Thursday, 30 June 2011

Yee Mee Kungfu

Apabila berpuasa, nafsu makan mulalah bermacam-macam. Dalam kepala mula teringin nak makan tu, nak makan ni, nak masak tu nak masak ni. Kalau masuk bulan ramadan nanti tatau la macam mana gayanya. hehehehhe

Hari ini saya membuat yee mee kung fu, waaaachaaaaaaa!!!!. Dah lama sangat tak makannya. Kami ni kira bermusim juga, kalau start masak sekali, nanti tiap-tiap harilah akan masak menu yang sama sampai jemu. Tiga hingga empat bulan lagi masak balik.

Bukan susah sebenarnya nak masak yee mee kung fu ni. Jom lihat resepinya


BAHAN A
yee mee

BAHAN B (hiasan)
udang (dibuang kulit dan digoreng)
sawi dan carrot (dicelur)

BAHAN C (KUAH)
1 senduk sos tiram
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil kiub ayam
6 biji fish ball dipotong 2
1 biji telur
2 sudu tepung jagung (dilarutkan di dalam air)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air

Cara membuatnya:

1.Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan bawang putih. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan air (mengikut sukatan kuah yang diperlukan. biasanya 3-4 gelas).
2.Apabila sudah mendidih, masukkan sos tiram dan kiub ayam dan fish ball, kacau sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan garam dan tepung jagung, kacau lagi. Apabila telah pekat, pecahkan telur dan kacau sehingga masak.
5. Untuk menghidangnya, masukkan yee mee ke dalam mangkuk, dan tuangkan kuah yang mendidih tadi diatasnya.
6. Susun sawi dan carrot, serta udang dan di atas hidangan dan tuangkan sedikit baki kuah yang ada di atasnya....SIAAAAAPPPPPP!!!!!!!!!

Sangat sedap dimakan panas-panas dan tidak lupa cili potong! nyummmy!

Tuesday, 28 June 2011

kuih kasui aka tepur kapur

Sudah lama saya teringin untuk membuat kuih kasui. Bila makan kuih kasui mula teringat kuih tepur kapur yang dibuat arwah nenek saya. Bahan-bahannya saya tak pasti, tapi rasa seakan-akan sama apabila dihiris nipis-nipis dan kecil-kecil. Oklah sebagai pengubat rindu kan, sob-sob.


Resepi kuih kasui ini diambil dari blog Kak Fiza. Kak Fiza, terima kasih berkongsi resepi kuih kasui yang sedap. Saya pastekan di sini ya :)


Bahan-bahan

4 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 cawan gula merah
2 sd susu pekat
kelapa utk digaul bersama


Cara Membuatnya:

A. bancuhkan 2 cawan air bersama tepung gandum dan tepung ubi. kacau sebati.
B. panaskan 2 cawan gula merah bersama 2 cawan air. kacau sampai gula merah hancur.
- campurkan bahan A dan bahan B dalam satu bekas, kacau rata.
- masukkan susu pekat, dan kacau lagi.
- tapiskan dalam loyang, dan kukus selama 15-20 minit.
bila dah masak, sejukkan, potong ikut suka dan gaul bersama kelapa yg dah dicampurkan dengan secubit garam.

Semasa membuat kuih ini, berlaku sesuatu yang sangat mendukacitakan hati saya. Memandangkan di rumah memang tak banyak loyang, yang ada semuanya jenis loose, maka apabila saya tuangkan adunan kuih kasui ini, adunan tersebut bocor dan tumpah. Hanya 3/4 yang dapat diselamatkan. Memang sepinggan itu saja yang dapat. sob-sob, sedih sangat-sangat.

Next time nak cuba lagi sebab Zarin sangat suka kuih ini.

Wednesday, 22 June 2011

Mentarang goreng pedas

Masih lagi berkisah tentang mentarang. Baru-baru ini saya cuba pelbagaikan resepi untuk memasak mentarang. Biasa rebus dan rebus sahaja. Jadinya, saya terbayangkan remis yang selalu dimasak oleh Ummi ketika di Terengganu dulu.

Terus telan liur. Apalagi, saya terus masak mentarang goreng pedas dengan menggunkan resepi Remis goreng pedas.

