiza samala kita. kemahuan sentiasa disekat bila suami mula bersuara "badan makin berisi+perut dah maju" kahkahkah. so kena slow dulu kecahkan dapur, lama-lama ligat balik. kihkihkihkihkih. tapi serius sedap!

    ReplyDelete
  5. ish ish ish...ida boleh le mam bebanyak..kalo akak memang masuk spital terus le

    ReplyDelete
  6. risa: kenapa x boleh kak? darah naik ke nanti? hehehehehehhehe..sy suka chesse-cheese ni

    ReplyDelete
  7. waaaa sedap nyeeeeee....

    ReplyDelete
  8. sodap ni, blh buat sendiri kan... x payah beratur kat KFC lg. thanks resepi

    ReplyDelete
  9. kak ida guna mayonis jenama apa ye?

    ReplyDelete
  10. anonymous - kak ida guna lady's choice

    ReplyDelete
  11. sis kje jdi kenyal2 mcmna nk buat??

    ReplyDelete
  12. sis keju ny jdi kenyal2..mcmna nk buat ye??

    ReplyDelete
  13. sedap...sos tu menarik..
    sy nak kongsi cara buat kentang tu..

    beli kentang yg jenis putih n besar..kentang tu gebu..
    pastu cuci bersih kulitnya...belah 6
    pastu rebus hingga sekali didih..
    tos air..
    goreng dgn tepung tempura@ tepung jagung yg dibasuh cair..nak sedap masukkan lada sulah n garam dlm tepung..

    selamat mencuba

    ReplyDelete
  14. perghh..nmpak mcm menarik..sbenarnye sy x suke mkn cheesy wedges ni.tp semenjak wife pregnant ni tibe2 plak sy teringin sgt nk mkn cheesy wedges ni & nk wife yg msakkan. :)

    ReplyDelete
  15. ingatkan pakai mustard sos,huhu

    ReplyDelete
  16. ingatkan pakai mustard sos,huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...