Tuesday 19 July 2011

Moist Chocolate Cake

Minggu lepas ketika pulang ke kampung, anak buah saya meminta dua biji kek, satu untuk hari jadinya dan satu lagi untuk menjamu kawan-kawan sekelasnya kerana beliau mendapat anugerah tokoh murid. Mula-mula saya teringin membuat cheesecake, namun awal-awal lagi dia sudah memberitahu mahukan kek coklat dan strawberi. Saya pun akurlah dengan pemintaannya itu.


Resepi Moist Chocolate Cake ini saya ambil dari blog Kak Nor Secubit Garam. Dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini

MOIST CHOC. CAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas/susu cair
1 sudu besar butter


Cara:

1.Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
2.Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
4.Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
5.Masukkan ke dalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam.
6.Sejukkan atas redai kek.
7.Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.

Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas/susu cair kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair. Biarkan seketika supaya ganache tak terlalu cair masa curah atas kek.
Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.

Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.


Alhamdulilah, akhirnya menjadi juga kek tersebut walaupun dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Siap sahaja kek saya terus balik KL. Memang langsung tak sempat nak rasa kek tersebut. Apepun saya gembira kerana permintaan anak buah saya berjaya dipenuhi dan dia pula sangat sukakannya :)

2 comments:

  1. alahai.sedapnyer. baru kite post entry mengidam nak makan chocs moist.. :))

    ReplyDelete
  2. amberhunn: resepi dah ada tu, jom baking. kalau mengidam mmg wajib buat tu, ehehehhe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...