Bahan-bahan
2 kg mentarang
6 biji cili kering (dikisar lumat)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai dihiris nipis
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1/2 sudu sos tiram
sedikit gula
sedikit garam
minyak untuk menumis
air secukupnya



Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air, sos tiram, sos tomato, dan sos cili dan juga serai. Kacau sehingga sebati. Apabila kuah telah mendidih, masukkan mentarang dan tutup periuk.
3. Biarkan seketika atau sehingga mentarang hampir terbuka dan kemudian masukkan garam dan juga gula secukup rasa. Gaul mesra dan kemudian bolehlah tutupkan api.
4. Kemudian taburkan daun ketumbar untuk menaikkan lagi aromanya. Sedia untuk dinikmati.

Wohoooo! sedap, makan nasi dengan lauk ini sahaja pun dah bertambah-tambah. Ditambah pula dengan rasa isi mentarang yang manis, oiiiiiii, sedap!

Monday, 20 June 2011

mayonnaise pancake

Bila anak mula ketagih pancake McD, mama mula garu kepala. Bukan apa, kalau pagi minta pancake oklah, sempatlah terjah McD, ini kalau petang, malam dan tengah malam??? haru sungguh. Sudahnya mama mula menggodek resepi pancake yang mudah bila si anak sudah mula membuat amukan drakulat nak pancake!

Resepi mayonnaise pancake ini saya ambil daripada blog Cik Mat Gebu.


Cik Mat, dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya. Resepi asal boleh rujuk di SINI.

BAHAN-BAHANNYA :

3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 camca teh baking powder
1 biji telur gred "A"
1 1/2 camca besar gula halus
30 g mentega, dicairkan
1 camca besar mayonnaise
1/2 cawan susu cair (mat guna susu sejat)
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
Secubit garam halus
Mentega dan madu untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA :

1.Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan mayonnaise, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
2.Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit.
3.Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
4.Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
5.Hidangkan bersama mentega dan curahan madu...hmm sedappp u!..Nak makan dengan ais krim pun ok juga..ikut suka hati masing2 yea..

Tq Cik Mat kerana berkongsi resepi yang mudah dan sedap ini. Selepas ini, saya tak perlu garu kepala lagi bila Zarin meminta pancake di tengah malam. hehehehehehehehe

Thursday, 16 June 2011

Strawberry dan blueberry criss cross puff

Setiap hari apabila pulang dari kerja, buka sahaja pintu kereta pasti soalan

"Nak makan apa hari ni?"

yang ditanyakan kepada suami. Memang dah jadi rutin. Kebiasaannya, kami jarang makan nasi petang atau malam ketika hari bekerja. Mungkin masing-masing dah kenyang makan di pejabat. Sudahnya, balik rumah mulalah mencari idea untuk kudap-kudapan malam.

Hari ini saya mencuba strawberry dan blueberry criss cross puff, yang diambil resepinya daripada Dapur Tanpa sempadan.



Cik Mat, dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya :)

BAHAN-BAHANNYA :

10 keping puff pastry jenama "Kawan" saiz 4 x 4 inci (saya hanya guna 5 keping)
Blueberry filling secukupnya (saya tambahkan strawberry filling juga)
1 kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata

CARA MEMBUATNYA :

1. Ambik 1 keping puff pastry, kerat 4 bahagian.
2. Ambil 1 bahagian, buat potongan pangkah. Bahagian satu lagi, diletak 3/4 camca teh blueberry fillling/ strawberry filling, tutup dengan bahagian yang dipotong dan tekan tepi-tepinya dengan garfu.
3. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
4.Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit.
5.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.


Memang sedap rasa puff ini. Yang penting cara membuatnya senang, mudah, cepat dan sedap! Memang sesuailah dengan supermom seperti kita ni, heheheheheh

Terima kasih Cik Mat :)

Tuesday, 14 June 2011

Bubur jagung

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Perak, semasa menyinggah membeli mentarang, kami turut membeli jagung. Zarin sangat suka makan jagung, kalau boleh hari-hari nak jagung!

Beli 6 ketul RM11, bagi kat adik ipar 2 ketul bawa balik Melaka dan lagi 4 ketul kami punya. Balik kerja semalam masing-masing dah kenyang dan taknak makan nasi, akhirnya kami sepakat untuk membuat bubur jagung.

Bahan-bahan

2 batang jagung
2 helai daun pandan (disimpul)
1 biji kelapa diambil santannya
4 sudu besar gula
2 sudu besar gula merah
sedikit garam dan air

Cara membuatnya

1. Basuh jagung dan kemudian hiris isinya nipis dan tebal. Kemudian rebuskan dengan sedikit air selama 10 minit atau hingga jagung hampir masak.
2.Kemudian masukkan santan, daun pandan, gula, gula melaka, dan juga garam. (Kalau nak kuah banyak lebihkan air, kalau suka manis boleh lebihkan gula). Kacau biar sebati. Setelah mendidih tutup api dan siap untuk dihidangkan.


