Saturday 4 June 2011

sambal ketam bertelur

Siapa suka makan ketam angkat tangan???

Ketam best sangat. Dulu masa kat Terengganu, ketam bunga ni selalu sangat makan kerana atuk saya pasang bubu. So sekali dapat berpuluh-puluh ekor sampai tak tahu nak masak apa.Last-last rebus dan ratah. Memang ketam ni fevret saya. Jika balik terengganu dan jumpa ketam, konfem atuk saya akan simpankan untuk saya. hehehehehhe, Terima kasih ayah (panggilan untuk atuk)


Saya memnag teringin sangat nak makan ketam. Alhamdulilah semasa ke kedai basah di hadapan rumah, terjumpa ketam yang besar-besar, segar dan berat. Petua ummi saya, kalau nak beli ketam beli yang berat kerana isi banyak. Maka saya pun pilihla dua ekor untuk masak sambal ketam bertelur.


Bahan-bahan

2 ekor ketam - cuci bersih dan kerat dua
7 tangkai cili kering - (dikisar berasingan)
*4 biji bwg merah (dikisar)
*2 ulas bawang putih (dikisar)
*1 inci halia (dikisar)
1 biji telur
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit air
garam dan gula
minyak utk menumis
hiasan - daun ketumbar

Cara-cara
1. Kisar semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumis cili sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos cili dan juga sos tomato, kacau sebati.
4. Selepas itu masukkan ketam dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak. dan terbalikkan ketak sekali-sekala
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau.
6.Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan kacau dengan garfu.
7. Kecilkan api, tuang telur tadi ke atas ketam. Biarkan seketika kemudian gaulkan sekejap dan tutup api.
8. Taburkan daun ketumbar ketumbar dan bolehlah dihidangkan


Sangat sedap ok! Sayangnya hanya saya dan Zarin sahaja yang makan ketam ini. Suami saya allegic ketam. Kalau makan nanti bibir bengkak macam kena sengat tebuan. huhuhuhuhuhuhuhuuh

4 comments:

  1. sedapnya ketam.
    akak suka gak ketam, tapi jarang sgt makan, satu hal, harga yg mahal tapi isi nya kurang. heheheeh....
    lagi pun cik suami akak tak boleh makan sea food, sian pulak dia.

    tgk gambar ida, menyelerakan sungguh!

    ReplyDelete
  2. Naimatul Hafizah Nor Rodin: saya pun sama, jrg dpt msk ketam sbb suami allegic. tapi bila dah tak tahan mmg saya msk juga, tp makan berdua dengan zarin je la.

    saya mmg hantu ketam. kalau goreng kunyit pun sedap dah!

    ReplyDelete
  3. ketam!!!!!!!!!!!!!!! mak aihhh akak makan sorang2 je neh

    ReplyDelete
  4. sedapnya... minta izin nak copy n try kat umah ye :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...