Thursday 21 July 2011

Udang Lipan Sambal Telur

Pernah makan udang lipan tak? Ada yang panggil udang lipan, ada pula yang panggil udang ketak dan ada juga yang panggil cak bubu.

Ini merupakan kali kedua saya makan udang lipan. Kali pertama di rumah mertua, adik ipar yang masak dan kali ini saya sendiri pula yang cuba memasaknya. Mula-mula tengok macam geli sikit dengan rupa fizikalnya itu. Tapi isinya sangat sedap.




Jadi saya pun bersianglah udang lipan ini ikut cara sendiri. Potong kepala, dan duri-duri tepi serta belah kulit atas belakangnya, untuk memudahkan sesiapa yang memakannya.

Famili saya pula langsung tak pernah makan udang lipan ni, jadinya saya pun masaklah untuk mereka. Jom kita lihat cara memasaknya.


Bahan-bahan

1 kg udang lipan – dibuang kepala, dibelah kulit belakang dan cuci bersih
7 tangkai cili kering - (dikisar berasingan)
*4 biji bwg merah (dikisar)
*2 ulas bawang putih (dikisar)
*1 inci halia (dikisar)
*2 pokok akar daun ketumbar (dikisar)
1 biji telur
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit air
garam dan gula
minyak utk menumis
hiasan - daun ketumbar

Cara-cara
1. Kisar semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumis cili sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos cili dan juga sos tomato, kacau sebati.
4. Selepas itu masukkan udang lipan dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga udang lipan masak, dan kacau sekali-sekala
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau.
6.Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan kacau dengan garfu.
7. Kecilkan api, tuang telur tadi ke atas udang lipan. Biarkan seketika kemudian gaulkan sekejap dan tutup api.
8. Taburkan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan

Memang sedap bagi penggemar udang lipan. Yang lucunya, Ummi saya yang tak pernah makan ni makan dengan berseleranya. Katanya sangat sedap. Ehem-ehem, bila emak sendiri puji anak masak sedap memang confem sedaplah tu. Amacam Ummi, dah lawan tokey ke? hikhikhikhik

4 comments:

  1. as-salam
    npk sedap lauk ni..tapi saya tak mkn udang lipan ni..sedap ke rasanye..?

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Nk msak la jap g.. Mmg ade udg lipan ni kt umah 😄

    ReplyDelete
  3. Sedapnya! Nk msak la jap g.. Mmg ade udg lipan ni kt umah 😄

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...