Sangat sedap makan panas-panas dan cicah pulak dengan roti banggali, perggghhhh!!!!!

Yang tak tahan, hantu jagung (Zarin) berkata

"Mama masak sedap, bagus!" sambil angkat ibu jari tanda good!

Heheheh, juri kecik ni kalau bab jagung semua sedap. Makan pun bertambah-tambah. Mula-mula risau juga tidur malam nanti kembung perut. Tapi alhamdulilah, Zarin tidur dengan lenanya. Bangun pagi tadi mintak pancake el el cc (kfc-sebenarnya McD) pulak dah!hahahahah

Monday, 13 June 2011

Brownies lapis cheese

Hari Sabtu juga saya sempat siapkan sebiji kek tempahan dari seorang rakan sempena majlis hari jadi ayah dan juga anak saudaranya. kek yang diinginkan ialah brownies lapis cheese dan tak nak saya deco sarat-sarat dan taknak buttercream.


Sudahnya, saya curahkan sahaja coklat ganache dan biarkan coklat tersebut meleleh-leleh seperti yang diinginkannya. kemudian saya picitkan cream cheese dan hiaskan dengan coklat m&m.

Oh, susah juga nak mendeco kek ni. Hasilnya tulisan tak berapa elok bila orang 'keras tangan' yang mendeco. Next time kena belajar lagi untuk tulis-tulis tu. Eheheheheheheeh

Mentarang rebus

Balik dari perak tadi sempat lagi menyinggah di sabak bernam menuju ke Sekinchan semata-mata untuk membeli mentarang. kalau di Perlis sekilo RM4, dan tadi saya beli RM8 sekilo. Teringin punya pasal terus rembat 2 kg. Hehehehehhehehe, kuat makan betul!

Kalau yang masih tak kenal bagaimana rupa mentarang, bolehlah lihat gambar di bawah.


Sampai rumah hampir pukul 8 malam, lantas saya terus masakkan mentarang ini. Biasanya kami hanya rebus sahaja untuk ratah. nyum-nyum!

Dan inilah cara saya merebus mentarang

Bahan-bahan

2 kg mentarang
3 batang serai
2 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu kecil garam
air secukupnya

Cara-cara membuatnya

1. Basuh mentarang hingga bersih dan kemudian toskan.
2. Masukkan mentarang ke dalam periuk bersama-sama semua bahan tadi dan tutup tudung periuk.Biarkan sehingga mendidih atau mentarang terbuka.
3. Apabila telah masak tutup api dan sesia untuk dihidangkan!


Isi mentarang yang manis memang sedap sangat-sangat. Rasa isinya lebih kurang sama dengan rasa kepah, 2 kg habis licin :P

Thursday, 9 June 2011

nordic ware - belgian waffler

Atas permintaan seorang rakan Sue, saya pamerkan acuan waffle yang saya gunakan untuk membuat waffle.




Acuan ini sebenarnya dihadiahkan oleh kakak saya memandangkan saya suka membaking dan dia pula hanya suka membeli dan kumpul. Ada empat acuan nordic ware yang diberikan kepada saya. Balik kampung nanti nak kenen-kenen lagi nordic warenya yang sudah menjadi gajah putih dalam stor itu. kihkihkihkih

Harganya pula kakak saya sudah lupa. Tapi RM100 ke atas katanya. Mungkin Sue boleh survey di kedai yang berhampiran :)

Wednesday, 8 June 2011

Red Velvet Cupcakes

Sana-sini duk bercerita pasal Red Velvet. Sebelum ni saya pernah membeli RV cupcakes ini di KLCC, sebiji RM5! Sedaplah juga, yelah pertama kali makankan? Maka, saya pun mulalah mencari resepi red velvet ini. Pelbagai versi ada, print dan kumpul dulu, buat perbandingan, pilih mana yang senang. kehkehkeh!


Dan semalam semasa singgah di blog Kak Ita (Masam Manis), terjumpa resepi RV ini. Nampak macam mudah pula. Ditambah lagi dengan gambar kek RV Kak Ita yang boleh buat saya tak lena tidur terkenangkan RV. Memandangkan bahan-bahan yang digunakan sudah sedia ada di rumah, Jadi saya pun terus membuatnya.


Kak Ita, dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya. Kalau nak lihat RV Kak Ita yang menggoda itu bolehla singgah di SINI.

