Sunday, 3 April 2011

kuah durian

Kalau dah memang hantu durian, setiap hari nak makan durian juga! Tak sampai seminggu pesan supaya jangan beli durian dalam masa terdekat. Tapi bila dah peminat tegar beli juga! Tapi kali ini saya dah tak buat pulut durian lagi. Makan durian sahaja!




Tapi bila dah beli durian, ada pulak terlebih isinya. Akhirnya saya buat pula kuah durian atau serawa. Nyum-nyum sedap juga. Sebenarnya tak adalah susah mana nak buat kuah durian ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah

1 biji kelapa diambil santannya
5 ulas isi durian
4 sudu besar gula
sedikit air
1 helai daun pandan
setengah ketul gula merah (nissan)
sedikit garam.

Cara membuatnya

Panaskan santan di dalam periuk. Kemudian masukkan isi durian yang telah diasingkan isi dan bijinya. Kacau sehingga mendidih. kemudian masukkan air,daun pandan, gula, nissan dan garam. kacau lagi sehingga sebati. Bila dah hampir pekat, tutup api dan sedia untuk dinikmati.




Inilah kuah durian yang telah siap dimasak. Ada orang suka campurkan dengan sagu. Tapi suami saya tak suka. Jadi memang betul-betul kuah durian sahaja.



Kuah durian ini sangat sedap jika dicicah dengan roti banggali. kalau nak makan dengan pulut pun ok, dengan roti jala pun tersangatlah ok.

Jemput makan :)

18 comments:

  1. cantik la gambar..guna DSLR ek?ooh serawa durian ek..sy xsuka sgt..tp kalau pengat durian ok..ke sama eh?tp apa2 pasal durian sy suka...tgk gambar jer pun dah terliurrr...menitik air liur...hua hua hua.

    ReplyDelete
  2. jemput makan n tengok je sbb tak mkn doyan.ehehe..nampak sedap.

    ReplyDelete
  3. ida! u noti!...
    huhu...kita suka lah sgt serawa.tak dapat mkn durian takpe lagi..tapi tak le tak mkn serawa.huhu......

    ni kena buat ni....mak jauhhhh..

    ReplyDelete
  4. hujung minggu ni dpt mkn pulut durian sedapnya...ida masak ek,nk tikit hehe

    ReplyDelete
  5. ida..
    kenapa kamu menyiksa jiwa raga ku?huhu..daku sedang menahan napsu dari makan deriyan ni..haritu makan,mabuk sgt..tapi rasa nak lagi..
    huwaaaa...hehe :p

    ReplyDelete
  6. sedap klu pengat durian ni dimakan ngan roti banggali...terliur ayaq liur hajar

    ReplyDelete
  7. bestnyaa..x sbr nk tggu musim buah durian kt kg...

    ReplyDelete
  8. ida sajer jer nak bagi kitaorg menitik air liur yer...haku ni xjumpa & makan durian lagi utk tahun nih..harus disegerakan mencarinyer..heheh

    ReplyDelete
  9. mamashikin: terima kasih. ya, DSLR. huhuhu. serawa ngan pengat hampir sama kot. jom makn jom, sy pun suka durian juga

    ReplyDelete
  10. ratusiput: hah?? x mkn durian ke??? rugi-rugi. kihkihkih, sedap ooooo

    ReplyDelete
  11. ~izan~: boleh2, jemput dtg rumah yea. kita sama-sama berkipas nanti, makan durian byk2. kihkihkih

    ReplyDelete
  12. ashra: hahahah,sori dear :P
    dah ada yang terliur ke?, nanti buat yea, ajak aleesya mkn :)

    ReplyDelete
  13. ct hajar: ya, mmg kombinasi yang hebat. nyum-nyum

    ReplyDelete
  14. sasha @ mumyalya: sha, kalau mkn kuah durian ok kot, x panas sgt. u mkn seulas je, jgn sebijik dua tiga bijik pulak!

    ReplyDelete
  15. ♥ Mrs.Eady ♥: jemput mkn yea :P

    ReplyDelete
  16. nuyue: kami hantu durian. asyik nak mkn durian je. Apalagi jom bawak kete ronda-ronda cari durian. :)

    ReplyDelete
  17. Ada Dalina: ada dusun ke kat kg?? seronoknyaaa. nak ikut balik kg boleh?? muahahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...