Thursday 2 June 2011

Ayam masak kicap

Ayam masak kicap merupakan kegemaran kami sekeluarga. Bukan saja ayam, tapi apa saja yang guna kicap pasti sedap. Kalau suami saya lagi syok, makan nasi lauk apapun seakan tak lengkap jika tak curah kicap. Huhuhuhuhu. Dan inilah rupa ayam masak kicap bila hantu kicap mula berkecah kat dapur. Heheheh


Masak kicap orang kata senang saja. Namun begitu ada pelbagai versi mengikut selera masing-masing. Dan ini pula ayam masak kicap versi saya.

Bahan-bahan
¼ ekor ayam (dipotong kecil)
4 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah dipotong serong
½ sudu kecil kiub ayam
2 sudu cili giling
1 sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat
1 sudu kicap masin
1 sudu kicap cair
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Cara-cara membuatnya
1.Goreng ayam dengan garam kunyit dan ketepikan.
2.Tumis cili giling sehingga pecah minyak atau masak. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar, kacau sehingga naik bau.
3.Selepas itu masukkan, 1 sudu kicap manis,2 sudu kicap pekat, 1 sudu kicap masin,1 sudu kicap cair dan juga ½ sudu kecil kiub ayam. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan sedikit air.
4.Apabila telah pekat, masukkan bawang besar dan cili merah, kacau seketika dan kemudian masukkan ayam goreng. Kacau sebati  dan biarkan sehingga kuah kicap pekat dan serasi dengan ayam goreng. Kemudian boleh masukkan sedikit garam seandainya perlu.
5.Taburkan daun sup dan daun bawang dan siap untuk dihidangkan.


Kalau saya masak lauk ini, memang tak perlu lauk tambahan lain dah. Cuma lengkapkan dengan hidangan sayur campur. nyum-nyum...

7 comments:

  1. suke2 jugak ayam msak kicap simple sdap mkn nasi pnas2 leh tmbah 2 kali..he..he

    ReplyDelete
  2. kalau org jawa depa boh santan dlm ayam kicap..

    ReplyDelete
  3. sedapnya...lama dah tak buat masak kicap nie... yummy...

    ReplyDelete
  4. Murni Delights: yup mmg bestkan, kak ida pun mkn betambah. hakhakhak..

    ReplyDelete
  5. ainiyah : aini org jawa ka? ke abah adam org jawa? buh santan? ooo, x pernah dgr pula. ce share resepi. mana tau buleh cuba.

    ReplyDelete
  6. Little Craft Shop: ni lauk yang paling mudah kak. hehehehehehehehhe, masak kari x reti, masak kicap pun jadilah. hahahah

    ReplyDelete
  7. akak suka ayam masak kicap
    tapi cara akak lain sikit.
    nanti2 la akak share...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...