MyKitchen's Recipe
RED VELVET CAKE
source : Rima
copy : kak Nor

Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder - i used berry callebaut
1 tbsp red colouring - I used 1 1/2 tsp wilton red paste(no taste)
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar - i used heinz distilled white vinegar 5%
1/2 tsp baking soda

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
110g powdered sugar - i reduced it to 80g
1 cup fresh cream, whipped until stiff - i used double cream

Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
3. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
4. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
5. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
6. Let cool on wire rack.
7. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs..

Cream Cheese frosting:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula.

* Memandangkan saya menggunakan resepi ini untuk cupcakes, jadi masa membakar hanya 23 minit dan suhu pula 170'C. (bergantung pada oven masing-masing ya)


Dan inilah rupa cupcakes saya. Nyum-nyum...

Alhamdulilah, sangat puas hati, rasa sama dengan yang dibeli di KLCC, cuma versi saya mengikut resepi kurang manis (manis sedang elok) jika dibandingkan dengan yang dibeli. Memang sedap!

Dan feedback daripada kawan-kawan yang merasa pun alhamdulilah.

 "Sedap dan lembab! boleh order nanti" 

:P

Tuesday, 7 June 2011

Cheesy Wedges

Setiap kali singgah di KFC, terasa tak lengkap hidangan jika tidak memesan cheesy wedges. Kalau boleh satu kotak nak makan sorang tak nak share, eheheheheheh, tamak sungguh!

Jadi untuk memastikan dapat makan banyak cheesy wedges ni, tangan mulalah gatal mengodek resepi. Dari satu blog ke satu blog. Akhirnya terjumpalha resepi yang diidam-idamkan, yeeehaaaaaa!!!

Resepi asal diambil dari SINI

BAHAN-BAHAN:
500gm frozen wedges
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren (boleh guna cheese slices) (saya guna SCS cheese slices)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar
2 sudu besar sour cream (boleh ganti dengan yogurt perisa asli)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

CARA-CARA:
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.


Teruja sangat sebab rasa memang sebijik macam KFC. Puas makan dan bolehlah letak cheese banyak-banyakkkkkk (Sila jangan ikut tulis banyak-banyak yea (salah dari segi tatabahasa :P)


Jemput makan :)

Saturday, 4 June 2011

sambal ketam bertelur

Siapa suka makan ketam angkat tangan???

Ketam best sangat. Dulu masa kat Terengganu, ketam bunga ni selalu sangat makan kerana atuk saya pasang bubu. So sekali dapat berpuluh-puluh ekor sampai tak tahu nak masak apa.Last-last rebus dan ratah. Memang ketam ni fevret saya. Jika balik terengganu dan jumpa ketam, konfem atuk saya akan simpankan untuk saya. hehehehehhe, Terima kasih ayah (panggilan untuk atuk)


Saya memnag teringin sangat nak makan ketam. Alhamdulilah semasa ke kedai basah di hadapan rumah, terjumpa ketam yang besar-besar, segar dan berat. Petua ummi saya, kalau nak beli ketam beli yang berat kerana isi banyak. Maka saya pun pilihla dua ekor untuk masak sambal ketam bertelur.


Bahan-bahan

2 ekor ketam - cuci bersih dan kerat dua
7 tangkai cili kering - (dikisar berasingan)
*4 biji bwg merah (dikisar)
*2 ulas bawang putih (dikisar)
*1 inci halia (dikisar)
1 biji telur
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit air
garam dan gula
minyak utk menumis
hiasan - daun ketumbar

Cara-cara
1. Kisar semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumis cili sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos cili dan juga sos tomato, kacau sebati.
4. Selepas itu masukkan ketam dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak. dan terbalikkan ketak sekali-sekala
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau.
6.Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan kacau dengan garfu.
7. Kecilkan api, tuang telur tadi ke atas ketam. Biarkan seketika kemudian gaulkan sekejap dan tutup api.
8. Taburkan daun ketumbar ketumbar dan bolehlah dihidangkan


Sangat sedap ok! Sayangnya hanya saya dan Zarin sahaja yang makan ketam ini. Suami saya allegic ketam. Kalau makan nanti bibir bengkak macam kena sengat tebuan. huhuhuhuhuhuhuhuuh

Friday, 3 June 2011

Goreng pisang

Goreng pisang,
Goreng pisang,
Goreng pisang sekarang,
Pisang apa? pisang apa?
Pisang apa sekarang?

Pisang nangka, pisang nangka.................

Ehehehe, teringat pula lagu goreng pisang ni. Goreng pisang fevret saya sudah semestinya goreng pisang yang menggunakan pisang nangka ataupun pisang tanduk. Baru-baru ini kebetulan ke Pasar Tani Jalan Kuching, sudahnya terus memborong pisang ini. Masa beli, putik lagi, semalam bila bukak almari dah masak. So apa lagi, teruslah membuat goreng pisang, lalalallalalalalala


Sebelum ini saya pernah menggunakan tepung segera, malangnya tepung tersebut jenis yang serap minyak, bila makan terus jadi muak dan pening kepala. Jadi saya pun mulalah bertanya chef saya di kampung (my mom aka Ummi) resepi untuk membuat tepung goreng pisang ini.

bahan-bahan
8 biji pisang nangka (buang kulitnya dan dibelah dua)
1 cawan tepung beras
sebiji telur
1/2 cawan air (boleh tambah atau kurangkan)
Secubit garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit kapur
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

1. Campurkan tepung beras, telur dan juga air. Kacau hingga sebati.
2. kemudian masukkan kapur, kunyit dan juga garam dan kacau lagi sehingga sebati. (adunan jangan terlalu cair atau terlalu pekat, kena pandai-pandai adjust air)
3. Kemudian celupkan pisang dan goreng. Apabila sudah kuning keemasan, bolehlah diangkat dan toskan.

*lebihan tepung saya kiraikan dalam kuali untuk membentuk keraknya.


Goreng pisang sangat sedap dihidangkan bersama sambal kicap. Boleh juga dengan aiskrim, owh! owh! nyum-nyum, atau dengan syrup atau madu.

Thursday, 2 June 2011

National microwave oven

Malam ini saya ingin mempamerkan microwave oven yang saya guna untuk membaking atas permintaan seseorang. Saya ceritakan sedikit latar belakang microwave oven (MO) yang sangat berjasa pada saya ini.

Sebenarnya MO ini telah berusia hampir 13 tahun. Selepas saya berkahwin, ketika merancang ingin membeli barang-barang rumah, kakak saya dengan murah hatinya memberikan MO ini kepada kami memandangkan dia jarang guna dan ingin membeli yang lebih kecil sedikit.

Saya menerima dengan senang hati. Memang sebelum ini MO ini hanya digunakan untuk memanaskan lauk sahaja, lain-lain function kami tak reti guna. hakhakhak.

Ok jom layan gambar MO saya model NN-C 2000P






Alhamdulilah, sekarang memang saya dah explore semua function MO ini. Best sangat-sangat. Walaupun usianya mencecah 13 tahun, tapi saya sangat berpuas hati :)

Ayam masak kicap

Ayam masak kicap merupakan kegemaran kami sekeluarga. Bukan saja ayam, tapi apa saja yang guna kicap pasti sedap. Kalau suami saya lagi syok, makan nasi lauk apapun seakan tak lengkap jika tak curah kicap. Huhuhuhuhu. Dan inilah rupa ayam masak kicap bila hantu kicap mula berkecah kat dapur. Heheheh


Masak kicap orang kata senang saja. Namun begitu ada pelbagai versi mengikut selera masing-masing. Dan ini pula ayam masak kicap versi saya.

Bahan-bahan
¼ ekor ayam (dipotong kecil)
4 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah dipotong serong
½ sudu kecil kiub ayam
2 sudu cili giling
1 sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat
1 sudu kicap masin
1 sudu kicap cair
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Cara-cara membuatnya
1.Goreng ayam dengan garam kunyit dan ketepikan.
2.Tumis cili giling sehingga pecah minyak atau masak. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar, kacau sehingga naik bau.
3.Selepas itu masukkan, 1 sudu kicap manis,2 sudu kicap pekat, 1 sudu kicap masin,1 sudu kicap cair dan juga ½ sudu kecil kiub ayam. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan sedikit air.
4.Apabila telah pekat, masukkan bawang besar dan cili merah, kacau seketika dan kemudian masukkan ayam goreng. Kacau sebati  dan biarkan sehingga kuah kicap pekat dan serasi dengan ayam goreng. Kemudian boleh masukkan sedikit garam seandainya perlu.
5.Taburkan daun sup dan daun bawang dan siap untuk dihidangkan.


Kalau saya masak lauk ini, memang tak perlu lauk tambahan lain dah. Cuma lengkapkan dengan hidangan sayur campur. nyum-nyum...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...